Ya. Anda boleh menawarkan penghantaran percuma kepada pelanggan. Di mana anda sebagai seller dan pelanggan tidak perlu membayar kos penghantaran. Jadi, potensi pelanggan membeli barang dari kedai anda lebih tinggi. Tetapi anda harus mendaftar dengan Shopee Free Shipping Program terlebih dahulu.
Shopee Free Shipping Program
Merupakan kolaborasi antara Shopee Malaysia dengan PosLaju, DHL, dan J&T untuk memudah dan melancarkan urusan jual beli online. Melalui program ini, seller dan pelanggan dapat menikmati KOS PENGHANTARAN PERCUMA untuk barang di bawah 5 kg (Poslaju), 3kg (DHL dan J&T).
Macam mana nak register Shopee Free Shipping Program ini? Teruskan membaca artikel ini.
Kelebihan Shopee Free Shipping Program
- Pendaftaran percuma
- Anda dan pelanggan tidak perlu menanggung kos penghantaran.
- Drop barang di mana-mana cawangan kurier yang anda pilih
- Tidak perlu ambil nombor atau beratur di pejabat pos. Terus ke kaunter serahan.
- Tidak perlu isi borang Poslaju, cuma cetak WayBill sahaja.
- Dengan menawarkan pengantaran percuma, pelanggan akan membeli dari anda berbanding seller lain.
Syarat menyertai Shopee Free 5kg Shipping Program
- Berat barang harus di bawah 5Kg (3kg untuk DHL dan J&T) untuk Semenanjung Malaysia & di bawah 1Kg untuk Sabah/Sarawak.
- Seller hendaklah menghantar sendiri barang ke pejabat pos.
- Setiap penghantaran haruslah disertakan'waybill' yang harus anda cetak.
- Seller akan bertanggungjawab sekiranya berat barang melebihi syarat 5kg.
Perkara yang harus anda sediakan sebelum memohon Shopee Free Shipping Program
- Sebuah printer untuk print 'Waybill' yang hanya boleh dicetak selepas pembelian dibuat oleh pelanggan.
- Jika anda memilih PosLaju, ambil Borang PL9 yang boleh didapati di mana-mana cawangan PosLaju.
Cara Daftar Free Shipping Shopee
1. Layari https://shopee.com.my/events3/code/1725753499/.
Pilih satu di antara tiga kurier iaitu Poslaju, DHL, dan J&T. Setiap kurier menawarkan kelebihan yang tersendiri.
2. Baca prosidur kurier, dan klik 'Sign Up Now' untuk mendaftar.
3. Anda akan dibawa ke laman mendaftar.
Isi maklumat peribadi, tanda pada 'I agree to Shopee's T&C...", dan tekan 'SUBMIT'.
Shopee free shipping program sign up form |
Untuk mengetahui sama ada permohonan anda lulus atau tidak, anda boleh semak di kedai Shopee anda. Di bahagian 'My Shipping' Jika perkataan "Shopee Supported Logistics" sudah terpapar, ini bermakna permohonan anda telah diluluskan.
Contoh Waybill |
Sebaik sahaja diluluskan, anda sudah boleh cetak Waybill seperti gambar di bawah. Satu salinan untuk anda selitkan pada parcel, satu lagi serahkan di kaunter pejabat pos.
SIAP!
Artikel berkaitan:
- Cara Jual Barang di Shopee
- Cara Pos Barang di Shopee
- Cara Jual Barang Dropship di Shopee
Mudah je. Rugi kalau anda tak manfaatkan peluang ini. Kalau nak lebih berjaya boleh baca - Panduan Shopee. Ebook ini menerangkan dengan lebih detail tentang cara jana ribuan ringgit dengan betul. Manalah tahu, kalau dapat tingkatkan jualan Shopee anda.
Semoga artikel cara daftar free shipping Shopee ini dapat membantu dalam melancarkan bisnes online anda. Best juga kalau dapat menikmati penghantaran percuma ini. Kalau dulu PosLaju sahaja, kini Shopee telah berkerjasama dengan DHL dan J&T. Good Luck!
suka shopping di shopee sebab boleh jimat free shipping ni. teringin juga nak menjual di shopee ni tapi tak yakin cukup masa tak nak handle.
BalasPadamSis memang ada akaun Shopee ni dan memang enjoy sangat soping dan free delivery dia hehehhe
BalasPadamMakin rancak la orang shopping dekat shopee lepas ni sebab ada free shipping. Bagus lah shopee ni, makin lama makin mesra pelanggan
BalasPadamGood post. Thank you for sharing this valuable information. Saya hardly shop at shopee. Have a good day.
BalasPadaminfo yang bagus untuk semua peniaga shopee. akak pun suka shopping kat sini sebab ada certain produk yang harganya murah dari pasaran dan yang pasti free shipping dan boleh collect coin ;$.
BalasPadamBoleh lah rujuk entri ni. Memang platform yang bagus sbb ena pon suka shopping online. Banyak pilihan seller.
BalasPadamouhhh macam ni untuk dapatkan free shipping, bolehlah zul ajar kawan yang buat business
BalasPadamPerkongsian yg cukup detail..terbaik. Nanti nak cuba ikut tips yg di atas. Jarang shopping sebenarnya sb tu byk yg tak tahu
BalasPadamterima kasih atas artikel yang sangat lengkap ni. memang selalu pun beli barang dekat shopee ni. :)
BalasPadamheheh wah tips yang bagus ni. thank you for sharing boleh apply later ni.
BalasPadamWah info yg sangat menarik terutama buat mereka yg mmg kaki shopping kat shoppe
BalasPadamMarina selalu beli barang kat shopee. Boleh claim free postage. Hehe. Ada akaun niaga shopee jugak. Tapi belum tahap nak print waybill sendiri lagi.hihi
BalasPadamWahh.. bagus la ada kemudahan macam ni. Hopefully makin ramai penjual yg menggunakan khidmat ni. Kita sebagai pembeli pun untung jugak. Ye la, kalau ada pilihan free shipping sape yang tak nak kan.
BalasPadamsiapa tak suka free shipping ni? senang tak payah tambah duit tuk postage dah. menarik.. boleh la try apply nanti
BalasPadamBagus la u share pasal ni! senang sgt I nak refer nnti! Very very good info! Thanks! :)
BalasPadamInfo yg sgt bermanfaat utk online seller di luar sana. Tq share
BalasPadamnice post!
BalasPadamthanks for sharing with us. keep this blog update
wah bestnya. terima kasih atas perkongsian cara-cara ni. memang memudahkan sapa2 nak apply.
BalasPadamcool. suke beli barang kt shopee bila jumpe seller yg trusted. i could apply this as well.
BalasPadamBaru tau proses dia. Bagus untuk seller shopee kan. Dah jimat dah kat sini. Patut masa nak shopping kat shopee ade option free shipping.
BalasPadamOk.. Thanks for sharinh.. Tertanya2 juga mcm mna nk dpt free shipping utk seller ni.. Tq so much again
BalasPadamokay, Thanks for share. I will put these things and try on tm speed test for my purchases. Lovely.
BalasPadamAs salam, nak tnya, klu nak apply utk jnt n dhl mcm mne plk? Sbb pos laju punye free shipping mmg da activate
BalasPadamSALAM NAK TANYA, SAYA DAH APLLY FREE SHIPPING PROGRAM DAN SUDAH PUN DAPAT MESEJ YANG KEDAI SAYA BERJAYA DAPAT FREE SHIPPING, TAPI KENAPA CUSTOMER SAYA STILL KENE BAYAR SHIPPING TIME BELI DENGAN SAYA.
BalasPadamhi, terima kasih sudi baca. mungkin customer tak redeem voucher free shipping sebelum beli. setiap free shipping yg ditawarkan kena guna voucher. setiap customer cuma boleh guna beberapa kali sahaja setiap bulan.
Padamsalam, maksudnya walaupun kita dah apply macam cara yang tuan ajar diatas, seller still kena buat voucher ya? macam tu ke?
PadamHello nk tnya ..daftar free shipping tu sekali je ke atau setiap kali ada pembelian mesti hantar "waybill" ke post laju..
BalasPadamdaftar sekali je. setiap kali ada pembelian mesti sertakan waybill tu kepada poslaju
PadamSalam sis ..saye nak sangat belajar..tapi saye ni kalau belajar manual MCM ni macam susah nk faham
BalasPadamSaye Kene direct ..sudi tak sis ajarkan saye niage kat shope ni secara praktikal terus
salam terima kasih posting ni membantu sangat tapi macam mana nak dapat gambar yang ada free shiping tu dekat picture kita di shopee ya...saya dah buat daftar tapi xnampak gambar lori free shiping mcm org lain punya...huhuhu sye masih baru nak belajar...boleh mohon pencerahan...tq
BalasPadamhi, tq sudi baca artikel ni. logo free shipping tu akan ada secara automatic bila permohonan dah diluluskan. sesetengah seller mungkin makan masa dlm beberapa hari.
PadamYou ought to basically fantastic not to mention solid advice, which means notice: https://samevaginaforever.com/
BalasPadamIn this case you will begin it is important, it again produces a web site a strong significant internet site: here
BalasPadamhmm Great Thanks of such information but sometime we get internet connection problams so bofor buy any thing test you network speed.
BalasPadamYou Right poslaju tracking is the best one in malay thanks for share such info.
BalasPadam