Cara Verifikasi PIN Adsense

11
Cara Verifikasi PIN Adsense. Bagi yang telah memiliki akaun Adsense buat pertama kali pasti tertunggu-tunggu pihak Google Adsense menghantar nombor PIN (Personal Identification Number) yang tiba dalam bentuk surat.

Memandangkan surat tersebut dihantar dari luar negara, ia memakan masa agak lama untuk tiba di Malaysia. Sesetengah pemilik akaun Adsense atau 'publisher' terpaksa menunggu berbulan-bulan sebelum menerima nombor PIN. But in my case, surat biasa berisi nombor PIN tiba dalam masa 3 minggu sahaja.

surat adsense pin

Untuk pengetahuan, nombor PIN tersebut merupakan pengesahan untuk memastikan anda adalah pemilik akaun Adsense yang sah dan pembayaran hanya akan dibuat setelah anda memasukka nombor PIN tersebut. Adsense akan menghantar nombor PIN melalui pos ke alamat yang didaftarkan pada akaun Adsense anda. 

PIN ini hanya akan diberikan sekiranya anda earnings telah melepasi USD$10. Setelah melepasi USD$10, dashboard Adsense anda akan muncul 'peringatan' berwarna mereah di bahagian atas. 

Cara Verifikasi Pin Adsense

Langkah 1:
Layari www.google.com/adsense. Kemudian sign in ke akaun anda.

Langkah 2:
Klik 'Setting' yang berlambang 'gear' dan pilih Payments.

Langkah 3:
Di sebelah kiri bar navigasi, pilih Account information, dan klik verify address.


Langkah 4:
Masukkan enam digit PIN yang tertera pada sura pada ruangan yang disediakan dan klik Submit.

Untuk langkah yang lebih mudah, klik Action pada bar 'peringatan' dan masukkan PIN anda.

Berkaitan: Belajar Buat Blog 

Anda perlu ingat yang PIN ini bertujuan supaya pembayaran dilakukan kepada pemilik akaun yang sah dan individu yang tidak bertanggungjawab cuba mendapatkan hasil Adsense anda. Pastikan alamat tempat tinggal yang diisi pada akaun Adsense adalah alamat yang benar bagi mengelak surat dihantar ke tempat lain.

Jika publisher tidak memasukkan PIN dalam masa enam bulan, iklan Adense tidak akan terpapar pada blog dan akaun anda akan dibatalkan.

Cara Verifikasi PIN Adsense

Jadi bila permohonan Adsense tu dah diluluskan, jaga elok-elok. Jangan sesekali klik iklan sendiri atau suruh kawan. Pastikan entri original dan bukannya 100% copy paste. Jangan cuba nak manipulasi iklan supaya dapat banyak incom. Kita kena ingat Google lagi bijak. Jangan sampai disenarai-hitamkan.

Good luck!

Entri sebelum ini - Lazada Surprise Box 2017

Terima kasih kerana membaca  Cara Verifikasi PIN Adsense
Tags

Catat Ulasan

11Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. belum pernah buat adsense lagi, bolehla jadi rujukan bila nak buat nanti

    BalasPadam
  2. Saya banyak kali buat masih tak lepas lagi, kena cari sifu agaknya.

    BalasPadam
  3. bolehlah jadi rujukan dimasa akan datang. terima kasih info ni ya

    BalasPadam
  4. Bukan senang nak dapat kelulusan dari Adsense.. Bila dah dapat jaga baik baik

    BalasPadam
  5. tahniah, jaga la akaun elok-elok..Google pun dah ada ofis kat Malaysia..so senang le banyak perkara

    BalasPadam
  6. Oh macam ni rupanya prosedur dia, nampaknya tak begitu susah

    BalasPadam
  7. Tahniah, bukan senang nak dapat adsense ni.. saya pun dah banyak kali apply,ada satu akaun tu kena disalbe terus tak dapat appeal

    BalasPadam
  8. Saya dah setahun lebih dapat pin tapi masih tiada iklan di blog tatapi ada iklan di youtube.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin sbab bro kamil jarang update kot

      Padam
  9. kalau pindah alamat macam mana pulak kak?

    BalasPadam
  10. kalau saya bua alamatnya di tempat saya kerja boleh tak ?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top