Anda mungkin familiar dengan beli barang di Shopee memandangkan ia cukup popular dengan tawaran diskaun yang dikenakan pada banyak produk. Tapi masih ramai yang tak tahu, yang anda sendiri sebenarnya boleh berniaga di Shopee.
Apa yang menariknya di Shopee, anda tidak perlu melalui langkah rumit untuk jual barang. Anda boleh menjual barang dengan mudah hanya menggunakan telefon pintar sahaja.
Saya sendiri pernah menjual barang, sangat mudah dan cepat mendapat hasil jualan.
[Baca] Cara Berniaga di Instagram
Kalau sebelum ini saya pernah berkongsi cara beli barang di Shopee, kali ni saya nak share tatacara untuk menjual barang pula. Manalah tahu, anda mempunyai produk menarik, baru atau terpakai yang ingin dijual.
Atau, merancang untuk berniaga online? Pernah dengar tentang dropship kan?
Saya akan tunjukkan cara menjual guna telefon pintar sebab ia terlampau mudah.
Cara Jual Barang di Shopee
Langkah 1: Download aplikasi Shopee di Apps Store (iOS) atau Google Play Store (Android).
Langkah 2: Anda perlu ada akaun Shopee. Pilih SIGN UP > Isi Maklumat peribadi > Anda akan terima email pengesahan menandakan telah berjaya dan sedia untuk membeli atau menjual.
Langkah 3: Pilih 'Me' > Selling > 'Add New Product' kemudian masukkan gambar barang yang ingin anda jual. Di sini anda diberi tiga pilihan sama ada untuk mengambil gambar, memilih gambar yang sudah tersimpan dalam telefon ataupun melalui Instagram.
Langkah 4: Selesai memasukkan gambar produk, isi maklumat produk dengan lengkap dan terperinci termasuk harga dan kos penghantaran.
Langkah 5: Pilih 'SUBMIT'.
Langkah 6: Masukkan nombor akaun untuk menerima pembayaran.
Langkah 7: Untuk memastikan barang anda tersenarai dalam laman Shopee, anda perlu mengesahkan (verify) nombor telefon pada Langkah 7.
Langkah 8: Masukkan butiran akaun bank anda seperti gambar di bawah untuk menerima hasil jualan.
Cara pos barang di Shopee
Dah siap masukkan produk anda di laman Shopee, langkah seterusnya adalah proses penghantaran. Terdapat DUA cara pos barang Shopee, iaitu:
- Shopee Free 5kg Shipping Program
- Manual Shipping
Shopee Free 5 kg Shipping Programme
Soal penghantaran pula, Shopee mengadakan satu program Free 5kg Shipping. Melalui program ini, Shopee akan menanggung kos penghantaran item yang beratnya 5 kilogram ke bawah.Ini adalah salah satu cara untuk anda menarik pelanggan dengan 'Free Shipping' kerana mereka tidak perlu menanggung kos penghantaran. Boleh daftar di - http://www.shopee.com.my/poslajusignup
Banyak juga langkah yang perlu anda ikut untuk program ini. Anda juga perlu ada printer sendiri. Tapi mudah sahaja, akan saya tunjukkan dalam artikel khas akan datang.
Manual shipping
Cara ini amat mudah, khas untuk mereka yang nak menjual satu atau dua barang sahaja. Anda kena tahu berat barang (termasuk pembungkus/kotak) dan kos penghantarannya sebelum isi ruang di Langkah 4.
Maknanya anda kena dahulukan wang anda sebelum menerima bayaran dari Shopee kelak.
Senangkan nak jual barang di Shopee ni? Tak perlu lalui procedure rumit.
Baca juga: Cara Buat Duit dengan Blog
Dropship Shopee
Sejak popularity Shopee ini melonjak kerana ramai yang mengatakan ia adalah e-merchant paling murah, maka ramailah yang ingin berniaga. Dengan dropship inilah yang ramai jual barang China di Shopee. Kalau anda betul-betul serius untuk dropship, boleh baca artikel - Cara Jadi Dropship Shopee Malaysia
Atau rujuk panduan lengkap Ebook Panduan Bisnes Shopee.
Ingat, jangan sesekali menipu pelanggan. Contohnya gambar yang dipaparkan langsung tidak sama dengan actual product. Paling busuk, diskripsi produk ditulis 'original' sedangkan ia tiruan. Ataupun bayaran sudah dibuat tetapi barang tidak dihantar kepada pelanggan. Walau delay sekalipun, mohon inform pada pembeli supaya mereka tidak tertunggu-tunggu.
[+] Ebook Panduan Bisnes Shopee
yeah easy to shop. I love shop using shopee and goods delivered to me. just need beware some sellers not honest..I buy items not all get
BalasPadamSherry, is it ? Have you pay the money yet. If yes, do report to them and I'm sure Shopee will take action on this.
BalasPadamSaya salah seorang pembeli dari shopee..boleh dia
BalasPadamDikatakan setiap hari masuk shopee..cuci mata dan cuci poket...ada jugak plan nak jual sesuatu kat shopee ni
ciktom pun suka shopping kat shopee and ada jual coklat crispy kat shopee..alhamdulillah customer ada beli dari sana..
BalasPadamSenangnya nak jual. Ingatkan rumit prosedurnya. Alehai nak membeli pun senang kat platform shopee. Boleh kumpul shopee coin lagi...
BalasPadamoiye? boleh menjual jugak? hmmmm menarik.
BalasPadamilmu baru utk aida tau, nik. tq for sharing.
tak de la terfikir pe nak menjual skang.
tapi akan dtg, kan... good info ni.
Akak sebenarnya ada je barang nak jual..hehehe...tapi kan..tak pandai..dah baca tips kat sini so nanti nak amik gambar dulu la..then upload..selalu shopping je kan..
BalasPadamOwhhh mudah je rupanya nak jual barang di shopee. Boleh lah tmbh pendapatan kan
BalasPadamTak berminat kalau utk menjual lagi. Tp kalau shopping dkt shoppee mmg selalu. Lagi2 beli buku nota yg cantik2 dan unique
BalasPadamoh macam tu, bagus juga dapat juga tambah pendapatan. thanks share info yang bermanfaat ni.
BalasPadamSenang je step nak jual barang di Shopee.lepas nih senanglah kalau saya nak jual.barang yang tak pernah pakai di Shopee.selalu masuk Shopee saya shopping
BalasPadamThanks for sharing. Tak ada lah susah sangat yer. Tapi suka shopping dekat ahopee sebab murah.
BalasPadamTktau pn kt shopee bole jual brg, yg tau slalunya shopping brg.. Tq for sharing info ni
BalasPadamKalau nak bershopping bolehlah...nak menjual xkot
BalasPadamHilma suka beli brg dr shopee ni..rasa secure betul..bukan ape sbb dia ade collab dgn pos laju..so tracking no semua updated..senang nak trace..jauh dr scammer semua..
BalasPadamNak jadi seller kena betul2 commit and honest. Kalau tak senang je buyer nak viral kan seller yg menipu ni.
BalasPadamooo senang je nak jual barang kat shopee eh. teruja tau cara hehe. Tapi taw nak jual ape. sy pon mmg nak cari speaker sbb speaker rosak tapi tapo mahal lak . ok batal niat 🤣
BalasPadamthank you for sharing ! I rasa pun nak start jual barang dekat shopee sebab banyak barang yang tak diguna dalam rumah ni nak clear out nak kasi space dalam rumah sebab in the future akan banyak lagi barang akan datang heee
BalasPadamWah bgus nya step2 ni..xpernah jual lg kt shopee..slalu duk shopping ja kt shopee ni
BalasPadamIt's a good thing bila ada apps yang memudahkan kita untuk jual barangan lama (yang masih lagi boleh digunakan) untuk dijual. So tak ada lah penuh store dalam rumah. Kena cuba lepas ni.
BalasPadamMudah juga nak jual barangan dekat SHopee ni. Bolehlah dah tengok-tengok barangan kat rumah nak letgo.
BalasPadamsuka sgt menjual dan shopping di Shopee ni.
BalasPadamsangat mesra p'guna
Teknik yang betul adalah kunci kalau nak berjaya buat income besar sebagai seller di shopee.
BalasPadamTerimakasih bg info.
BalasPadamDah bcpn msh kurang faham dn ada rs takut...
BalasPadamboleh rujuk panduan shopee tu. memang sangat sangat membantu tau.
Padammanual shipping tu kita buat postage sendiri ke pos laju ke ? saya nak jual barang tapi takda printer :(
BalasPadammanual shipping tak perlu guna printer. post macam biasa je
PadamMcm mn nk tahu lebar(cm), panjang (CM),tinggi(CM) plastik poslaju tu ye?? mak saya dan saya dah cuba cari tapi tk tahu mcm mn;(
BalasPadamTlg bagi tahu boleh tak??