Sinopsis drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku di Tv3. Menggantikan Titian Cinta yang mendapat sambutan cukup hangat dari kalangan penonton, Tv3 membawakan sebuah lagi drama bersiri menarik bagi menghiasi Slot Akasia iaitu, LELAKI ITU PEMILIK HATIKU.
Drama bersiri 32 episod terbitan A. Aida Production yang mendapatkan sentuhan pengarah Zul Huzaimy diadaptasi dari novel bertajuk Mr Hot Guy karya Danisyarahmat.
Lelaki Itu Pemiliki Hatiku menggandingkan Raja Afiq dan Puteri Aisyah sebagai pelakon utama dan turut dibantu oleh Julia Farhana Marin, Syazuwan Hassan, Liza Abdullah, Dilla Ahmad, Hafidzuddin Fazil, dan ramai lagi.
Lelaki Itu Pemiliki Hatikubakal bersiaran mulai 31 Oktober 2017, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Tv3.
Sinopsis drama Lelaki Itu Pemiliki Hatiku Tv3
Pada mulanya ia hanya permainan Andrea yang mahu mencabar Luqman dek kerana sikap Luke yang mengambil mudah dalam hubungan mereka. Andrea mencabar Luke supaya memikat gadis biasa. Bagi Luke, ini sajalah peluang untuk dia lari dari Andrea, calon isteri pilihan ibu yang sering mengongkong hidupnya.
Baca: Tempat & Aktiviti Menarik di Pulau Jeju, Korea
“Kalau I berjaya pikat dia, you nak buat apa?”
“I tinggalkan you”
“Tapi kalau you gagal pikat dia, you kena kahwin dengan I”
Luke mula jatuh hati dengan Nurin Kamila, gadis yang berkerja di kedai cenderamata yang pada awalnya dia menyangka dia tidak akan terpikat dengan perempuan kampung tidak berduit.
Nurin pula pantang bertembung dengan lelaki kaya kerana bagi Nurin orang kaya hanya tahu menggunakan duit dan kuasa untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.
Nurin semakin membenci, Luke pula makin terpikat. Tapi sayang, Nurin sudah sudah ada jejaka pilihan, kapten Shahril Aiman. Ketika Luke sudah mula putus asa, semakin terbuka peluangnya untuk memiliki gadis itu.
Dapatkah si Luke memiliki Nurin yang selama ini tidak tahu yang dia hanya barang taruhan Luka dan Andrea?
OST/Lagu Tema Lelaki Itu Pemilik Hatiku: Wany Hasrita - Menahan Rindu
Entri sebelum ini - Punca Data Internet Telefon Cepat Habis
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Lelaki Itu Pemilik Hatiku Tv3
la titian cinta dah habes ke? hehe
BalasPadamdrama yang ringan pengisian jalan ceritanya..
BalasPadamboleh la untuk aktiviti santai dan berehat bersama keluarga
selalu menyenangkan melihat drama keluarga disaat santai apalagi tv3 ada juga kat prabola
BalasPadamOh pengganti Titian Cinta ni diharapkan memberi kelainan kepada penonton
BalasPadambusyra tak tngok pun td. x sempat.. hehe. tp ada tngok iklan cita ni.,
BalasPadammaghrib awal sekarang..harap ada yang maghrib dulu baru layan cerita pukol 7 hehe..
BalasPadammasa iklan tu sempat sangat nak kalau nak solat. basuh baju, masak meggi pun boleh
PadamBoleh tahan drama ni...ada puteri aishah kena layan lah..haha
BalasPadamjeling-jeling je ni.. tak dapat nak intai hari-hari.hehe
BalasPadam