Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp. Anda sudah pasti pernah berdepan dengan situasi tersalah hantar mesej. Tersilap hantar kepada penerima/group chat berlainan ataupun terdapat kesalahan pada mesej yang boleh menyinggung perasaan pastinya membuatkan anda tidak senang duduk.
Lepas ni dah tak payah risau sebab WhatsApp Messenger kini membenarkan anda memadam mesej yang tersalah hantar sama ada kepada individu mahupun menerusi group chat.
Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp
Laman FAQ WhatsApp memberitahu pengguna:
"Ciri ini membenarkan anda memadam sebarang mesej yang tersilap hantar tidak kira penerima individu atau kumpulan sembang. Fungsi ini sangat berguna sekiranya anda menghantar kepada penerima yang salah ataupun mesej yang mengandungi kesilapan"
Padam dalam masa 7 minit!
Walau bagaimanapun, mesej tersebut harus dipadam dalam tempoh kurang 7 minit selepas menghantarnya, selepas tempoh tersebut mesej akan kekal. Fair enough kan?
Baca: Fakta Menarik Filem Thor Ragnarok
Cara Padam Mesej yang Tersilap Hantar
- Buka aplikasi WhatsApp dan pergi ke mesej yang anda ingin padam.
- Tap-dan-hold mesej tersebut. Pilih 'Delete for everyone'.
* 'Delete for me' hanya akan memadam mesej pada peranti anda sahaja.
Fungi berguna ini hanya berfungsi jika anda dan penerima mesej menggunakan WhatsApp versi terkini sahaja. Ia bakal dinikmati pengguna Android, iOS, dan Windows Phone secara berperingkat mulai sekarang.
Saya yakin fungsi ini sememang sudah lama dinantikan mereka yang menggunakan aplikasi permesejan milik Facebook ini.
Entri sebelum ini - Sinopsis Lelaki Itu Pemilik Hatiku
Terima kasih kerana membaca Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp
Bagus ciri terbaru ni
ReplyDeleteKalau tersalah hantar pada orang mesej berbaur fitnah
Boleh diundur lagi
dengan syarat dalam masa 7 minit
Bagus ciri terbaru ni.. maknanya kena sllu update whatsapp lah ye
ReplyDeleteSaya selalu typo je.
ReplyDeleteDaripada malu lebih baik padam kan je mesej tersebut
patut lah nak padam tadi dia ada option. update yg baru rupanya
ReplyDeleteowhh kena update baru ye kak.. nice sharing. <3
ReplyDeletesekarang dah tak risau lagi tersalah hantar dekat isteri wasap kepada skandal wakakakaka
ReplyDeleteSelalunya yang silap ni sebab banyak tingkap wasap kena layan, tu yang tersilap mesej...hehe
ReplyDeletehahahaha~ bila tengok tajuk, cecepat nak scroll baca.. memang saya ni sejenis selalu tersalah hantar.. adoi !! thanx untuk infonya.. nanti boleh guna..
ReplyDeleteternyata bisa di padam ya mesej dalam wa
ReplyDeleteTerbaik la ni ciri.. kadang2 kalau marah kita boleh taip macam2 kan, kalau sempat sedar boleh la padam..
ReplyDeletelagi-lagi kalau marah tapi salah send ke lecturer.. hm boleh murung 1 sem
Memang dah lama saya harap ada ciri ni pada wassap.
Bagus ciri-ciri pembaharuan ni.
ReplyDeleteTak lah menggelabah sampan jadinya kalau tersilap message. Hehehehe...