Pengalaman Beli Handphone di Lazada

23
Rasanya dah lama tak beli barang di Lazada. Mungkin sebab Shopee lebih menarik dan murah kot. Hehe! So I made my first purchase in a long time di Lazada bulan lalu. Berdasarkan tajuk artikel ini, ya, saya beli handphone di Lazada Malaysia. Xiaomi Mi A2 Lite.

Ini merupakan kali pertama saya beli barang yang nilainya agak mahal secara online. Sebelum ini pembelian saya tidak pernah lebih dari RM100. Walaupun aware yang Lazada memang menawarkan gajet pada harga rendah, pada waktu itu saya masih tak berani nak beli.


Maklumlah, lepas banyak dengar berita Lazada Malaysia tipu customer dan ada juga yang sudah membuat pembayaran tetapi tidak menerima barang yang mereka beli.

Hinggalah I was so desperate to get a new phone. iPhone 5s yang saya menang contest anjuran Denaihati beberapa tahun lepas masih elok. Tetapi masih menggunakan sistem operasi iOS 9.2. Saya tidak boleh melakukan kemas kini kerana ia adalah versi 16GB sahaja. Jadi banyak apps utama yang sering saya gunakan seperti Twitter, Instagram, Snapseed, dan Unfold tidak boleh digunakan kerana hanya ia memerlukan sistem operasi terkini.

Sebenarnya saya dah lama aim telefon ini. Banyak juga baca review menonton video tentangnya di Youtube. Tengok kat kedai, harganya agak mahal. Tapi bila semak di Lazada, jauh lebih murah!

Di kedai fizikal, harga Xiaomi Mi A2 Lite adalah RM729 (3GB/32GB) dan RM849 (4GB/64GB). Harga smartphone Malaysia ni bukannya murah tau? Walaupun ia cuma jenis middle-end sahaja.


Tetapi harga di Lazada cuma RM679 untuk versi 4GB/64GB. Bahkan ia mendapat rating yang baik dari pelanggan. Sellernya juga dipercayai.

Pengalaman Beli Handphone di Lazada


Jadi saya beli yang versi 4GB/64GB. Because I am tired of using a phone that always runs out of storage! RM679, tapi memandangkan saya ada voucher Lazada RM75 hasil menang kontest sempena promosi 11.11 tempoh hari, saya perlu bayar RM604 sahaja! Harga di kedai RM849 tau.


[Baca] 3 Item Idaman Sempena Lazada 11.11 Shopping Festival

Saya placed order pada 10 Disember, iaitu dua hari lebih awal dari promosi 12.12 untuk mengelak kelewatan penghantaran. Maklumlah, jualan mega pasti banyak barang yang posmen perlu hantar.



Tetapi telefon tiba seminggu kemudian yang dihantar menggunakan kurier Lazada sendiri iaitu Lazada Express (LEX). Tempoh 1 minggu tu sebenarnya agak lama memandangkan barang yang kita beli tu agak mahal. Risau juga kalau tak sampai langsung. Haha!

[Baca] Cara Beli Barang di Lazada 

Telefon tiba dalam keadaan  baik, ber-bubble wrap dan tidak mengalami sebarang kerosakan baik pada kota mahupun pada telefon itu sendiri. Too bad tak ada free gifts, tengok review pelanggan ada yang dapat banyak barang. Hmm..


Sangat berpuas hati dengan pembelian kali ini. Mainly sebab harganya yang jauh lebih murah dari kedai.

Tips beli smartphone di Lazada

  • Bandingkan harga di antara kedai fizikal dan beberapa e-merchant
  • Baca rating/review pelanggan yang telah membelinya
  • Ambil kira reputasi seller
  • Jangan terus beli, kerana seller suka main harga sebelum dan ketika hari promosi

Kalau anda pun tengah plan nak beli fon baharu, baik beli Mi A2 Lite macam saya. Hee! Beli kat sini - https://goo.gl/gGv5yw

Banyak  kelebihan yang ada pada Mi A2 Lite ini. Namun, akan saya kongsikan dalam artikel review yang akan datang.

Patut la ramai yang beli handphone di Lazada. Memang murah dan berbaloi-baloi!

Post a Comment

23Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. CCL selalu jenguk shoppee dan lazada bandingkan harga pasaran dengan online , memang online tawarkan harga yang dikaun berganda , teringin nak beli dalam online shopping , tapi memandangkan barang mahal macam ni , rasa was-was itu ada

    ReplyDelete
  2. Wah... Tak pernah lagi Min belu handphone di Lazada. Tapi kalai shopping lelain barang memang banyak dah.. Hehe.. Nampak best jugak phone xiaomi ni ye

    ReplyDelete
  3. Tak pernah beli handphone gunakan Lazada. Takut benda tu nanti sampai saje dah rosak. :D

    ReplyDelete
  4. Saya pun tak pernah juga beli barangan mahal di portal online. Belum berani mencuba. haha. Setakat ni lebih selesa ke kedai dan lihat sendiri barangan tu. Ada buat review telefon xiaomi ni ke? Macam menarik juga.

    ReplyDelete
  5. Wahh untunglah siap dapat less lagi. Kita pernah beli handphone online gak, tapi kat 11street. Mmg rasa gamble gila nasib baik dapat semua ok hehe

    ReplyDelete
  6. Nina pun antara yang tak berapa berani nak beli barangan kat online. Nak nak benda yang mahal beratus Huhuu... Tengok review Nik kata OK, ada laaa semangat sikit nak usha usha yang dah berkenan di hati. Thanks sharing yaaa

    ReplyDelete
  7. Akak pun lama betul x shopping kat lazada ni..eh terus teringin nak shopping la...cuma akak x berani beli gadjet online..tgok awak beli ni macam selamat je...kena cuba ni kan..

    ReplyDelete
  8. pernh bli juga handphone kt lazada...beli utk my parent handphone Xiaomi...actually riso juga sbb tk pernh bli mcm gadget gtu secara online...tp alhamdulillah ok

    ReplyDelete
  9. Suami ade jugak beli barang barang komputer dekat lazada.kalau die beli barang komputer, mostly kurier lazada yang hantar. Bukan kurier biasa

    ReplyDelete
  10. wahhhhh murah ye harga kat Lazada ni berbanding kedai fizikal. Tetiba saya teringat yang pernah beli kamera yang duk guna sekarang di Lazada,time tu memang tawakal habislah. Alhamdulillah everything okay then paling penting masa nak beli di Lazada kenalah rajin baca komen dan buat revision sikit dengan barang tu kan :)

    ReplyDelete
  11. Huda pun banyak kali juga beli barang mahal2 di lazada, so far tak pernah ada bad review. Semua barang sampai dgn elok. Tahun lepas belikan hadiah suami handphone brand xioami kat lazada, sampai sekarang handphone masih elok walau byk kali jatuh..hehe

    ReplyDelete
  12. Sya tak pernah beli barang mahal dekat online shopping, terima kasih kongsikan info ini nanti bolehlah saya mencubanya

    ReplyDelete
  13. BOnda selalu juga beli barangan lazada....tp handphone blm berani beli lagi...sbb ada kejadian rakan yg beli iphone dpt barangan bukan original...kemudian nya masalah dengan pos laju yg dh xberapa nk laju lagi sekrg ni...

    ReplyDelete
  14. good to know that you are satisfied with your purchase. and yes you are right, same like you we all are afraid to buy online especially when the amount is high. i never buy anything online that is more than rm500 i think. haha


    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  15. Akak ada je acc Lazada tapi x shoping2 pun kat sana. Memang tak brminat shopping online ni..takut terjebak beli macam2 nanti..hahaha. kalau nak sesuatu akak suh sedara akk je yang belikan

    ReplyDelete
  16. Bestnya ada fon baru.. besar pulak tu storage.. Yup.. TB pun suka baca review pembeli sebelum membeli apa-apa di website lazada nitermasuk website lain pun.. bukan apa.. risau tertipu je kan..

    ReplyDelete
  17. Akak mcm2 jugak la beli kt. Lazada.. Selalu compared dua ni lazada n shopee. . Sellau kat lazada letrik punya barang lgi murah2 la

    ReplyDelete
  18. Kita pernah sekala beli handphone kat Lazada ni memang bagus juga cepat dan juga selamat dihantar tak perlu risau rasa macam nak beli lagi lah kat Lazada hehehehe...

    ReplyDelete
  19. Kak mmg suka shopping kat Lazada sbb service penghantaran ok..cuma xberani lg beli fon..tkt kena tipu xori...tp bila baca entry ni nk tray skodeng kat Lazada

    ReplyDelete
  20. That's a nice phone! Actually, I've purchased all my phones on Lazada, it's a very trustworthy site and it's really cheaper than in stores now.

    ReplyDelete
  21. Pernah juga beli handphone dekat lazada, shopee, ada yang ok. ada yang jahanam.. tak dapat refund.. sebab dia tulis takda warranty, kena tengok betul2 seller tuh, term n condition dia

    ReplyDelete
  22. ini gstore , apa takut ? lagi pun ini harga offer bukan murah~ sekarang ada yang jual handphone kat LAZADA dengan murah sangat tu memang tipulah i think ~ Xiaomi Mi8 RM 600? Xiaomi Black Shark 2 RM 320? Harga handphone ni semua ribu-ribu ! Siapa tahu ini niat apa??? macammana nak report?

    ReplyDelete
  23. Terima kasih infonya min, jadi perlu lebih detail buat beli hp samsung 3 jutaan terbaik nih

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top