Punca Kemenangan Donald Trump. Sejarah telah tercipta, calon parti Republikan, Donald Trump, telah dipilih sebagai presiden Amerika Syarikat ke-45 selepas mengalahkan Hillary Clinton dalam Pemilihan Presiden Amerika Syarikat semalam.
Seperti mana yang kita tahu, Trump adalah seorang jutawan hartanah yang cukup terkenal bahkan beliau juga memegang status selebriti setelah menerbitkan rancangan realiti, The Apprentice. Kemenangan Trump mengejutkan banyak pihak kerana karisma lelaki ini tidak disukai dan bersifat perkauman.
Bagaimana Donald J Trump mampu menang pilihan raya ke atas calon pilihan Hillary Clinton walaupun tidak mempunyai latarbelakang politik dan ramai yang mencemuhnya?
Punca Kemenangan Donald Trump
Penentangan terhadap golongan elit. Walaupun Donald Trump ialah hartawan yang kaya raya, beliau merupakan rakyat biasa yang tidak mempunyai latarbelakang politik. Amerika yang sebelum ini terbuka dalam membawa masuk imigran dan neo-liberal sejak Perang Dingin membuatkan rakyat bimbang berlaku situasi sama seperti yang dihadapi Britain sebelum mereka keluar dari Kesatuan Eropah iaitu Brexit.
Tumpuan minoriti Clinton. Clinton hanya tertumpu kepada kelompok
kecil rakyat Amerika yang memperjuangkan hak wanita, LGBT, masyarakat
Amerika-Latin, dan golongan berkulit hitam. Manakala Trump bijak
memancing undi majoriti 62% rakyat berkulit putih untuk terus menguasai
Amerika seperti tahun 1980 iaitu zaman kegemilangan negara Uncle Sam
itu.
Skandal email Hillary Clinton. Trump mengambil kesempatan
terhadap pendedahan FBI yang membuktikan Clinton bersalah kerana
menggunakan server email peribadi untuk tujuan rasmi ketika berada dalam
Jabatan Negara. Tindakan itu merupakan kesalaham besar kerana boleh
menjejaskan maklumat sulit negara. Lebih memburukkan lagi keadaan, Jabatan Kehakiman seolah-olah menutup
sebelah mata kes itu ditutup tanpa sebarang pertuduhan jenayah ke atas
Clinton.
Undian dari golongan kulit putih. White supremacy atau pro kulit putih masih membelenggu negara itu. Golongan ini merasakan Amerika telah diambil alih oleh orang lain. Mereka ingin mendahului bangsa lain dengan menolak kemasukkan imigran. Bangsa asing yangmasuk menyebabkan peluang pekerjaan tidak memihak kepada rakyat sendiri. Oleh itu golongan berkulit putih yang tidak mempunyai kelulusan universiti rata-rata mengundi dan menjadi punca kemenangan Trump.
James Comey. Campur tangan pengarah FBI, James Comey, untuk tidak mendakwa Clinton terhadap skandal email pada hari-hari terakhir sebelum pilihan raya banyak membantu kemenangan Trump. Tindakan Comey telah mengubah fikiran pengundi atas pagar.
sumber: Market Watch
Entri sebelum ini - Siapa Casey NeistatTerima ksih kerana membaca Punca Kemenangan Donald Trump
hmm harap dia dapat la hidayah
ReplyDeleteAgak risau juga trump menguasai politik dunia..
ReplyDeletesemoga negara kita tidak menerima kesan yang negatif
ReplyDeletememang jem.. semoga kita sentiasa mendapat lindungan & rahmat dari Allah SWT ..
ReplyDeletesaya tak faham kenapa akan jadi negatif kalau pilih trump. sebab rata2 ketawakan us sebab pilih trump. anyway bilangan tidak keluar mengundi juga ramai sekitar 48%. jangan negara kita jadi camni sudahlah. mengundi penting, suka atau tak suka.
ReplyDeletekok bisa yaa orang kek gtu jadi presiden,,,
ReplyDeleteseperti itulah kualitas masyarakat amerika klo persidenya rusak kayak trump..
ReplyDelete