Jumaat, 29 Julai 2016

Sinopsis Si Kolot Suamiku di Astro Ria

drama si kolot suamiku

Sinopsis Si Kolot Suamiku di Astro Ria. Stesen televisyen berbayar, Astro membawakan sebuah lagi drama bersiri buat penonton setianya. Mendapat sentuhan pengarah Eyra Rahman, SI KOLOT SUAMIKU bakal menghiasi saluran Astro Ria Ogos ini. 

Menampilkan Amar Baharin dan Siti Elizad Sharifuddin sebagai pelakon utama, Si Kolot Suamiku memaparkan kisah perkahwinan Tengku Nur Edrina bersama jejaka kampung, Kudin, yang dirancang kedua-dua keluarga mereka. 

Drama bersiri yang di adaptasi dari novel tulisan Fazlyn Ridz di bawah terbitan MiG Production ini turut dibarisi Faizal Hussein, Kuza, Atikah Suhaime, Dania Azmi, Vicha Saywho, Waris, dan Epy Kodiang.



Si Kolot Suamiku bakal bersiaran di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) bermula 15 Ogos 2016 setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

Sinopsis drama Si Kolot Suamiku Astro Ria

Dilahirkan dari golongan raya dan berdarah bangsawan menjadikan Tengku Nur Edrina angkuh dan bangga diri. Edrina menggammbarkan diriya sebagai seorang wanita sempurna dari segala segi. Dek keranan dibesarkan di bandar Kuala Lumpur, suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa Edrina.

Edrina dipertemukan dengan Kudin, seorang lelaksi yang berasal dari kampung apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dapat diselesaikan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan Tengku Edrina dan Kudin memburukkan lagi keadaan. Edrina yang sudah terbiasa dengan kesenangan hidup di bandar sudah tidak tahan lagi bersama Kudin di kampung. Kudin pula lebih gemar hidup dalam serba sederhana dan kota besar Kuala Lumpur bukanlah untukknya. Apatah lagi mereka tidak mencintai.
Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Si Kolot Suamiku di Astro Ria

10 ulasan:

  1. wow..cerita best

    hakikat yang sebenarnya..tak perlu bercinta pun boleh kahwin janji berkenan

    BalasPadam
  2. Haha..macam sweet je citer ni. Suka tgok elizad berlakon

    BalasPadam
  3. mak aih..macam-macam tajuk drama sekarang ni.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. perkara biasa tu..mesti kreatif untuk tarik minat penonton

      Padam
    2. Biasa la bro,cite melayu murahan..sume cedok novel..cite cinta memanjang..

      Padam
  4. Cite melayu pusing kat topik yg same je..cinta,kuasa,harta...cmne la melayu nk membangun,asyik kena sogok cite yg indah2 je mcm fairy tale..dulu cite anak org kaya,lepas tu anak dato,xckup gah lagi jadi tan sri pulak,skg dah up lagi satu level..tengku pulak,siap berbonda2..lepas ni dah xde modal up level,mngkin keluar dewa2..kahkah..melayu kuat berangan,bangsa lain dah jauh kedepan,melayu masih kat belakang senyum sorg2

    BalasPadam
  5. Cerita melayu sekarang ni semua nak up je,rumah nak besar,keturunan bangsawan,pangkat nk tinggi,kete kena menjalar,ape barang pakai proton..anak org kaya,waris syarikat juta2..main tender je memanjang,buat keje ape pn xtau,duit berkepok2,perangai kena ego..bajet hipster..malu siol tgok cerita melayu..syok sendiri semata2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Name pn citer adaptasi novel..kena la tu,yg penulis novel ni kan byk yg kuat berangan,duduk terperap dlm bilik dpn laptop menaip angan2 putera idaman dtg melamar...hidup dlm dunia sendiri..yg minat menonton pn same la..kuat berangan jgk

      Padam
  6. Drama baru tv3-Suamiku Encik Dewataraya

    BalasPadam