Sabtu, 22 Julai 2017

Fakta Menarik Filem Dunkirk


Fakta Menarik Filem Dunkirk

Fakta Menarik Filem Dunkirk. Setelah menghasilkan filem berkualiti seperti, The Dark Night, Interstellar, dan Inception, pengarah yang dianggap 'genius perfileman', Christopher Nolan kembali ke kerusi pengarah dengan filem terbaharu iaitu DUNKIRK.

Jika portfolio Nolan sebelum ini lebih tertumpu pada filem fiksyen yang memerlukan penonton berfikir di luar kotak. Kali ini beliau tampil dengan filem yang diadaptasi dari kisah sebenar sewaktu Perang Dunia Kedua.

Christopher Nolan
Kehebatannya menghasilkan naskah hebat mengukuhkan kedudukan beliau sebagai sutradara disegani di Hollywood. Lantaran itu, Nolan menjadi sebab utama kenapa penonton ingin menyaksikan Dunkirk di pawagam.

Berlatar belakangkan Perang Dunia Kedua pada 1940 kira-kira, 400,000 tentera bersekutu Belgium, British, dan Perancis terkandas di Dunkirk selepas terpaksa berundur berikutan diserang bertubi-tubi oleh Jerman. Filem ini mengisahkan saat-saat cemas operasi menyelamatkan ratusan ribu tentera bersekutu yang dikepung oleh Jerman di Dunkirk. 

Filem: Dunkirk
Pengarah: Christoper Nolan
Pelakon: Fionn Whitehead, Damien Bonnard, Mark Rylance, Cillian Murphy, Tom Hardy.
Genre: Aksi, drama, sejarah


If you are a movie geek like me, this is a must watch. Berikut merupakan beberapa fakta menarik yang anda perlu tahu sebelum menonton Dunkirk.

Fakta Menarik Filem Dunkirk

- Perkataan 'Dunkirk' pada poster dibahagikan kepada tiga segmen warna iaitu biru muda, biru tua, dan oren untuk mewakili tiga susur masa filem: Laut, Air, dan Darat.

- Ini merupakan filem ketiga yang ditulis sepenuhnya oleh Nolan sendiri selepas Following (1998), dan Inception (2010).

- Menggunakan kira-kira 1,500 pelakon tambahan, kren, dan Spitfire iaitu pesawat yang digunakan Tentera Udara DiRaja British.


Fakta Menarik Filem Dunkirk

 - Bunyi detikan jam yang menghiasi babak cemas dirakam oleh pengarah muzik Hans Zimmer menggunakan jam poketmilik Nolan sendiri. Bunyi itu kemudia disunting menjadi sebahagian dari runut bunyi filem ini.

- Sebanyak 50 buat bot digunakan untuk menjayakan babak peperangan dilaut. Ini menjadikan yang terbanyak yang pernah digunakan dalam sejarah perfileman.

- Ini merupakan filem pertama buat pelakon utama, Fionn Whitehead dan Harry Styles. 


- Pihak produksi membaik pulih kapal perang zaman zaman WWII dan membelanjakan sebanyak USD5 juta membina peralatan meletakkan kamera IMAX pada kapal terbang.  

- Menurut laporan The Hollywood Reporters, Nola membuat perjanjian dengan Warner Brothers di mana beliau akan menerima bayaran USD20 juta berserta 20% dari hasil jualan tiket.

- Filem ini menjalani penggambaran di lokasi sebenar iaitu di Dankerque, yang terletak di utara Perancis. Selain itu di Netherlands, United Kingdom, dan California USA. 

Fakta Menarik Filem Dunkirk

 - Dunkirk merupakan filem ketiga Tom Hardy bersama Nolan selepas The Dark Knight Rises dan Inception. 

- Produksi menggunakan prop kadbod yang dilukis seperti askar dan kereta kebal bagi menghasilkan ilusi dan mengelak dari menggunakan terlalu banyak kesan CGI (Computer Generated Images).

- Pelakon Michael Caine membuat penampilan khas dan filem ini menjadikan kolaborasi kelimanya dengan Nolan selepas trologi Batman, The Prestige, Inception, dan Interstellar. 

- Disebabkan Dunkirk memfokuskan operasi menyelamat tentera bersekutu, filem ini hanya menampilkan dua karakter perempuan berdialog.
sumber: IMDb

Artkel sebelum ini - Punca RTM Haramkan Despacito

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem Dunkirk

4 ulasan:

  1. Wah based on true story. Mesti menarik ni.

    BalasPadam
  2. Cerita ni wajib ditonton oleh orang yang suka filem perang seperti saya

    BalasPadam
  3. cerita perang macam ni memang best tengok.

    hoho

    BalasPadam