Kebab Sedap di Kota Bharu. Bila sebut sahaja kebab, mesti terbayangkan aroma daging lembut yang diadun dengan rempah ratus istimewa. Ditambah pula dengan sos khas beserta roti, ia membuatkan hidangan ala Arab menjadi kegemaran ramai.
Kalau sebelum ni saya pernah review restoran yang menghidangkan makanan yang seakan sama, yang tu boleh baca pada entri - Just Doner Hidangan Timur Tengah di Kota Bharu. Ada sebuah lagi restoran yang menyediakan kebab sedap iaitu di Pulau Melaka.
Saya tak pasti apa nama restoran ni sebab tak ada papan tanda atau label. Tapi bila search lokasi pada Instagram dan Facebook, ramai yang menamakan restoran ini sebagai Roti Tempayan Tok Arab Pulau Melaka. Seingat saya lama jugak pemilik kedai ni pernah berniaga di food court KB Mall sebelum berpindah ke Pulau Melaka.
Seperti kebanyakkan restoran ala Arab lain, makanan dihidangkan dalam portion yang banyak. Daging kambing/lembu/ayam, roti tempayan, dan salad. Selain dimasak dengan rempah khas ia turut hadir dengan sos istimewa yang menjadikan hidangan cukup menyelerakan.
Artikel berkaitan: Restoran Wau KB
Seperti kebanyakkan restoran ala Arab lain, makanan dihidangkan dalam portion yang banyak. Daging kambing/lembu/ayam, roti tempayan, dan salad. Selain dimasak dengan rempah khas ia turut hadir dengan sos istimewa yang menjadikan hidangan cukup menyelerakan.
Artikel berkaitan: Restoran Wau KB
Antara menu yang disediakan di sini adalah Adana Kebab Ayam/Daging/Kambing, Chicken Kufta, Chicken Cheese Mashroom, Nasi Bukhara, Ayam Tandoori, Chicken Chop, dan Fish & Chips. Harga pula berpatutan, tak sampai RM20 untuk satu hidangan.
Kebab Sedap di Kota Bharu
Saya sendiri dah banyak kali makan kat sini. Because I can't get enough. Menu yang saya pernah order adalah Adana Kebab Daging dan Chicken Cheese Mashroom. Sedap, tidak terlalu berminyak, dan tidak muak. Tekstur nasi bukharanya pula cukup lembut. Manakala roti tempayan dihidang panas dan tidak keras jika sejuk.
Chicken Cheese Mashroom |
Adana Kebab Daging |
Baca: Cara Shopping di Lazada
Restoran kebab/roti tempayan Jalan Long Sulaiman Pulau Melaka ni terletak bersebelahan pasar Pulau Melaka berdekatan dengan rumah Allahyarham Tok Guru. Dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan beroperasi pada waktu malam sahaja.
#NKfoodreview - 8.8/10
Entri sebelum ini - Contoh Bil TM Melalui Email
Terima kasih kerana membaca Kebab Sedap di Kota Bharu
Mnarik..nti blik singgah kat sini..
BalasPadamMnarik..nti blik singgah kat sini..
BalasPadamNanti pergi KB boleh la singgah sana ^-^
BalasPadamSempoiiiii ni...nanti masa melawat anak bley la cuba rasa cm na...tq info
BalasPadamdengan tengok gambar sahaja dah tahu sedapnya tu..terbaiklah Nik
BalasPadamBestnya boleh makan kebab, MV pun dah lama tak merasa ni
BalasPadamtu dia, kalau balik kelantan kena cubalah ni
BalasPadamMemang sungguh menyelerakan tuh kebabnya.. terus kelaparan nih....
BalasPadampehh..
BalasPadamleh la belanja gua kebab nanti kann..
Kiranya hidangkan makanan arab la ni ye. memang nampak menarik.
BalasPadamwaaaa...nak kene pergi ke sana dulu baru boleh pekena kebab yang sedap nih...huhu
BalasPadamJika berkelapangan, jemput join myliferia giveaway ye :)
Kalau sedap dan besar hidangannya, memang berbaloi kalau datang makan kat situ :D
BalasPadamkalau ke sana boleh le try kot ye..nampak macam sedap tu.harga pun boleh tahan murah :D
BalasPadampehh cam sedap jeee..i kenot la tengok makanan camniiii..haha
BalasPadamkakda pun suka makan sini. Kebab Adana dia best!!hihi..
BalasPadam