Fakta Menarik Filem The Conjuring 2. Selepas kejayaan filem pertama pada 2013, pengarah yang terkenal penghasilan filem seram, James Wan, kembali dengan sekuel kedua yang mengikuti kisah seram penyiasat paranormal, Ed dan Lorraine Warren.
The Conjuring 2 diinspirasikan dari kisah sebenar pasangan Warren mengembara ke Enfield United Kingdom pada 1977 bagi membantu keluarga Hodgson yang mengalami gangguan makhluk halus.
Masih lagi mengekalkan pelakon sama iaitu Patrick Wilson dan Vera Farmiga, filem ini dikatakan antara filem seram terbaik yang pernah dihasilkan.
Fakta Menarik The Conjuring 2
1. Pengarah kelahiran Malaysia, James Wan, sebelum ini merupakan pengarah filem aksi Furious 7, beliau ditawarkan sejmlah wang yang banyak untuk mengarahkan Furious 8. Tetapi beliau menolak tawaran itu untuk mengarah The Conjuring 2.
2. Pada hari pertama penggambaran filem ini, paderi dijemput untuk 'merahmati dan membersihkan' set lokasi.
3. Walaupun diangkat dari kisah sebenar, walaubagaimanapun keseluruhan jalan cerita tidak berdasarkan apa yang berlaku kepada keluarga Hodgson. Pihak studio terpaksa mengubah susur masa supaya selari dengan filem pertama. Selain itu rumah Hodgson tidak memilik ruang bawah tanah dan hantu dalam filem ini direka untuk menambah rencah filem.
![]() |
Gambar sebenar keluarga Hodgson |
4. Pihak produksi ke beberapa buah negara untuk mencari kanak-kanak sesuai untuk memegang watak Janet. Mereka mencari seseorang yang berwajah naif tetapi bermasalah. Akhirnya mereka menjumpai Madison Wolfe dari Louisiana, USA, yang menghadiri ujibakat dengan memakai rambut palsu dan kanta lekap, serta bertutur dalam loghat British.
5. Walaupun tahu bertutur loghat British, Wolfe, tetap belajar loghat dengan jurubahasa bagi mendalami watak Janet.
6. Pihak studio masih belum mengesahkan penerbitan The Conjuring 3, akan tetapi
ketika proses pembikinan filem pertama mereka mengumpul dan mengkaji 27
kes yang pernah disiasat oleh Warren.
7. Vera Farmiga berdepan dengan masalah sakit kerongkong kerana terpaksa
menjerit dalam hujan dalam salah satu babak. Bunyi mesin yang
menghalang hujan dari terkena kamera terlalu kuat menyebabkan beliau
terpaksa menjerit dengan lebih kuat dari yang sepatutnya.
8. Penulis siri televisyen popular, The Walking Dead, David Leslie Johnson, dilantik untuk menulis The Conjuring 2.
9. Kisah seram yang dialami oleh keluarga Hodgson di Enfield merupakan kisah yang paling popular dan sering diperkatakan dalam sejarah penyiasatan paranormal.
10. Patrick Wilson menggunakan suaranya sendiri unutk babak nyanyian dalam filem ini.
11. Babak awal filem ini memperlihatkan pasangan Warren di rumah seram Amityville. Dalam babak ini Lorraine memakai baju hujan dan berseluar panjang. Kostume ini diinspirasikan dari pakaian Lorrain Warren sebenar ketika melawat rumah Amityville.
12. Anggota keluarga Hodgson sebenar sempat berkunjung ke set penggambaran. Frances O'Connor yang memegang watak Peggy enggan bertemu mereka kerana bimbang akan mengganggu lakonannya.
10. Patrick Wilson menggunakan suaranya sendiri unutk babak nyanyian dalam filem ini.
11. Babak awal filem ini memperlihatkan pasangan Warren di rumah seram Amityville. Dalam babak ini Lorraine memakai baju hujan dan berseluar panjang. Kostume ini diinspirasikan dari pakaian Lorrain Warren sebenar ketika melawat rumah Amityville.
12. Anggota keluarga Hodgson sebenar sempat berkunjung ke set penggambaran. Frances O'Connor yang memegang watak Peggy enggan bertemu mereka kerana bimbang akan mengganggu lakonannya.
Entri sebelum ini - Senarai Buffet Ramadan Murah di Kuala Lumpur 2016
Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik The Conjuring 2
dh tgk yg part 1.. mmg seram.. tak sabar nk tgk part 2 plak.. ☺
BalasPadampart 1 memang terbaik
PadamLagi seram dari filem Munafik ke?
Padamtak seram pun munafik. jump scare entah ape2 heheh
PadamPlot dan skrip yang menarik, ada elemen kemanusiaan dan perasaan.. good director Mr James Wan
BalasPadampengarah filem seram terbaik setakat ni
Padamdalam minggu ni, ramai juga yang cakap di fb cerita ni best. saya bukan tak nak tengok, tapi tak nak terkejut.hehe
BalasPadamsetakat ni respon penonton mmg positif
Padamwalaupun jenis penakut..tapi kadang2 teringin juga nak tengok horror movies..=)
BalasPadamtakkan tengok citer2 camni. huhuh
BalasPadamnape? best lah!
Padamperkongsian yang menarik...teruskan update
BalasPadamTeringin nak tengok, tapi lemah semangat. Bukan takut. Hehe.. Yang pertama pun blom tengok. Sebab lemah semangat sikit tengok cerita² jenis macam ni. :P
BalasPadamtengok la filem first. best!
Padampeminat cter seram mmg tertunggu-tunggu la..
BalasPadamCukup tak suka tengok cter hantu nie.. Wuuuu
BalasPadamxsuke tengok cite antu. penakut yahamat. kdg mmg teringin nk tgk. 1st conjuring i tgk online tp volume 'mute' mode. heheheheh
BalasPadamrajin diorang mengkaji benda-benda macam ni eh.
BalasPadamBelum berkesempatan untuk tengok lagi tapi cerita ni sangat menarik perhatian :)
BalasPadamcerita seram ni bukan pilihan saya lah, kang tak tidur malam berbulan-bulan huuuu
BalasPadamDengar kata, cerita ni seram betul. Siap ada yang kena histeria kat panggung
BalasPadamPlan nk tgk conjuring 2 nie hari nie.. sbelum tu bleh gak sy usha fakta menarik nie..
BalasPadambest cerita conjuring 2 ni, starting dia pun dah best masa perempuan tu masuk dalam alam lain..hehe kami tengok movie online je tak sempat nak g wayang
BalasPadam