Ulasan Filem Hacksaw Ridge

15
Ulasan Filem Hacksaw Ridge. Mel Gibson kembali ke kerusi pengarah dan kita tahu dia tidak pernah gagal melakukannya. Selepas mengarah Braveheart (1995) yang memenangi 5 Anugerah Oscar, Apocalypto (2009), Gibson sekali lagi mengarahkan filem bertemakan perang yang cukup hebat. 

Dipetik daripada kisah benar zaman Perang Dunia Kedua, Hacksaw Ridge mengangkat cerita askar medik, Dessmond Doss. Biarpun diadaptasi dari kisah benar bukan sesuatu yang baru di Hollywood, pelakon dan pengarah tersohor, Gibson, berjaya meletakkan filem ini di kelas tersendiri.


This is my kind of movie. Kebanyakkan filem kegemaran saya terdiri dari filem bertemakan perang, drama, dan misteri seperti Zero Dark Thirty, The Pursuit of Happiness, Gone Girl, Catch Me If You Can, Silver Lining Playbooks, American Sniper, dan Sicario. Dan tanpa ragu-ragu Hacksaw Ridge masuk dalam list!

Baca: Kerja dari Rumah dengan iLancee

Hacksaw Ridge nyata memberi nafas baru kepada cerita perang/sejarah. Ulasan ini tidak mempunyai spoiler, so enjoy! 

Ulasan Filem Hacksaw Ridge

Berlatar belakangkan tahun 1945 sewaktu perang dunia ke dua, Hacksaw Ridge membawa penonton kepada kisah Dessmond Doss, seorang askar medik Amerika Syarikat yang menyelamatkan askar lain tanpa menembak bahkan tidak memegang senjata.

Trauma dengan insiden di mana beliau hampir-hampir membunuh adik lelakinya sewaktu kecil serta lahir dari keluarga yang mengutamakan agama, membuatkan Doss percaya yang membunuh insan lain ada dosa besar. Kecintaannya terhadap ilmu perubatan dan keinginan untuk menjadi askar membuatkan Doss menyertai Angkatan Tentera Amerika dan berkhidmat sebagai askar medik.


Biarpun diejek dan hampir dipenjara kerana didakwa mempermainkan undang-undang, Doss tetap dihantar sebagai askar medik ke Okinawa untuk menakluk kubu kuat tentera Jepun di pinggir bukit. Di sana, askar Amerika berdepan kesukaran kerana tentera Jepun jauh lebih ramai dan sukar dilihat. Apatah lagi lokasinya terletak dipinggir bukit dan ini adalah mengapa tempat itu di namakan Hacksaw Ridge.

Berkaitan: Ulasan Siri Stranger Things

Seperti filem-filem perang yang lain, sudah pasti ia mengajak penonton menyokong kuasa Amerika berbanding negara lain. Ketepikan sentimen itu kerana ini adalah ulasan filem!

Plot filem ini disusun dengan kemas dan sudah pasti penonton tidak akan keliru serta dapat memahami jalan cerita ini dari awal hingga ke akhirnya.


Babak-babak pertempuran yang tampak 'real' secara tidak langsung akan membuatkan penonton akan merasa simpati. Sebagai sorang  meminati filem perang, saya perlu memuji kesan makeup, muzik latar belakang (score) dan kesan khas yang nampak nyata. Ia membuatkan penonton seolah-olah berada di medan perang.

Biarpun Hacksaw Ridge bermula perlahan dengan mengambil masa lebih 30 minit untuk memperkenalkan karakter Doss kepada penonton. Jika anda gemar filem 'action-packed' mungkin anda fikir Hacksaw Ridge agak membosankan. Namun pada saya ia bukan masalah besar kerana segala informasi pada awal filem cukup penting untuk menggambarkan peribadi Doss mengapa dia nekad tidak mahu menyentuh senjata biarpun pada saat genting.

Sisi baru Andrew Garfield

Saya cukup gembira melihat Andrew Garfield yang berjaya keluar dari watak Spiderman yang pernah dibawanya beberapa tahun lalu. Sekaligus membuktikan beliau bukan sekadar superhero filem Marvel tapi mampu membawa watak berat. Lebih membanggakan, Garfield kini merupakan calon Pelakon Lelaki terbaik Anugerah Oscar menerusi watak Doss.


Watak-watak lain juga menyerlah tanpa menenggelamkan Doss. Jarang sekali kita dapat lihat Vince Vaugnh melakonkan karakter serious kerana beliau cukup terkenal dengan filem komedi. Selain itu, Teresa Palmer, what a great Australian actress and so underrated! Come on Hollywood, give her bigger roles.

Sentuhan magis Gibson nyata menjadi kayu pengukur kepada filem perang sekaligus meletakkan Hacksaw Ridge antara filem perang terbaik yang pernah dihasilkan.

#NKMovieRating
HACKSAW RIDGE
10/10

When it comes to movies, I tend to be very picky. I thought Hacksaw Ridge is one of the best war movies ever made and deserves my 10 stars.  


Entri sebelum ini - Chatime Tukar Nama Kepada Tealive

Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem Hacksaw Ridge

Catat Ulasan

15Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. dulu masa muda-muda selalu tengok cerita perang..sekarang tak sempat nak tengok..sibuk memanjang sahaja

    BalasPadam
  2. paling suka filem pearl harbour, sampai sekarang tengok. lain2 mcam tak minat

    BalasPadam
    Balasan
    1. pearl habour pun best! sebab ade ben affleck

      Padam
  3. Noted..nti jie nk tgk.. Jie suka klu cter berkasarkan kisah bnar..

    BalasPadam
  4. Saya dah tengok. memang terbaek. Prinsip diri ditunjukkan dalam cerita ini. Dengan percaya dan berpegang pada prinsip membuatkan orang lain kagum dengan kita di kemudian hari.

    BalasPadam
  5. MacM best je cerita ni... tk tgk lagi . Teringin nk tgk

    BalasPadam
  6. movie-movie bising macam ni, best tengok kat panggung...

    sekarang tak boleh ke panggung dah... anak yang bising kang

    BalasPadam
  7. Baru tengok tadi dengan member.. ingat cerita ni tak best dulu abaikan je.. haha. pastu tengok malam ni memang terbaik. best giler... hero tu pun walaupun berlakon spiderman dulu tp still tak dibayangi dengan spiderman dia tu... banyak pengajaran kat sini..

    BalasPadam
  8. Aiseh dalam movie ni, tak dapat la garfield ni guna spiderweb...

    BalasPadam
  9. Dah tgok. Memang best sbb mvie ni based on true story.

    BalasPadam
  10. tak berapa minat dengan filem perang..hehee..

    BalasPadam
  11. Dah tengok dah dia punya trailer. Nak kena tengok full ni

    BalasPadam
  12. Banyak pengajaran yg boleh dipelajari dlm movie ni..time dia kena belasah ramai2 tu dia tak bagitau pun siapa yg pukul, respect dgn sifat kental dan prinsip dia..base on true story ni..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top