Sabtu, 5 September 2015

Hotel Review - Grand Riverview Hotel


Hotel review - Grand Riverview Hotel Kota Bharu. Nak dijadikan cerita pada hari kemerdekaan tempoh hari kami bermalam di Hotel Grand Riverview. Pelik sebab kami tinggal di Kelantan tapi menginap di hotel dalam negeri. 

Al-kisahnya sebab Grand Riverview Hotel (GRV) mengadakan promosi di mana sebanyak 58 bilik ditawarkan pada harga RM58, sebagai simbolik Malaysia menyambut kemerdekaan ke 58 tahun. Jadi jangan harap la nak dapat harga semurah tu lepas ni. Haha! Harga asal bilik di GRV adalah kira-kira RM270.

Lokasi strategik

Hotel ni terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu dan mendapat nama 'riverview' kerana lokasinya di tepi Sungai Kelantan. GRV adalah antara hotel yang menjadi pilihan pelancong kerana jaraknya dengan lokasi tumpuan seperti Pasar Siti Khadijah cuma 800m (10 minit). Untuk ke Pantai Cahaya Bulan pula mengambil masa selama 13 minit. Kalau yang plan nak shopping di Wakaf Che Yeh, cuma 6.2km (13 minit) sahaja.
 
Hotel ni dekat pula dengan antara tempat makan sedap di Kota Bharu ni iaitu Restoran Wau. Saya pernah tulis review tentang restoran tersebut. - Restoran Wau Memang Sedap

Grand Riverview Hotel 1
Grand Riverview Hotel 2
Grand Riverview Hotel 3

Kemudahan hotel? Terbaik. Bilik luas, selesa dan bersih. Bilik air pun cantik. Swimming pool yang disediakan hotel ni biasa-biasa sahaja. Tak mandi kolam pun sebab masa terlalu singkat dan tak kuasa nak pack baju mandi.

Overall, menginap di Hotel Grand Riverview memang best kecuali kemudahan Wifi yang sangat-sangat perlahan. Harap improve, sebab internet dah jadi 'keperluan' sekarang ni. Malu kat costumer mat saleh nanti.

Grand Riverview Hotel 4


Tempah di sini - Grand Riverview Hotel

Kalau nak menempah hotel, saya cadangkan tempah di www.agoda.com. Sebab mereka menawarkan harga yang berpatutan.

Alamat:
Jalan Post Office Lama, 
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-743 9988
Terima kasih kerana membaca Hotel Review - Grand Riverview Hotel

19 ulasan:

  1. Besar ye bilik nya. Saya pon baru je ke kelantan tempoh hari. Tapi 30/8 dah gerak ke terengganu. Kalau tidak dapat jumpa nik di sana. Hehe

    BalasPadam
  2. Besar ye bilik nya. Saya pon baru je ke kelantan tempoh hari. Tapi 30/8 dah gerak ke terengganu. Kalau tidak dapat jumpa nik di sana. Hehe

    BalasPadam
  3. Wah bilik air berkaca...teringin mandi kat tempat cam ni...dah lama tak pi kelantan

    BalasPadam
  4. Apa yg dlm kotak yg tulis, 09,08, ,06

    Wifi skrg mmg sgt2 dititikberatkan penyewa hotel, dgn sewa rm270 tu.

    Dasyat offer rm58. Boleh saje2 tido hotel gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu hotel complimentary.. yang ada shampoo, sabun, shaving kit

      Padam
  5. RM58?! Satu penjimatan yang sangat jimat tu. Kalau saya pun mesti mau grab punya la

    BalasPadam
  6. Murah sungguh ni RM58 sahaja. Memang rugi jika tak grab. Hotelnya pun cantik dan biliknya nampak selesa. Bolehlah menginap di sini kalau ke KB nanti.

    BalasPadam
  7. Memang murah harganya..beruntung siapa yang pergi menginap di sana

    BalasPadam
  8. murah sangat tu RM58..untungnya dapat harga promo...

    BalasPadam
  9. Wah beruntung dapat harga promosi begini..murah tu.

    BalasPadam
  10. Salam.. first time singgah sini time blogwalking hehe.. kali pertama dan kali terakhir datang kelantan time darjah 4 huhu... 20 tahun dulu haha.. murahnya rate

    BalasPadam
  11. dulu sinilah gua konvo mrsm besut hahaha...kenangan

    BalasPadam
  12. murah nya dapat rate bilik rm58.... memang berbaloi2 ......

    BalasPadam
  13. ni mmg berbaloi la... dr 200++ jadi murah gitu! mmg rugi la kalau tak rebut peluang ni... merasa la duduk bilik cantik walaupun dalam negeri sendiri.... bestnya!

    BalasPadam
  14. penah tido kat hotel renaissance kota bharu je..sedap sungguh baring atas katil..rasa takmau balik..hotel ni camne la rasanya..:P

    BalasPadam
  15. 58 bilik.

    fuhh..banyak tu.

    tak pernah aku kira bilik kat hotel bila pegi hotel.

    hoho..

    BalasPadam
  16. hebat ya di KB..besar hotel kira terkemuka ni..salam kenal blog Etuza ya

    BalasPadam
  17. suatu masa akan datang sini..semoga dimudahkan rezeki..travel dalam negara pun sangat ok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ada masalah pun travel dalam negara. malaysia kan cantik.

      Padam