31 Oktober 2017

Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp

Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp

Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp. Anda sudah pasti pernah berdepan dengan situasi tersalah hantar mesej. Tersilap hantar kepada penerima/group chat berlainan ataupun terdapat kesalahan pada mesej yang boleh menyinggung perasaan pastinya membuatkan anda tidak senang duduk.

Lepas ni dah tak payah risau sebab WhatsApp Messenger kini membenarkan anda memadam mesej yang tersalah hantar sama ada kepada individu mahupun menerusi group chat.


Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp

Laman FAQ WhatsApp memberitahu pengguna:

"Ciri ini membenarkan anda memadam sebarang mesej yang tersilap hantar tidak kira penerima individu atau kumpulan sembang. Fungsi ini sangat berguna sekiranya anda menghantar kepada penerima yang salah ataupun mesej yang mengandungi kesilapan"

Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp

Padam dalam masa 7 minit!

Walau bagaimanapun, mesej tersebut harus dipadam dalam tempoh kurang 7 minit selepas menghantarnya, selepas tempoh tersebut mesej akan kekal. Fair enough kan?

Baca: Fakta Menarik Filem Thor Ragnarok

Cara Padam Mesej yang Tersilap Hantar

- Buka aplikasi WhatsApp dan pergi ke mesej yang anda ingin padam.
- Tap-dan-hold mesej tersebut. Pilih 'Delete for everyone'.

* 'Delete for me' hanya akan memadam mesej pada peranti anda sahaja.


Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp

Fungi berguna ini hanya berfungsi jika anda dan penerima mesej menggunakan WhatsApp versi terkini sahaja. Ia bakal dinikmati pengguna Android, iOS, dan Windows Phone secara berperingkat mulai sekarang. 

Saya yakin fungsi ini sememang sudah lama dinantikan mereka yang menggunakan aplikasi permesejan milik Facebook ini.

Entri sebelum ini - Sinopsis Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Terima kasih kerana membaca Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp

11 ulasan:

  1. Bagus ciri terbaru ni

    Kalau tersalah hantar pada orang mesej berbaur fitnah

    Boleh diundur lagi

    dengan syarat dalam masa 7 minit

    BalasPadam
  2. Bagus ciri terbaru ni.. maknanya kena sllu update whatsapp lah ye

    BalasPadam
  3. Saya selalu typo je.

    Daripada malu lebih baik padam kan je mesej tersebut

    BalasPadam
  4. patut lah nak padam tadi dia ada option. update yg baru rupanya

    BalasPadam
  5. owhh kena update baru ye kak.. nice sharing. <3

    BalasPadam
  6. sekarang dah tak risau lagi tersalah hantar dekat isteri wasap kepada skandal wakakakaka

    BalasPadam
  7. Selalunya yang silap ni sebab banyak tingkap wasap kena layan, tu yang tersilap mesej...hehe

    BalasPadam
  8. hahahaha~ bila tengok tajuk, cecepat nak scroll baca.. memang saya ni sejenis selalu tersalah hantar.. adoi !! thanx untuk infonya.. nanti boleh guna..

    BalasPadam
  9. ternyata bisa di padam ya mesej dalam wa

    BalasPadam
  10. Terbaik la ni ciri.. kadang2 kalau marah kita boleh taip macam2 kan, kalau sempat sedar boleh la padam..

    lagi-lagi kalau marah tapi salah send ke lecturer.. hm boleh murung 1 sem

    Memang dah lama saya harap ada ciri ni pada wassap.

    BalasPadam
  11. Bagus ciri-ciri pembaharuan ni.
    Tak lah menggelabah sampan jadinya kalau tersilap message. Hehehehe...

    BalasPadam