Kulit kombinasi kebiasaannya hanya berminyak di kawasan 'T-zone'. T-zone meliputi dahi, hidung, dan dagu. Tetapi macam mana nak tahu jenis kulit anda sama ada kering, berminyak, atau kombinasi? Berikut adalah caranya:
Cara mengetahui jenis kulit
- Basuh muka dengan pencuci muka seperti biasa dan bilas.
- Biarkan muka sekitar satu hingga dua jam tanpa memakai apa-apa produk.
- Periksa kulit anda.
Kemudian lihat kondisi kulit selepas dua jam...
- Kulit berminyak - Berminyak pada seluruh wajah
- Kulit Kombinasi - Kulit berminyak pada T-zone sahaja
- Kulit kering - Kulit kering dan ketat
Salah satu cara untuk menangani masalah kulit kombinasi adalah dengan menggunakan pencuci muka yang sesuai. Pencuci muka tersebut haruslah tidak mengeringkan dan dalam masa sama tidak membuatkan kulit semakin berminyak.
Baca: Skincare Untuk Kulit Kombinasi Malaysia
Tetapi, anda pasti ragu-ragu dalam memilih produk.
Saya akan memudahkan kerja anda dengan menyenaraikan cleanser untuk kulit kombinasi boleh didapati di Watsons. Atau anda boleh beli online melalui link yang saya share.
Anda juga boleh baca artikel pencuci muka terbaik untuk setiap jenis muka di https://www.popkeju.com/
Pencuci Muka Untuk Kulit Kombinasi di Watsons
1. HADA LABO Deep Clean & Pore Refining Face Wash
Jenama dari Jepun ini memang cukup popular ya? Keberkesanannya memang ketahui ramai biarpun harganya agak mahal. Untuk pengetahuan, HL memilik beberapa jenis pencuci muka. Untuk kulit kombinasi, HL Deep Clean & Pore Refining Face Wash adalah yang paling sesuai.Ia mengawal minyak berlebihan, membersih lubang pori, dalam masa sama mengembalikan kesegaran dan kelembutan kulit.
[Baca] Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak
Harga: RM22
Beli di sini - https://invol.co/cl8x2gg
2. SIMPLE Refreshing Facial Wash Gel
Rangkaian skincare nombor 1 di UK dan pencuci muka terbaik di Watsons. Many good reviews about them dan harganya juga sangat berpatutan. Simple memiliki beberapa jenis cleanser.Refreshing Facial Wash Gel mengandungi Triple Purified Water dan vitamin yang boleh menyuburkan kulit tanpa kesan iritasi.
Ia juga slightly menanggalkan makeup dan kotoran. Kandungan gel di dalamnya membantu melembabkan muka dan mengawal minyak berlebihan.
Harga: RM14.49
Beli di sini - https://invol.co/cl8x2hb
3. Wardah Perfect Bright Creamy Foam Facial Wash Brightening + Oil Control
Produk Wardah ni ada banyak range tau. Untuk kulit berminyak dan kombinasi, better guna range 'Perfect Bright'. Pencuci muka ini berbuih which is good untuk tanggalkan extra sebum pada t zone.
Ia juga mampu mengeluarkan kotoran untuk membersihkan pori dan mencerahkan culit. Langsung tak mengeringkan sebab ada bahan glycerin, aqua, dan niacinamide.Harga: RM8.91
Beli di sini: https://invle.co/clepgu3
4. Neutrogena Deep Clean Facial Cleanser
Pencuci muka untuk kulit kombinasi di Watsons yang seterusnya adalah Neutrogena Deep Clean Facial Cleanser. Pencuci muka ini sesui untuk kulit kombinasi dan berminyak.Ia membersihkan lubang pori dari habuk, minyak, dan lebihan makeup. Menariknya dalam masa sama pencuci muka ini turut menanggalkan sel kulit mati yang membuatkan kulit tampak kusam.
Hasilnya, selepas mebilas wajah lebih segar dan bersih.
Harga: RM16.34
Beli di sini - https://invol.co/cl8x2n2
Artikel berkaitan:
+ Moisturizer Untuk Kulit Kombinasi di Watsons
+ 10 Toner Untuk Kuit Kombinasi
5. COSMODERM Tea Tree Oil
Cosmoderm adalah rangkaian penjagaan kulit dari Malaysia. Produk tempatan yang dipercayai akan keberkesanannya. Bukan calang-calang produk boleh masuk Watsons tau.Cleanser ini mencuci tanpa mengeringkan kulit. Mampu membersihkan pori yang tersumbat bagi mengelakkan jerawat.
Antara pencuci muka untuk kulit berjerawat kerana kandungan 'tea tree oil nya yang berfungsi dalam merawat dan mencegah jerawat.
Harga: RM16.90
Beli di sini - https://invol.co/cl26pxs
6. COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser
Pencuci muka k-beauty ini cukup popular kerana memiliki nilai pH yang rendah. Maksudnya ia langsung tidak memberikan iritasi pada kulit. Tak kiralah kalau anda anda kulit sensitif atau berjerawat. Nilai pH nya just nice.
Lagipun, cleanser ini ada BHA as a gentle exfoliator yang bertindak sebagai anti bacteria dan acne. Baik untuk kawasan t-zone yang lebih cenderung untuk tumbuh jerawat.
Another thing yang best tentang pencuci muka ini adalah ia boleh tanggalkan sisa makeup. Jadi lepas guna makeup remover atau cleasing oil, cleanser ini boleh buang sisa solekan.
Harga: RM22
Beli di sini: https://invle.co/clephuc
7. EUCERIN Cleansing Gel
Rangkaian produk Eucerin terkenal dengan slogan 'Pro acne solution'. Diiklankan sebagai pembersih muka untuk kulit berjerawat dan sensitif. Malah, kandungannya yang boleh mencegah dan merawat jerawat memeng diakui ramai. Untuk kulit combination to oily, penggunaan pencuci muka Eucerin Cleansing Gel amat digalakkan.![]() |
gambar: lipglossismylife.com |
Minyak dan debu yang terkumpul pada T-zone boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat. Ia dapat membersihkan minyak berlebihan, makeup, dan habuk dalam pori. Formula tanpa buih dan 6 peratus Ampho-Tenside sangat membantu!
Agak mahal, tapi berbaloi untuk menghilangkang minyak pada T-zone.
Harga: RM39
Beli di sini - https://invol.co/cl8x59m
[Baca] 7 Pencuci Muka Untuk Kulit kering di Watsons
8. CETAPHIL Gentle Skin Cleanser
Produk pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Saya yakin anda pernah dengar akan kehebatan produk ini sehingga ahli dermatologi turut mencadangkan penggunaannya.
Disebut-sebut sebagai pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.
Ada yang mengatakan bila guna Cetaphil, dah tak nak guna cleanser lain dah. I guess it's true. Saya sendiri guna dan belum plan lagi nak tukar.
Baca: 16 Produk Memutihkan Kulit Lelaki di Watson
Kira-kira 2 minggu penggunaan, anda akan lihat hasilnya di mana minyak sudah berkurangan di bahagian T-zone. Kalau tak percaya, cubalah!
Harga: dari RM16
Beli di sini - https://invol.co/cl8x5ay
9. Aiken Bha/Aha Facial Cleanser
Tak banyak cleanser yang ada bha/pha di pasaran. Tapi Aiken includes bahan ini supaya dapat halang jerawat dari tumbuh di kawasan t-zone yang berminyak tu.
Kandungan bha/pha ni terkenal sebagai ejen exfoliator, tetapi ia mild sahaja dan boleh digunakan setiap hari. Jadi anda boleh kurangkan tiny bumbs dan blackheads. Dalam masa sama, ia ada vitamin C yang boleh mencerahkan kulit. Kalau nak tahu ini adalah antara pencuci muka untuk mencerahkan kulit di Watsons.
Harga: RM12
Beli di sini: https://invle.co/clepgij
10. Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid Cleanser
Yang ni best sebab ada niacinamide dan salicylic acid iaitu dua bahan penting untuk kawal extra sebum, membersih dan kelickan pori.
Ia ada peppermint oil for soothing effect. So rasa sejuk je selepas cuci muka. Pencuci muka ini viral di TikTok kerana keberkesanannya dalam mengurangkan masalah kulit berminyak.
Harga: RM17.93
Beli di sini: https://invle.co/clepgj3
Memang banyak pencuci muka untuk kulit kombinasi di Watsons. Ini adalah antara yang paling banyak popular dan dipercayai. Kalau anda ada cadangan lain, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah. Next time saya share pencuci muka terbaik untuk lelaki pula. Heee!
banyak yang pernah pakai atas nih ... memang suka tukar tukar sbb kulit mcm cepat immune jer
BalasPadamTeringin nak try yang Eucerin tu tapi harga dia mahalnya hahaha. Simple, Cetaphil tu pun pernah try
BalasPadamDalam banyak banyak ni saya pernah pakai neutrogena tapi jenis yang foam punya. Kiranya bila kita pam, dia terus keluar foam, bukan cecair. So far memang best pakai yang tu
BalasPadamPernah pakai Simple, Cetaphyl, Nuetrogena. Utk Hada Labo pakai miracle essence dia je. Nuetrogena Deeo Clean tu bella tak sesuai masa muka berjerawat dulu. So far suka jenis foam.
BalasPadambanyak produk di atas tu saya pernah cuba due to my oily skin. however, I really think kena try jugak satu2, beli set kecil dulu untuk cuba.
BalasPadamDlm list di atas sis paling suka pakai Hada Labo. Lembut je kulit lps pakai produk ni. Yang lain2 belum cuba lagi
BalasPadamCetaphil dan cosmoderm memang ramai guna dan bagi feedback yang sangat bagus. Yang kulit jenis kombinasi bolehlah cuba kan
BalasPadamjarang beli skincare dari watsons. selalunya beli kapas muka, wet tissue gitu je
BalasPadamthanks for the tips. sekarang ni saya dah mula ambil tahu tentang penjagaan muka. :)
BalasPadamcetaphil dengan simple antara yang paling top dekat watsons tapi cetaphil tu harga dia boleh tahan hahaha
BalasPadamsenang nak cari skincare skrg kan.. Pergi drugstore pilih mana yg ssuai dgn skin type kita. Tapi kena research dulu la sblm nk pi beli kang lama dok belek2 haha
BalasPadambagus yer buat list camni. mudah kan nak shopping pencuci muka yang best dan sesuai dengan kulit di watson
BalasPadamGood sharing...banyak piloham untuk produk penjagaan kulit muka jual kt watson...
BalasPadamCurrently using Cetaphil and loving it.
BalasPadamintai2 button follow tp x jmpe.
Untuk kulit kering x dak ka?😔
BalasPadamNice Information. THanks for sharing
BalasPadamThis skin cleanser seems to be good
BalasPadamnak tukar produk sbb baru tau kulit jenis combination . antara simple dgn cetaphil tk tau nk pilih yg mana
BalasPadamkenapa lepas pakai cetaphil skin saya jadi panas and kering
BalasPadam