Sinopsis Mak Cun Pi New York. Sempena Syawal ini Tv3 menghidangkan penonton setianya dengan kisah terkini usahawan bedak sejuk, Mak Cun, yang terbang ke New York, Amerika Syarikat. Oleh kerana drama bersirinya mendapat rating memberangsangkan setiap minggu, Rumah Karya Citra menerbitkan kesinambungan MAK CUN PI NEW YORK pada Aidilfitri ini.
Diarahkan oleh Pali Yahya dan Eirma Fatima, telemovie Mak Cun yang bersiaran selama dua jam ini dibintangi pelakon sama seperti Eirma Fatima, Balkisyh Semundur Khan, Nora Danish, Dato Rahim Razali, Datin Seri Umie Aida, serta bintang undangan, Saharul Ridzwan.
Baca: Tips Bisnes Air Balang
Mok Cun Pi New York bakal bersiaran pada hari raya pertama jam 9 malam, di Tv3.
Sinopsis Mak Cun Pi New York
Mak Cun bergegas ke New York setelah mendapat panggilan dari anak perempuannya yang menetap di Kuala Lumpur, Atun, yang ingin berkahwin di sana. Atun pula merahsiakan siapa bakal suaminya itu membuatkan Mak Cun lebih bimbang jika Atun berkahwin dengan 'mat saleh' yang tidak mengikut ajaran Islam.
Keadaan menjadi kelam-kabut di Kodiang dan Mak Cun bukan sahaja risau akan anaknya, bahkan mendapat buah fikiran membawa produk bedak sejuknya untuk dipasarkan New York.
Entri sebelum ini - Yopokki Tidak Halal
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Mak Cun Pi New York Tv3
Tidak menonton sangat drama Mak Cun. Sekadar nonton gitu-gitu jer. Kalau follower memang akan tunggu siri terbaru. :)
ReplyDeletekeluarga saya peminat Mok Cun..memang enjoy tengok drama ini
ReplyDelete