27 Jun 2017

Fakta Menarik Spider-Man Homecoming


Fakta Menarik Spider-Man Homecoming. Pembikinan semula bukan lagi perkara baru di layar Hollywood dan filem superhero dari komik Marvel, Spider-Man tidak terkecuali. Sejak watak itu dicipta oleh Stan Lee dan Steve Ditco pada 1962, Spiderman teah muncul dalam tujuh buah filem setakat ini.

Spiderman buat pertama kalinya diadaptasi kepada filem live-action adalah pada 1977. Yang terkini, Marvel bakal mempersembahkan sebuah lagi filem tentang lelaki yang berkebolehan bak labah-labah aitu Spider-Man: Homecoming. Selepas Tobey Maguire dan  Andrew Garlfield, kini Tom Holland memikul tanggungjawab sebagai Peter Parker/Spider-Man.


Diarahkan oleh Jon Watts, penonton kali ini dapat melihat sisi kehidupan Spider-Man yang lebih muda dan mahu  Tony Stark (Iron Man) bangga dengan ketangkasannya.

Dibintangi Robert Downey Jr, Tom Holland, Marisa Tomei, Zendaya, dan Michael Keaton, Spider-Man Home Coming bakal menemui penonton Malaysia pada 6 July 2017.

Fakta Menarik Spider-Man Homecoming

- Tom Holland yang berasal dari United Kingdom terpaksa menyamar sebagai pelajar sekolah menengah di Bronx, New York demi mendapat gambaran sebenar sekolah di America Syarikat.

- Umur Peter Parker dalam filem kali ini lebih muda iaitu dalam lingkungan 15 tahun.


- Ini bukan kali pertama Tom Holland memainkan peranannya sebagai Spider-Man. Beliau sebelum ini muncul dalam Captain America: Civil War dan penampilannya menarik perhatian peminat filem superhero.


- Melalui filem Ant-Man, karakter Luis berkata "kita telah temui seorang lelaki yang mampu melompat, bergayut, dan memanjat dinding." Ini merupakan petunjuk pertama yang Spider-Man bakal muncul dalam Marvel Cinematic Universe.

- Filem ini tidak akan bermula dengan bagaimana Peter Parker menjadi Spider-Man, tetapi sudah pun menjadi superhero.


- Asa Butterfield, Nat Wolff, Liam James, Timothee Chalamet, dan Tom Holland antara nama yang disenarai pendek untuk memegang watak Peter Parker.

- Michael Keaton memainkan watak antagonis dalam filem ini iaitu sebagai Vulture. Keaton sebelum ini pernah memegang watak ikonik Batman pada 1989 dan 1992.


- Tajuk filem ini tiris di internet di mana peminat menjumpai laman web rasmi Spider-Man Homecoming.

- Filem live-action Spiderman dibikin semula setiap 10 tahun.

- Tom Holland mendapat tahu beliau mendapat watak Spider-Man dari media sosial dan bukannya dari agen, Marvel, atau Sony Pictures.

- Berbeza degan latar belakang Peter Parker dalam filem-filem sebelum di mana ibu saudaranya yang tua dan sudah uzur, kali ini Aunt May lebih muda. Selain itu watak Uncle Ben dijangka tidak akan mati.  

Marisa Tomei sebagai Aunt May
- Spider-Man Homecoming dibintangi tiga pemenang anugerah Oscar iaitu Michael Keaton, Jennifer Connelly, dan Marisa Tomei.

- Ini merupakan filem superhero Marvel kedua Jennifer Connelly selepas Hulk (2003). Walaubagaimanapun, kali ini beliau hanya menyumbangkan suaranya sebagai 'suara komputer' Spider-Man.

- Biarpun berlatar belakangkan New York, sebahagian besar filem ini menjalani penggambaran di Jerman, Georgia (AS), dan dalam studio di New York.

- Mark Ruffalo yang memegang watak Bruce Banner (The Incredible Hulk) akan membuat penampilan khas.


- Watak dari The Avengers seperti Bruce Banner, Howard Stark, dan Abraham Erskine, akan kelihatan dalam filem ini. 

- Sut Spiderman kali ini hampir sama dengan sut versi komik asal iaitu bertali pinggang, dan penembak web berwarna hitam. 
sumber: IMDb

Entri sebelum ini - Barang Keperluan balik Kampung

Terima kasih kerana membaca - Fakta Menarik Spider-Man Homecoming

9 ulasan:

  1. Ulasan yang baik. Nak kena pergi menonton nanti.

    BalasPadam
  2. banyak episod yang lepas pernah saya tengok melalui DVD dan wayang

    sekarang rasanya nak tengok lagi lelaki labah-labah nie.

    BalasPadam
  3. menariknya pasal spidey kalini adalah sebab ia tak mulakan dengan macam mana peter dapat superpower dia

    BalasPadam
  4. Cerita ni mmg reboot habis. Ternanti-nanti nak tgk jalan cerita dia.

    BalasPadam
  5. byk sekuel spiderman ni. cuma yg menjadi tanda tanya adakah ianya dapat menandingi filem pertama spiderman? nk tau kene tonton la kan hehe...

    BalasPadam
  6. menarik, ada nampak preview dia kat astro

    BalasPadam
  7. Cerita agak slow dan kurang aksi walaupun spiderman ada baju canggih dah.. huhuhu
    Suka spiderman yg asal :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la.. yg origina lagi classic walaupun cgi tak power mcm sekarang

      Padam