Review BOSE Soundsport Wireless dari Lazada. Jika anda baca entri sebelum ini iaitu Surprise Box 2017 saya menerima kotak yang berisi beberapa produk dan jenama terlaris daripada laman beli-belah paling popular, Lazada, sempena ulang tahunnya yang ke lima.
Kalau tak jenguk Lazada bermula 22 - 24 Mac ni memang rugi. Sebab mereka tengah buat sales besar besaran ke atas pelbagai jenis produk dan jenama. Kesemuanya dijual dengan harga runtuh. Mana tahu barang yang dah lama anda cari ada diskaun 80%! Boleh tengok sini >> http://www.lazada.com.my/birthday-sale/
Saya ni kalau masuk Lazada tak ada benda lain yang di search kalau bukan Daniel Wellington, smart tv, bookshelf, earphone, dan external hard disk. Lazada ni macam tahu-tahu je that I am a music lover, mereka bagi Bose Soundsport Wireless earphones dan Harman Kardon Onyx Mini Speaker. Saya dah cuba kedua-dua produk, tapi saya review earphone BOSE dulu.
Review BOSE Soundsport Wireless dari Lazada
Produk keluaran 2016 ini merupakan salah satu peranti fon audio yang memerlukan sambungan Bluetooth ke telefon pintar. Ia direka khas supaya pengguna dapat mendengar muzik tanpa wayar dengan selesa ketika melakukan aktiviti lasak.
Kualiti Bunyi
Ciri utama dan elemen paling penting yang perlu ada pada setiap earphone iaitu kualiti bunyi. Seperti yang dijangka kualiti bunyi BOSE Soundsport sangat mengagumkan. It's BOSE, when it comes to quality, nothing can go wrong. Ia menghasilkan bunyi 'bass' yang sempurna. Jika anda penggemar muzik elektronik, anda pasti akan berpuas hati.
Aktiviti lasak
Oleh kerana ia direka khusus untuk mereka yang aktif bersukan, Bose Soundsport mempunyai rekaan yang tidak akan tertanggal semasa melakukan aktiviti lasak. Pengguna tidak perlu risau kerana earphone ini tidak akan jatuh kerana ia berada di belakang tengkuk dan klip disertakan.
Rekabentuk
Dari segi design, ia agak besar dan berat dari wireless earphone lain di pasaran. Pada saya saiz ini bukanlah masalah besar kerana rekaan 'sporty'nya dapat menutup kelemahan ini.
Keselesaan
Apa guna bunyi berkualiti tapi tidak selepas dipakai? Mujurlah BOSE Soundsport cukup selesa di telinga dan tidak sakit walaupun memakainya pada jangka masa lama. BOSE menyediakan earbuds tambahan yang terdiri dari saiz kecil, sederhana, dan besar.
Bateri
Kalis air
Ia turut hadir dengan ciri kalis air bagi membantu melindungi peranti ini jika terkena hujan dan peluh berlebihan sewaktu melakukan aktiviti lasak.
Harga
Harga
BOSE Soundsport Wireless berharga RM790, tapi anda boleh mendapatkannya dengan harga murah di Lazada iaitu pada RM690. > Klik sini untuk beli. Manakala speaker Harman Kardon kini berharga RM299 sehinga 24 Mac sahaja dari harga asal RM699. > Klik sini untuk beli
Anda boleh rujuk mana-mana link atau banner yang ada dalam banner untuk terus ke laman dan item yang ada diskaun! You're welcome.
I am blasting my playlist on my iPhone like there is no tomorrow!
Anda boleh rujuk mana-mana link atau banner yang ada dalam banner untuk terus ke laman dan item yang ada diskaun! You're welcome.
I am blasting my playlist on my iPhone like there is no tomorrow!
BOSE Soundsport Wireless
8.7/10
Entri sebelum ini - Cara Verifikasi PIN Adsense
Terima kasih kerana membaca Review BOSE Soundsport Wireless dari Lazada
kalau bab kalis air tu yang paling saya suka..
BalasPadamPerghh bestnya. Kalis air? Boleh cicah ngan milo ni 😂
BalasPadamCecah milo? Wow haha.. Gadget ni memang sesuai bagi mereka yang bersukan atau main gym..
PadamKebanyakkan earphone yang pernah saya guna memang susah nak cari yang selesa.. Ada yang terlalu kecil, kerap kali jatuh.. ada yang besar, sakit pula telinga..
Tapi dengan bose soundsport ni, dia datang dengan pelbagai saiz. sound pun memang padu
Alaaaa best lagi lampu meja philips.
BalasPadamhttp://www.adzril.com/2017/03/lampu-meja-sesuai-untuk-buat-kerja-dan.html
jom tukar dgn botol air. hahah
PadamBOSE Soundsport Wireless dari Lazada ini macam canggit sgt. I dengar Lazada dah akan mengadakan promosi ngan memberi diskaun setinggi 15% utk gadget. Harap gadget ni juga akan dpt diskaun.
BalasPadamSalam kenalan. Bateri tahan 6 jam dan kalis air memang sangat menarik bagi yang suka dengar lagu menggunakan fon.
BalasPadamoo menarik juga if bateri tahan lama camtu
BalasPadamPerghhhhh kalis air, bateri pun tahan lama. memang menarik ni kalau nak beli! berbaloi kot.
BalasPadamsangat berbaloi!
Padamsuka earphone warna hitam berbanding putih sebab senang nak jaga. klu putih senang sangat kotornya
BalasPadambetul2.. lepas tu lama lama jadi kuning
PadamWah, cantik lah Nik..matching tu dengan iphone
BalasPadamCantik design nya.... kalis air gitu...
BalasPadamGadget terbaik ni.. boleh la lepas ni bawa sekali bila berjogging.. senang sikit nak bergerak sebab guna bluetooth
BalasPadamcantik juga rekaannya
BalasPadamwah bestnya sebelum ini dapat wireless speaker dari logitech pun dah cukup power bunyinya
BalasPadamharman kardon lagi power!!
Padamnk pinjam boleh x nik? :D
BalasPadamNampak bergaya kalau guna time berukan. hehehe
BalasPadam