Jumaat, 17 Ogos 2018

Ulasan 13 Reasons Why Season 2

13 Reason Why merupakan salah sebuah siri televisyen paling popular yang ditayangkan di Netflix. Premis ini berjaya mengukuhkan asasnya sehingga mampu mempunyai pengikut yang ramai. Tetapi adakah atas alasan itu sahaja siri ini berhak mempunyai sekuel?

Sebelum itu, bagi yang tidak familiar dengan siri tv original penstriman Netflix ini, here is a short synopsis dari musim pertama.


Sinopsis 13 Reasons Why


13 Reasons Why mengisahkan Clay Jensen (Dylan Minnette) menerima bungkusan mengandungi kaset yang dirakam oleh Hannah Baker (Katherine Langford), rakan sekolahnya yang bunuh diri dua minggu lalu. Melalui kaset-kaset itu Hannah menceritakan bagaimana, kenapa, dan individu yang bertanggungjawab membuatkan beliau terdorong untuk bunuh diri.

Saya telah pun menerbitkan review untuk musim pertama. Boleh baca di - ULASAN Siri 13 Reasons Why di Netflix

Jika anda masih belum menonton musim pertama, saya ingin ingatkan bahawa ulasan ini mengandungi MINOR SPOILER.

Ulasan 13 Reasons Why Season 2


13 Reasons Why (13RW) adalah sebuah siri yang di adaptasi dari buku popular dari tajuk yang sama karya Jay Asher. Seperti buku, musim pertama mempunyai pengakhiran yang baik. Walaupun terdapat secebis misteri yang masih belum terungkai, siri ini TIDAK memerlukan musim kedua.

Musim kedua memperlihatkan perjuangan ibu Hannah berusaha menuntut keadilan atas apa yang berlaku kepada anak tunggalnya. Mrs Baker menuduh Liberty High School gagal dalam menangani gejala buli.

Malangnya beliau tidak mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan menjadi rumit apabila sebahagian daripada pelajar tidak berkata benar di mahkamah. Masing-masing tidak mahu ke penjara.


So Hanna is dead. Tetapi wataknya masih muncul melalui flash backs dan dalam fikiran Clay Jensen.

Bercakap soal Clay Jensen iaitu pelakon utama siri ini, wataknya tidak berkembang. He is still the same good friend yang kononnya ingin menegakkan kebenaran but does not have the balls to do act.

Tetapi watak lain dilihat lebih menyerlah kali ini. Musim kedua lebih menunjukkan kematangan beberapa karakter seperti Zack, Jessica, Tyler, dan Bryce. Dalam masa yang sama setiap episod meneroka sisi gelap setiap watak.

Selit isu semasa


Setidak-tidaknya musim kedua bukan hanya berkisarkan sekumpulan remaja bermasalah dengan idea lapuk yang memaksa penonton supaya mengambil pengajaran daripadanya. Akan tetapi menyelitkan isu-isu semasa yang sering menjadi tajuk akhbar masa kini seperti keganasan senjata.

Baca juga: Ulasan Stranger Things season 2

Depression menjadi tajuk utama


Untuk memasikan siri ini kekal segar, deprassion atau masalah kemurungan dilihat menjadi subjek utama yang melatari setiap episod musim kedua. Cara penyampaian 13RW dalam menyentuh isu sensitif ini seperti ingin memberi kepada penonton.

Mereka seolah-olah ingin menyampaikan bahawa kemurungan merupakan penyakit mental yang serius dan tidak boleh dipandang ringan. And don't even joke about it. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.


Bukan itu sahaja, tumpuan turut diberikan kepada kes gangguan seksual dan ketidakadilan terhadap kaum wanita. 

Seperti musim pertama, ia masih berpegang kepada prinsip slow-pace. Ia juga kurang unsur intensiti, yang pada saya inilah masalah utama 13RW kali ini. Ia tidak membuatkan penonton tertanya-tanya dan ingin mengetahui kisah selanjutnya.

Klimaks 13RW musim kedua hanya muncul pada tiga episod terakhir. Terdapat beberapa babak yang pada saya meninggalkan kesan abadi kepada penonton. Pada saya babak itu terlalu ganas, and I could never watch it again.

Memandangkan 13RW mempunyai pengikut yang ramai, ia memberi bayangan bahawa siri ini akan disambungkan. Malah Netflix sendiri telah mengesahkannya.


Pada saya musim pertama memiliki plot yang lebih baik. Tetapi musim kedua lebih relatable dengan isu semasa. But still unnecessary. Lakon layarnya tampak sengaja direka-reka supaya siri ini terus ditonton.

Rating:

13 REASONS WHY Season 2
6.5/10

Therre you go, ulasan 13 Reasons Why season 2. Lama jugak review ini tersimpan dalam draft. Oh,  banyak kandungan menarik yang boleh ditonton di Netflix Malaysia. Kalau tengah plan nak langgan Netflix, saya dah tulis entri khas. Boleh rujuk di > Cara Daftar Netflix Malaysia.

3 ulasan:

  1. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yep ahahaha nais one visit mine http://diarianggun.blogspot.com/2018/08/rahsia-kulit-muda-berseri-dengan-krim.html?m=1

      Padam
  2. nampak menarik jalan ceritanya..tak pernah tengok lagi siri ni

    Ikhtiar Sopak

    BalasPadam