Fakta Menarik Suicide Squad

6

Fakta Menarik Suicide Squad. Naskah dari komik DC kali ini cukup berbeza seperti apa yang mereka pernah persembahkan kepada penonton. Jika anda tonton trailer Suicide Squad, anda mungkin kenal dengan watak antagonis, Joker, tapi bagaimana watak pelik lain?

Suicide Squade merupakan langkah besar DC dalam memperkenalkan watak baru dalam DC Cinematic Universe yang turut berkongsi dengan Superman, Batman, dan Wonder Woman. Bosan melihat karakter superhero bertarung demi membantu mereka yang dalam kesusahan? Suicide Squad is for you.


Ia bermula apabila Amanda Waller, ketua operasi rahsia kerajaan yang digelarkan Suicide Squad aka Task Force X, merekrut sekumpulan penjahat pelik yang mempunyai kebolehan luarbiasa dari penjara untuk menentang The Enchantress daripada melakukan kejahatan. Suicide Squad dibarisi antara nama-nama besar Hollywood iaitu Will Smith (Deadshot), Margot Robbie (Harley Quinn), Jai Courtney (Captain Boomerang) Cara Delevinge (Enchantress), Jared Leto (Joker), dan ramai lagi. 

Suicide Squad di bawah arahan David Ayes tidak menceritakan tentang good vs bad, tetapi bad vs evil.

Fakta Menarik Filem Suicide Squad

1. Majoriti pelakon dan krew filem ini mengukir tatu yang bertulis SKWAD pada badan mereka dan sesetengah tatu diukir oleh Will Smith dan Margot Robbie.


2. Ia ditayangkan pada tarikh ulang tahun kemunculan watak Joker buat pertama kalinya dalam filem Batman (1966).

3. Jared Leto begitu serius mendalami watak Joker sehinggakan beliau masih dalam karakternya biarpun beliau tidak dirakam. Leto juga sempat mengusik pelakon lain seperti yang dilakukan Joker seperti menghantar tikus kepada Margot Robbie, dan memberikan peluru kepada Will Smith.



4. Tom Hardy dipilih untuk memegang watak Rick Flag namun terpaksa menolak tawaran itu kerana memberikan komitmen kepada filem The Ravenant. Hardy sebelum ini menjadi Bane dalam Dark Knight Rises. Menurut komik, Bane merupakan bekas anggota Suicide Squad.

5. Sebagai persediaan memegang karakter Deadshot, Will Smith berlatih bersama askar Amerika Navy SEALS dan Army Rangers. Beliau berlatih menembak menggunakan pistol Glock 9mm dan senapang jenis AR-15. Ini menyebabkan Smith mahir menembak jarak jauh menggunakan AR-15.

6. Filem pertama yang diadaptasi dari komik menampilkan watak jahat sebagai teraju utama.


7. Suicide Squad menampilkan tiga pemenang anugerah Oscar iaitu Jared Leto, Ben Affleck, dan Common.

8. Ini bukan pertama kali penonton dapat lihat Suicide Squad versi live-action. Mereka sebelum ini pernah muncul dalam siri tv Smallville dan Arrow.

9. Komik DC dan Marvel menggambarkan The Enchantress sebagai wanita yang mempunyai kuasa sihir dan berpakaian hijau. The Enchantress dalam filem ini telah diubahsuai dengan memberikan imej seperti dalam filem Middle-Earth.



10 Kostume Killer Croc yang dipakai oleh Adewale Akinnuoye-Agbaje diperbuat dari kulit buaya sebenar. 

11. Suicide Squad menjalani penggambaran sekitar Toronto, Kanada. Bagi mengelakkan set penggambaran mendapat perhatian orang awam, pihak produksi menggunakan nama palsu iaitu 'Bravo 14'.

12. Ketika meniliti komik Suicide Squad, David Ayer telah menggambarkan Margot Robbie membawakan watak Harley Quinn. Namun Warner Bros memberi tawaran kepada Emma Roberts. Roberts bagaimanapun menolak untuk memberi komitmen kepada projek lain. 
sumber: IMDb


Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Suicide Squad

Post a Comment

6Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Serius ni la antara cerita yg tak sabar nak tgk.. Hehe

    ReplyDelete
  2. hoyeah! tak sabar nak tengok :)

    ReplyDelete
  3. bagi peminat genre ini meamng tak sabar nak tengak cerita ini...

    kalau saya lambat lagi la..

    ReplyDelete
  4. seram tengok gigi joker tu.

    ReplyDelete
  5. Ganasnya nampak semua pelakonnya..haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top