Sinopsis Dia Bidadariku di Astro Ria. Selepas berakhirnya Urusan Hati Cik Drama Queen, stesen televisyen berbayar, Astro, membawakan sebuah lagi drama hebat buat tontonan anda yang bertajuk DIA BIDADARIKU.
Drama bersiri 13 episod terbitan Skop Production ini adalah dibawah arahan Aziz M. Osman. Penonton boleh menarik nafas lega kerana Dia Bidariku bukan drama yang diadaptasi dari novel cinta.
Menggandingkan Erra Fazira dan Hisyam Hamid sebagai pelakon utama, drama ini dilihat mempunya peluang yang cerah untuk mencipta fenomena baru memandangkan ramai penonton rindu untuk melihat Erra Fazira kembali ke kaca tv.
Turut membantu menjayakan drama ini ialah Norman Hakim, Tisha Shamsir, Raja Illya, Dian P.Ramlee, Wan Raja, Salina Saibi, dan ramai lagi.
Dia Bidadariku bakal bersiara mulain 6 Mac 2017, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Sinopsis Drama Dia Bidadariku di Astro Ria
Mengisahkan Suri, anak dara tua yang telah putus asa dan menutup pintu hatinya selepas putus tunang 15 tahun lalu. Tidak semena-mena bekas tunangnya, Ridzal, kembali untuk mengaih kasihnya.
Dalam masa yang sama, Suri turut didekati Ammar yang ingin memenangi hatinya yang telah lama dingin. Berat untuk Suri menerima Ammar kerana hatinya sudah tidak mahu bercinta lagi. Selain itu, kehadiran Ridzal turut memeningkan kepala kerana baginya, Ridzal agak psiko.
Entri sebelum ini - Fakta Menarik Filem Beauty and The Beast 2017
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Dia Bidadariku di Astro Ria
dah siap-siap record malam tadi, jap lagi nak tengok ;)
BalasPadamowh erra kembali berlakon, mesti best
BalasPadamWah.. Wajib tengok ni sebab ada hisham hamid! Hehe
BalasPadamBest ke? belum berkesempatan lagi nak tengok...
BalasPadamsaya tak tengok. hehe..
Padambaru tengok semalam....terus record heheh,erra uolsss suke2 heheh
BalasPadamsusah nak nak tackle org yg dah tutup pintu hati ni..
BalasPadamxdek astrooo... wuaaa
BalasPadamMalas nak tengok astro.. dah bayar banyak iklan.. ada tak siapa2 tahu mana nak download?
BalasPadam*Erra tak pernah tak cantik <3
ERRA Fazira adalah otai dalam dunia lakonan..
BalasPadammesti bestkan