Sabtu, 12 Jun 2021

7 Laptop Terbaik Untuk Student 2021

Laptop Terbaik Untuk Student 2021 | Memandangkan kita telah kembali menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terpaksa mengikuti kelas secara dalam talian, maka permintaan terhadap komputer riba / laptop semakin meningkat. 


Selain itu, sesi kemasukan pelajar baharu ke institusi pengajian tinggi bakal dimulakan tidak lama lagi. Laptop amatlah diperlukan agar pelajar dapat mengikuti kelas online supaya tidak tercicir dalam pembelajaran.  

 


 

Jadi, dalam artikel ini saya akan senaraikan beberapa buah laptop terbaik untuk pelajar. Laptop-laptop ini sesuai untuk kegunaan biasa, buat assignment, video call, suntingan gambar & video ringan, dan pada harga bajet.  

 

Baca: Tips Beli Laptop Untuk Student 


Tips beli laptop untuk student

Apa yang penting anda tahu tahap penggunaan dan software apa yang perlu digunakan kelak. Contohnya anda perlu lakukan tugasan berat seperti edit video/gambar, AutoCAD, dan lain-lain, belilah yang berspesifikasi tinggi dan lebih mahal.



Namun, sekiranya anda sekadar guna Microsoft Words, Excel, email, urus bisnes Shopee, dan menonton filem, pilih laptop yang berspesifikasi pertengahan. Agar anda dapat guna laptop tersebut untuk jangka masa yang lebih lama. 


Laptop Terbaik Untuk Student 2021


1. Asus M409D

Laptop terbaik bawah RM2000 yang boleh anda dapatkan di pasaran. Sesuai untuk student, dan memiliki spesifikasi serba lengkap untuk buat assignment dan presentation. Lengkap dengan 4GB RAM  + 256GB SSD menjadikan laptop ini lancar dan berkali-kali ganda laju berbanding HDD.


Design nice, walaupun diperbuat daripada plastik.

 

Processor: AMD Athlon™ Silver 3050U Processor

RAM: 4GB DDR4

Storage: PCIEG3x2 NVME 256GB M.2 SSD

Display: 14.0′ HD 1366×768 16:9//Anti-Glare

Graphic: AMD Radeon™ R2 Graphics 


Harga: RM1,670

Link pembelian: https://invol.co/cl4bcha

 

Artikel berkaitan:

+ realme Book Laptop Sesuai untuk Student 

+ 8 Tips Memilik Android Box 2021

+ Tips Beli Laptop untuk Student

 

 

2. Acer Aspire ES 11

Ingin saya ingatkan, laptop yang dikuasakan dengan Intel Celeron amat tidak digalakkan untuk tugasan harian. Ia adalah specs yang paling rendah di pasaran. Bukan tak boleh guna langsung, tapi kalau dah digunakan setiap hari, boleh rosak jugak.

 

 

Performance dia okay pada awal pembelian. Namun lepas digunakan selama setahun, dia mula menunjukkan tanda-tanda seperti lagging, delay, booting perlahan, dan pelbagai lagi.


Baca: Handphone Murah Bawah RM500


Tapi kalau jarang guna, cuma pakai untuk kelas online, urus bisnes Shopee, Words, dan Excel, Intel Celeron ini masih mampu untuk jalankan tugasan tersebut. Tambahan pula, ia lebih murah dan sesuai untuk mereka yang berbajet kecil.



 

Processor: Intel Celeron N3350 / Intel Shared Memory

RAM: 4GB, DDR3L SDRAm

Storage: 500GB HDD

Display: 11.5 inci, 720p

Bateri: 3220 mAh


Harga: RM1380


3. Teclast F6 Plus

Techlast mungkin tidak popular seperti jenama lain, tetapi spesifikasinya boleh dikatakan mantap juga. Biarpun guna Intel Celeron N4100, ia jada dengan RAM sebesar 8GB, dan 256GB SSD. Nah, kalau dah guna SSD, memang lancarlah laptop ni. 

 


 

Baca: Mi Tv Stick - Android Box Terbaik di Pasaran


Apa yang menarik perhatian adalah ia skrin boleh lipat 360 darjah, sekaligus boleh jadikan laptop ini sebagai tablet. Berskrin sentuh, IPS LCD, dan berresolusi 1920x1080. Which is quite impressive pada tanda harganya. 


Bukan setakat student, tetapi ideal buat businessman yang nak present product kepada customer. It comes in handy bila laptop boleh transform jadi tablet dan boleh touch screen. Kan? 


Harga: RM1,614

Link pembelian: https://invol.co/cl4ckyt


4. Acer Aspire A314 C087

Juga dijana dengan Intel Celeron, tetapi boleh boost sampai 2.9 ghz, dan support 4GB RAM dan guna SSD sebesar 256GB. Impressive kan? Cuma ia menggunakan skrin HD sahaja. Malah, rekaan dan bahan binaannya tidak se-gah yang lain. 


Melalui spesifikasinya, saya rasa ia adalah antara laptop terbaik untuk student 2021. Ideal buat pelajar sekolah rendah/menengah, dan IPT. Ia amat lancar sebab guna SSD, namun tak boleh main game berat. 

 


 

Processor: Intel Celeron N4020

RAM:  4GB RAM DDR4

Storage: 256GB SSD

Display: 14" HD 1366 x 768 resolution

Bateri:4810 mAh 7.7 V 2-cell Li-ion battery

 

Harga: RM1,569

Link pembelian:  https://invol.co/cl4d1w9

 

5. HP Probook

Laptop terbaik untuk student yang seterusnya adalah HP Probook. Dikuasakan dengan Intel Core i3, 4GB RAM, dan 256GB SSD. Spesifikasinya memang solid untuk laptop kelas pertengahan. Anda boleh buat assignment, berniaga Shopee, video call, dan editing ringan seperti Adobe Photoshop

 


 

Laptop ini masih boleh handle gaming ringan sepert PUBG Lite, Dota, The Sims, dan lain-lain. Design pun cun, nampak premium biarpun binaannya cumalah plastik. Rating dari seller Shopee ni semuanya positif. Belilah!


Processor: Intel core i3

RAM:  4GB RAM

Storage: 256GB SSD

Graphic:  Radeon HD7640G

 

Harga: dari RM1399

Link pembelian: https://invol.co/cl4d2f3


6. Joi Book 155 Pro

Laptop yang seterusnya adalah Joi Book 155 Pro, sebuah laptop keluaran Malaysia yang tidak kurang juga hebatnya. Pada saya, laptop ini memang dari segi design. Lihat sahaja rekaannya yang sleek, nipis, binaan aluminium, dan minimal bak Macbook!

 

Pokde.net
 

Sesuai untuk korag yang nak bawa laptop ni ke mana-mana. Ia ringan, saiz perfect untuk kerja-kerja menaip, dan presentation. 


Baca: Cara Daftar Disney Hotstar Malaysia


Dari segi spesifikasi, Joi cemerlang sekiranya anda hanya guna untuk buat assignment, video call, browsing, tengok movie, dan light editing. Maklumlah, ia cuma dijana dengan Intel Celeron sahaja. Bagaimanapun, korang akan dapat 256GB SSD secara percuma kalau beli laptop ni. So, confirm laju ok.

 



Processor: Intel Celeron Precessor N4120

RAM:  4GB RAM  

Storage: 64GB eMMC + 256GB SSD  

Skrin: 14'' Full HD IPS display,  1920 x 1080 Resolution

Graphic: Intel UHD Graphic 600


Harga: RM1,499

Link pembelian: https://invol.co/cl4f1pw

 

7. Huawei MateBook D 14

Seterusnya adalah laptop yang sesuai untuk pelajar universiti, HUAWEI MateBook D 14. Laptop kelas premium berharga RM3000 ke atas. Harga nya mungkin agak tinggi berbanding yang lain, namun kualitinya memang tip top, solid, dan sesuai untuk kegunaan berat.

 


 

Actually laptop memang tengah 'in' sekarang. Zaman 2021 ni kalau anda ada bajet lebih, belilah laptop premium agar boleh boleh digunakan untuk jangka masa lama.


Dijana dengan AMD Ryzen 7-3700U iaitu jauh lebih baik dari Intel i7. Ia cukup berkuasa hingga boleh handle penggunaan berat seperti video editing, pereka grafik, tugasan multimedia berat, gaming, dan lain-lain. Dari segi design, memang mengancam!


Processor: AMD Ryzen 7-3700U

RAM:  8GB RAM  

Storage: 512GB SSD  

Display: 14.0' HD (1920 x 1080)

Graphic:  Radeon™ RX Vega 10

Security: FINGERPRINTpower button

Bateri: Lithium Polymer,4 cells


Harga: RM3,099

Link pembelian: https://invol.co/cl4dpva



Laptop bawah RM1000

Kalau anda cari laptop murah bawah RM1000 untuk student pun boleh juga. Laptop refurbished memang banyak dijual dikedai komputer. Refurbished ini bermaksud secondhand/terpakai tetapi yang telah dibaiki atau dinaik taraf. 


Ini antara refurbished laptop bawah RM1000 yang mendapat rating tinggi di Shopee.


  1. Toshiba Intel Core i3 (RM830) - https://invol.co/cl4d3x8
  2. Fujitsu A553 i5 - (RM900) - https://invol.co/cl4d3z8

 

Chromebook

Bagi ibu bapa yang tengah cari laptop untuk pelajar sekolah, boleh consider adalah Chromebook. Harganya lebih murah dan boleh jalankan tugasan penting seperti menaip, video call, menonton video, dan lain-lain. Malah, harganya jauh lebih murah iaitu dari RM370 sahaja. 


Apa itu Chromebook? 

Dalam bahasa mudah, instead of guna Windows seperti laptop biasa, Chromebook guna Chrome OS. Sekali pandang, paparannya tidak ubah seperti sebuah tablet. Tetapi boleh guna Words, Classroom, Excell, dan sejumlah tugasan lain seperti laptop.


 

Chromebook lebih ringkas dan anda boleh download pelbagai aplikasi melalui Google Playstore. Antara Chromebook yang menjadi pilihan ramai adalah:


  1. Acer C720 Chromebook (RM379) - https://invol.co/cl4dqiw
  2. Acer Chromebook C710 (RM399) - https://invol.co/cl4dqjt
  3. Samsung XE303C12 (RM375) - https://invol.co/cl4dql9


Semoga senarai laptop terbaik untuk student ini dapat membantu anda. Beli ikut keperluan dan bajet. Lagipun, laptop amat penting agar anda dapat 'work from home' dan supaya anak-anak tidak tercicir dalam pelajaran.

29 ulasan:

  1. Aritu mmg igt nk beli laptop 2nd hand sbb yg ada tu buat hal. Sekali lepas reformat, ok pulak. Nanti kalau nak beli, senang saya refer sini.

    BalasPadam
  2. Aritu masa nak cari lappy untuk WFH, jengok gak ur recommendations. Last-last Rawlins beli Dell sebab Ryzen 5 dan dapat offer yag best kat kedai

    BalasPadam
  3. kebetulan last weekend aida beli 1 lagi laptop. total, ada 3 laptops dan 1 desktop kat rumah ni. utk pdpr dan wfh hu hu hu hu... sedang elok nak beli brg lain, terjebak beli laptop, nik.
    acer saje, RM1599. ok la. ada offer kebetulan. acer or hp, dok fikir masa tu. salesgirl tu recommend acer. ada la byk benefits yg dia explain utk laptop acer, tu yg decide terus beli :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. brand tak penting sangat. specs tu kena teliti betul2. cukup tak dengan keperluan kita. hehe

      Padam
  4. Laptop sekarang ni memang penting, nak2 pula untuk pelajar. Nak memilih laptop pun kena buat pilihan yg tepat jugak, risau nnti beli yang tak berkualiti. Terima aksih atas recomendations ni :)

    BalasPadam
  5. bagus ada pilihan camni, boleh la ikut spek dan bajet kita kan, ada rezeki nak beli laptop baru juga

    BalasPadam
  6. Bagus ada list ni.. bukan setakat pelajar university, this is useful for me too in case I want to get myself a backup laptop since skrg dah jadi heavy user...

    BalasPadam
  7. Bagus nampaknya chrome book tu. Harga pun berpatutan..jadi ibu bapa pun tak rasa terbeban nak keluarkan sedebuk untuk pdpr anak-anak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. chromebook paling sesuai utk pelajar sekolah rendah

      Padam
  8. Laptop ni dah menjadi satu keperluan kan. Mudah kalau ada laptop ni. Senang nak bawak merata. Tapi kne pandai pilih. Cari yang berkualiti. Nak pakai lama

    BalasPadam
  9. Musim PKP dan WFH ni, memang laptop laaa jadi peneman. Ramai yang mencari laptop yang terbaik dan mesra bajet.

    BalasPadam
  10. Dulu-dulu Sis memang penguna Acer, now je dah tukar Asus, tapi anak-anak tetap Acer.. Suami je HP hehehehe...

    BalasPadam
  11. Ok lah harga macam ni untuk student kan. lagipun macam-macam boleh guna untuk siapkan kerj2 yang diberi oleh guru mereka. saya dulu pun pakai acer tapi sekarang dah curang ke macbook

    BalasPadam
  12. Untuk orang yg bukan pakar IT pakar teknologi macam Nur ni, article macam ni tersangatlah bermanfaat. Berkenan pula dgn laptop Huawei tu tapi harga dia, masyaAllah :')

    BalasPadam
  13. Dah jadi satu kemestian setiap rumah kena ada laptop. Tambah zaman PdPR untuk anak-anak. Perkongsian yang baik dan nanti bolehla share dengan geng office yang tengah survey nak beli nanti

    BalasPadam
  14. Untuk student kan. Memang akak suggest parent invest utk dapatkan laptop dari smartphone. Sebab laptop ni lebih tahan lama. Macam henfon kena update firmware lah, apps lah. Kalau government bg option utk sponsor laptop or telefon pintar. Go for laptop. Telefon pintar ni storage tak besar, kegunaan kena banyak. Whatsapp,zoom,google meet, google classroom,telegram dan lain-lain. Semua tu ada lg mudah dengan akses melalui laptop. So akan tekankan sila beli laptop. Hehehehe. Tq Nik suggest senarai. Semua jenama padu padu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. lagi satu, laptop ni pun satu investment jugak. selain buat assignment, attend class online. kita juga boleh buat duit. hehe

      Padam
  15. Thanks for your recommendation. I also wish to buy a new laptop for my girls to learn online

    BalasPadam
  16. Baru tau chromebook tu murah ja.. Ingat harga mahal hari tu.. Tpi mcm ok ja tgk sebab mcm lagi sennag kalau budak2 nak pakai sebab mcm phone kan... Budak2 kan selalu tgk fon dr computer kan.. So xdak la rasa kepelikkan ka apa ka kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. chromebook lebih sesuai utk anak2 sekolah rendah. specs biasa, tapi boleh buat semua tugasan.

      Padam
  17. Wow thanks for the information, i am also looking for a new laptop sebagai hadiah to my anak buah.

    BalasPadam
  18. very informative sharing here as due to online classes while stay home, a good reliable laptop truly important. cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  19. Terbaik, boleh lah saya rujuk post ni kalau nak belikan laptop utk anak nanti. Dlm keadaan skrg nampaknya mmg perlu belikan anak-anak laptop kalau dak asek berebut saje. Thanks for sharing ya~!

    BalasPadam
  20. Hari tu terfikir jugak nak beli satu laptop lagi tapi fikir2 balik tak jadi. Tapi kalau perlu juga nanti akan rujuk posting ni sebab sangat memmbantu untuk buat pilihan yang tepat dan berbaloi.

    BalasPadam
  21. Haritu ada beli laptop Huawei D15, memang pembelian berbaloi. Saya ada tulis review juga di blog :)

    BalasPadam
  22. saya pelajar kolej tapi, sebab tulaa kakak nak guna laptop,taktau laptop mana sesuai nak dbeli

    BalasPadam
  23. Ada tak laptop yang sesuai untuk student it sbb saya dah nk start odl. boleh recommend tak laptop yang 8GB RAM yang murah2

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau student it, confirm selalu pakaikan? saya suggest beli at least yang i5.

      Padam
  24. Very simple, but informative untuk masyarakat marhaein mcm saya...

    BalasPadam