10 Toner Untuk Kulit Kering

20

Toner Untuk Kulit Kering | Selepas memcuci muka, langkah seterusnya adalah menggunakan 'toner'. Biarpun penggunaannya tidak wajib seperti moisturizer, toner penting untuk menjadikan kulit agar lebih sihat dan mulus. 


Fungsi toner wajah

Toner berfungsi untuk mengembalikan pH kulit selepas mencuci agar dapat menyerap moisturizer/serum/krim yang akan anda pakai pada langkah seterusnya. Selain itu, toner juga dapat membersihkan kotoran yang tidak dapat dicuci oleh pencuci muka. 

 


 

Terdapat 6 jenis toner yang paling common di Malaysia iaitu:  

  1. Hydrating - Untuk menambah kelembapan selepas mencuci
  2. Soothing - Meredakan kulit & mengurangkan iritasi, kemerahan, dan breakout
  3. Exfoliating - Mengandungi AHA/BHA untuk buang sel kulit mati agar kulit glowing
  4. Astringent - Mengurangkan minyak berlebihan & mengecilkan pori
  5. pH Balacing - Merendahkan pH sekiranya guna cleanser yang tinggi pH
  6. Cleansing - Untuk membersihkan kulit dengan lebih dalam. 

 

Cara pakai toner dengan betul

  • Tuang beberapa titis di atas tapak tangan, dan sapu pada wajah. 'Tap' muka hingga betul-betul menyerap. 
  • Tuang beberapa titis di atas kapas. 'Tap' pada muka dengan perlahan-lahan agar rata.

 



Tips memilih toner

Sebelum membeli, anda haruslah kenal pasti jenis kulit terlebih dahulu. Sekiranya kulit kering, pilih toner jenis 'hydrating' agar dapat mengimbangi minyak semula jadi kulit. 

 

Untuk mereka yang memiliki kulit kering, saya senaraikan beberapa jenama toner yang sesuai untuk anda. Kebanyakannya boleh dibeli di drugstore, namun saya sertakan juga link pembelian agar anda boleh beli dengan harga lebih rendah.  


Toner Untuk Kulit Kering

1. Simple Soothing Facial Toner

Sekiranya anda merupakan pengguna tegar produk Simple, maka haruslah guna toner Simple untuk kulit kering. Botol berwarna hijau ini bagus untuk kulit kering. Memiliki kandungan mesra kulit iaitu Pro-Vitamin B5, Chamomile, Witch Hazel, dan Allantoin. 

pic: navatirre.blogspot.com

 

Ia tidak memiliki fragrance dan bahan kimia. Malah toner Simple ini tidak melekit dan mudah meresap. harganya pun amat berpatutan, around RM16 - RM18 sahaja. Ini adalah toner untuk kulit kering di Watsons yang berbaloi untuk anda cuba.

 

Harga: RM15

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvgg

 

2. Hada Labo Premium Lotion

Mereka yang memiliki kulit mulus pasti menggunakan salah satu dari produk Hada Labo (HL). Salah satu yang popular sudah tentulah lotion nya. Oh ya, HL menggunakan terma 'lotion' untuk toner. 

 

Mengandungi 7 jenis Hyaluronic Acid untuk meningkatkan kelembapan kulit dari dalam agar tampak sihat dan segar sepanjang hari. 


pic: alexisadrienne.net

 

Nilai pH nya juga seimbang dan sesuai untuk kulit kering dan berminyak. Teksturnya agak pekat berbanding toner lain, namun ia langsung tidak melekit. Lepas pakai toner ni, sapu pula serum untuk kulit kering (kalau rajin).


Harga: RM49.50

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvl2



3. Etude House Soon Jung pH 5.5 Relief Toner

Nilai pH 5.5 dan mengandungi panthenol serta madecassoside. Kesemua ini amat baik untuk kulit kering dan sensitif. Ia mampu mengekalkan kelembapan kulit selain menjadikannya segar dan lembut. 


Produk dari Korea Selatan ini juga memiliki  glycerin, sebab itulah si anda bakal rasa sejuk disaat memakainya. Ia tidak terlalu cari, tetapi mudah menyerap ke dalam pori. 


pic: navatirre.net

 

Sekiranya kulit sensitif dengan alkohol, nah, inilah toner untuk kulit kering tanpa alkohol yang terbaik.


Harga: RM24

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvro

 

Artikel berkaitan: 

+ 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering

+ 12 Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Kering

+ 7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons

+ Tips Memilih Pelembap Muka


4. Hada Labo Gokujyun Hydrating Lotion

Satu lagi toner dari Hada Labo yang sering dipakai oleh pemilik kulit kering, normal, dan kombinasi. Kandungan apakah yang menjadikan produk ini sesuai untuk kulit kering:

 

  1. Glycerin - Menjadikan kulit segar dan mengelak kekeringan
  2. Hyaluronic Acid - Boleh boost kelembapan, menyegarkan dan mengelak kekeringan. The best hydrator!
  3. Ceramide - Lock air dari hilang akibat persekitaran seperti aircond dan lain-lain. 

 

Harga produk Hada Labo ini agak mahal, tetapi cukup berbaloi. Tidak hairanlah mengapa ia cukup popular. 

 


 

Harga: RM49

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvsn


5. Clinelle Soothing Skin Toner

Diformulasi untuk menenangkan, mengekalkan kelembapan, dan menganjalkan kulit. Bukan itu sahaja, toner ini ada beberapa kebaikan lain seperti:


  1. Repair - Pro Vitamin B5 yang memperbaiki lapisan kulit.
  2. Refine -Vitamin E yang mengekalkan kelembapan.
  3. Reshield - Aloe vera untuk menenang dan merawat kulit. 


Harga: RM35.50

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvte


6. Neutrogena Alchohol-Free Toner

Agak berpatutan dan ia juga toner untuk kulit kombinasi. Saya sendiri menggunakan toner ini biarpun memiliki kulit kombinasi - oily. So far dah guna 3 botol. Selain memberikan kelegaan, toner ini turut menanggalkan kotoran yang tidak dapat dibersihkan oleh pencuci muka. 

 


 


I can see the dirt on my cotton pad! 


Ia lembut dan tidak memiliki fragrance. Amat bagus untuk kulit kerana menanggalkan kotoran agar sedia untuk memakai moisturizer pada langkah seterusnya. 


Harga: RM12.50

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvu6


7. Klairs Supple Preparation Unscented Toner

Jenama Klairs ni memang terkenal seantero dunia dek kerana keberkesanannya. Klairs Supple Preparation Unscented Toner adalah formulasi yang diperbaharui. 

 

 

Toner ini mengandungi banyak ingredients hydrating seperti propanediol, glycerin, alove vera, and panthenol. 


Kemudia, tak ada alkohol dan fragrance. Sangat sesuailah untuk kulit kering. Formula terbaharu ini lebih pekat dan langsung tidak melekit. Works well dengan moisturizer yang akan anda pakai pada langkah seterusnya. 


Harga: RM14.90 - RM54.99

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvv9




8. Pixi Glow Tonic

Banyak betul rave tentang toner ni. Ramai gadis tergila-gilakan Pixi Glow Tonic kerana ia boleh buat kulit glowing! 

 

pic: hanaekabbal.com

Product dari USA, dan ia adalah toner jenis exfoliator yang mengeluarkan sel kulit mati dan mengurangkan kekusaman. Boleh dikatakan sebagai toner untuk mencerahkan kulit dek kerana mempunyai AHA.


Kandungan Pixi Glow Tonic

  1. Glycolic Acid - Form of AHA yang mengeluarkan sel kulit mati untuk bantu hasilkan kulit baru yang lebih segar/mulus.
  2. Aloe Vera - Melega dan menghidrasi kulit
  3. Glycerin - Agen pelembap kulit yang paling berkesan, menghalang kekeringan.


Cuma, bila nak pakai produk yang ada AHA ni, pastikan korang dah ada skincare routine yang kukuh. Maksudnya korang dah pakai cleanser, moisturizer, sunscreen untuk jangka masa lama tanpa sebarang masalah. 


Cubalah, sebab produk ini memang terkenal!


Harga: RM19.48 (Trial pack 30 ml)

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvxc


9. Muji Light Toning Water (High Moisture)

Produk dari Jepun ini tidak kurang hebatnya. Baik untuk kulit kering dan sensitif. Tidak mengandungi alkohol, tetapi ia mudah menyerap pada kulit dan tiada kesan melekit. 


Banyak membantu dalam melembapkan kulit sebab ade Hyaluronic Acid. Toner ini juga boleh buang dirt/daki yang tidak dapat dibersihkan oleh pencuci muka. 

 

myskincareregime.com
 

Seperti biasa, pakai dua kali sehari sama ada guna cotton pad atau tap sahaja dengan tapak tangan. 


Harga: dari RM21

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvya


10. Jelita KL Premium Saffron Toner

I don't normally promote local products but this one is worth to write about. Sama seperti  

Kayman, Jelita KL tidak overclaim dan merepek. 

 

 


Kandungannya juga ringkas dan memenuhi kehendak kulit agar kekal hidrasi. Antaranya  Rose Water, Centella Asiatica, Licorice Root, Saffron, dan Aloe Vera. 


Ia lebih pekat dari air, tidak melekit, dan ada sedikit bau rose. Tidak terlalu kuat, just nice. Biarpun pekat, toner ini langsung tidak berminyak lepas sapu. Hasilnya, kulit lebih segar. 


Harga: RM15.00 - RM69.00

Beli di sini: https://invol.co/cl3gw00


Toner untuk kulit kering yang saya kongsikan di atas adalah yang popular dan menjadi rekomendasi warga net. Kalau anda ada cadangan lain, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah. TQ!

Tags

Catat Ulasan

20Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Best tak kalo toner untuk lelaki? heeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. takder toner utk lelaki kid. boleh je pakai yg mana2 di pasaran. kulit tidak kenal jantina. hehe

      Padam
  2. Sis memang tak pakai toner. Skip yang ni. Hehe tapi oklah bagi yang pakai, cari yang sesuai dengan kulit lah.

    BalasPadam
  3. Tq sebab updet pasal toner nih , kadang kena baca review macam ni supaya ramai dapat buat pilihan yang betul . Saya pakai toner juga cuma bila teringat , jenama tak kisah janji sesuai. Paling teringin nak cuba yang Hada Labo tu . Feedback pun banyak kata bagus.

    BalasPadam
  4. haritu try pixi tapi agaknya skin routine tak bagus, habissss kulit jadi macam terbakar huhu. now dah tukar brand lain

    BalasPadam
  5. Toner pun memacam kan. Kalau pilih, kena tengok serasi ngan kulit tak. Sekarang dah mudah, promoter pun rajin belek muka kita. Hehehe. Akak vote utk Klairs tu. Sesuaii ngan akak. Hehehe.

    BalasPadam
  6. Bagus semua toner yg direkomenkan. As long ianya sesuai dengan Kulit Mika kita

    BalasPadam
  7. Ooo Kalau toner memang Sis guna Hada Labo tu.. serasi dengan kulit Sis..

    BalasPadam
  8. So far tak pernah try semua kat atas ni. kite pakai toner naturals by watsons. Setakat ni pakai memang ok.

    BalasPadam
  9. Dulu2 pakai toner shaklee, lepas tu dah abis takde dah pakai sampai sekarang. Tengah tengok2 yang Hada Labo tu macam menarik.

    BalasPadam
  10. Wow, banyak juga brand2 yang bagus di pasaran ye.. some I am familiar with but ada few yang first time nampak juga brand dia.. (Y) but so far tak pernah cuba try test lagi brand2 dalam list ni.. worth to try it out kan..

    BalasPadam
  11. Kita pernah apkai toner klairs dan hadalabo..Banyak toner sekarang, kene pakai ikut kulit muka..pilih yang sesuai jangan tersalah pilih

    BalasPadam
  12. setakat ni saya tak pernha lagi pakai toner. bolehlah nnti nak try. ada banyak pilihan jugak ye :)

    BalasPadam
  13. Selama ni ingat toner untuk kulit berminyak je. Rupanya ada juga untuk kulit kering/sensitif, ya. Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  14. Rawlins now sedang pakai yang Simple tu. Alhamdulilah, kulit makin elok dan sekata. Satu lagi dari Body Shop yang Tea Tree oil.

    BalasPadam
  15. love the Simple toner, it's really affordable and useful as well as easily accessible too!

    BalasPadam
  16. iena guna hadalabo lotion sampai sekarang walaupun review produk lain tapi hadalabo lotion tetap pakai dan sentiasa ada :)

    BalasPadam
  17. jujur ckp sebenarnya khai tak reti pkai toner ni aahahaa aritu penah try pakai tapi muka basah gila hahaha pastu melekit terus tak nak pakai dah

    BalasPadam
  18. Faiq memang tak pernah skip pakai toner ni, sebab kulit Faiq jenis yang kering. So dengan toner ni dapat bantu melembapkan balik kulit muka Faiq.

    BalasPadam
  19. Kalau skin barrier rosak toner jenama ape yg sesuai untuk student pakai? Anyone can share with me? I'm still new to this skin care

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top