Just Doner - Hidangan Timur Tengah di Kota Bharu. Just Doner adalah salah sebuah restoran yang menyediakan Timur Tengah/Turki di Kota Bharu. Ni pertama kali makan di sini. Sebelum ni lalu je depan kedai dan apa yang saya perhatikan kedai ni sentiasa penuh. Dengarnya makanan kat sini sedap. Jadi semalam saya berpeluang untuk cuba makanan di sini.
'Doner' bermaksud hidangan dari Turki yang dibuat dari daging yang dimasak menggunakan alat pemanggan secara menegak. Makanan Turki sememangnya popular di Malaysia kerana ia dihidangkan dengan cukup lengkap iaitu daging, roti/nasi, dan sayuran.
Menu Just Doner
Dari segi menu, pelanggan diberi pelbagai jenis pilihan masakan Timur Tengah. Hidangan popular seperti tawook dan hummus turut disediakan buat pelanggan. Semalam kami sempat cuba Chicken Doner Cheese, Kebablik Tawook, dan Chicken Chop with Rice. Nama je chicken chop, namun ia tidak dihidangkan dengan brown sauce seperti kebiasaannya.
Artikel berkaitan: Restoran Wau Kota Bharu
Memang sedap. Daging dimakan bersama roti yang lembut, ditambah pula dengan sos khas menambahkan lagi keenakan kebab. Dari segi harga, saya agak impressed kerana kesemua menu dijual dengan harga berpatutan. Portion yang banyak sampai penuh pinggan kemudian minum pulak air Barbican. Wow!
Cuma kedai ni agak sempit dan tidak mampu menampung jumlah pelanggan yang ramai. Kalau nak take-away tak ada masalah. Mereka yang gemar masakan dari Middle East boleh la datang ke sini. Lokasinya juga strategik iaitu terletak di dalam bandar Kota Bharu (sebelahan bangunan MARA).

Chicken Doner Cheese |
Chicken Chop with Rice |
Kebablik Tawook |
Memang sedap. Daging dimakan bersama roti yang lembut, ditambah pula dengan sos khas menambahkan lagi keenakan kebab. Dari segi harga, saya agak impressed kerana kesemua menu dijual dengan harga berpatutan. Portion yang banyak sampai penuh pinggan kemudian minum pulak air Barbican. Wow!
Cuma kedai ni agak sempit dan tidak mampu menampung jumlah pelanggan yang ramai. Kalau nak take-away tak ada masalah. Mereka yang gemar masakan dari Middle East boleh la datang ke sini. Lokasinya juga strategik iaitu terletak di dalam bandar Kota Bharu (sebelahan bangunan MARA).
#NKfoodreview - 7/10
Restoran Just Doner
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu,
Kelantan.
Entry sebelum ini - Spesifikasi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus
Terima kasih kerana membaca Just Doner - Hidangan Timur Tengah di Kota Bharu
Wah..makanan arab..memang sedap tu
ReplyDeletememang sedap!
DeleteLove arab foods .. terbaik
ReplyDeletekan? portion banyak, daging sedap
Deletewah sangat teruja..gambar jg terang ..tahnia dek blog terbaik
ReplyDeletemasih ada yg lebih baik hehe!
Deletewargh di kota bharu pon ada masakan turki . boleh cuba neh!
ReplyDeletelepas ni boleh la try
DeleteDari segi food presentation dia pun dah nampak sangat menarik
ReplyDeletefirst impression tu penting sebelum makan..
Deletewau sungguh meriah sekali hidangannya, mohoh hang belanja kawan sekali ya hahaha.
ReplyDeletehahaha!
Deleteadoiii, terliur tengok gambar tu!
ReplyDeletenampak best kan?
Deletedekat je dgn kampung nieh...
ReplyDeletenanti kawe singgoh
nati buleh try.. :D
Deletemuantap banget
ReplyDeletejadi laper lihatnya
ReplyDeletepresentation nampak menarik. boleh cuba
ReplyDeleteApa rasa kebablik tawook tu Nik?
ReplyDeletesusah plak nak cakap rasa mcm mana. tapi mmg sedap!
Deletedah lama tak ada orang belanja doner nih..
ReplyDeletepehhh ni pun cam sedapp..tengah on diet pastu tengok makanan camni plk..adududu
ReplyDelete