11 Mac 2017

Fakta Menarik Filem La La Land

Fakta Menarik Filem La La Land. Demam filem musikal, La La Land, masih belum reda. Dinamakan sebagai salah satu filem yang bertemakan musikal terbaik yang pernah dihasilkan ini cukup hangat diperkatakan.

La La Land yang diarahkan oleh pengarah muda, Damien Chazelle, bukan sekadar popular kerana dibarisi pelakon hebat tetapi kerana penceritaannya yang menarik, runut bunyi yang sedap didengar, serta sinematorafi dan kostum yang mengagumkan.

Lebih membanggakan, La La Land dicalonkan dalam 14 kategori Anugerah Oscar menjadikan ia filem yang menerima pencalonan terbanyak dalam sejarah sebaris dengan Titanic, dan All About Eve.

Berkaitan: Ulasan Filem Hacksaw Ridge

Biarpun sempat menerima Anugerah Filem Terbaik selama kurang dua minit sebelum diserahkan kepada Moonlight kerana penyampai tersilap umum pemenang, La La Land berjaya menggondol enam anugerah. Selain itu ia mengembalikan dan memberi nafas baru kepada filem musikal.

Dibintangi Ryan Gosling, Emma Stone, John Legend, dan J. K. Simmons, La La Land mengisahkan pemain piano jazz dan pelakon baru yang bercita-cita tinggi dalam mengejar impian menjadi bintang Hollywood.

Fakta Menarik Filem La La Land

1. Menurut komposer, Justin Hurwitz, Ryan Gosling menjalani latihan piano selama beberapa bulan. Alunan piano yang dapat dilihat dalam filem itu dimainkan oleh Gosling sendiri tanpa memerlukan bantuan dan beliau melakukannya pada hari pertama penggambaran.

2. Terdapat babak di mana watak Mia dihiraukan semasa ujibakat dinspirasikan dari pengalaman Ryan Gosling sendiri.


3. Penyanyi dan penerbit tersohor, John Legend yang terkenal dengan kemahirannya bermain piano perlu belajar bermain gitar untuk filem ini.

4. Pelakon Emma Watson sepatut membawa watak sebagai Mia tetapi terpaksa melepaskannya untuk memberi komitmen terhadap filem Beauty and The Beast. Manakala Ryan Gosling menolak tawaran untuk memegang watak Beast untuk berlakon dalam La La Land.

Fakta Menarik Filem La La Land

5. Babak ketika mereka menyanyikan lagu 'A Lovely Night' dirakam sebanyak lapan kali dalam masa dua hari demi merakam momen matahari terbenam di Los Angeles. 

6. Babak pembukaan di mana terdapat puluhan penari sedang menari di tengah-tengah lebuh raya menjalani lokasi sama dengan filem Speed.


7. Masih ingat akan filem Speed di mana sebuah bas terpaksa melompat untuk melepasi lebuh raya yang belum siap? La La Land menjalani penggambaran di lebuh raya sama pada babak pembukaan di mana puluhan penari menari di dalam kesesakkan lalu lintas.

8. Babak/lagu pembukaan menjalani penggambaran selama dua hari dalam cuaca panas. Setiap penari mempunyai dua set kostum yang diletakkan di dalam kereta bagi memudahkan mereka menukar pakaian. Koreografer, Mandy Moore (not that Mandy Moore) bersempunyi disebalik kereta supaya tidak dilihat oleh kamera dan memudahkan beliau memberi arahan kepada penari.

9. Ryan Gosling mempunyai latar belakang sebagai seorang penyanyi. beliau pernah menyertai Mickey Mouse House Club bersama Justin Timberlake, Britney Spears, dan Christina Aguilera. Manakala Emma Stone pernah menjadi penyanyi teater Broadway di awal kariernya. 

Fakta Menarik Filem La La Land

10. Pengarah Damien Chazelle dan komposer Justin Hurwitz mendapat ilham filem La La Land sewaktu zaman pengajian mereka di Universiti Harvard. Filem in terpaksa disimpan beberapa tahun kerana penerbit meminta mereka mengubah jalan cerita dan masalah bajet. Kemudian, selepas kejayaan filem arahan Chazelle, Whiplash, Summit Entertainment bersertuju untuk menerbitkan filem ini.

11. Ini merupakan filem ketiga yang menggandingkan Ryan Gosling dan Emma Stone. Mereka sebelum ini berkerjasama dalam filem Crazy Stupid Love (2011), dan diikuti Gangster Squad (2013). 


12. Pada usia 32 tahun, Damien Chazelle merupakan pengarah termuda yang berjaya memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Pengarah Terbaik. 

13. Ini bukan kejayaan pertama Chazelle, sebelum ini beliau turut berperanan sebagai penulis filem 10 Cloverfield Lane dan Whiplash yang mendapat pencalonan Anugerah Oscar. 

sumber: IMDb
Entri sebelum ini - Panduan Memulakan Bisnes Bakeri dari Rumah

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem La La Land

15 ulasan:

  1. memang best movie ni. babak paling saya suka menari ramai2 atas jalanraya.

    BalasPadam
  2. Cerita ni dah lama kan tapi tak pernah tengok lagi. Ketinggalan betul rasanya haha :(

    BalasPadam
  3. Filem musikal memang seronok untuk dittonton...

    BalasPadam
  4. Tak sabar nak tunggu yang brrip punya. haha.

    BalasPadam
  5. Mula2 memang saya sangka Emma Watson yang akan pegang watak Mia. Akhirnya Emma Stone pula.

    Tapi saya suka sangat lakonan Emma Stone dekat Spiderman. Ryan Gosling ni pelakon Captain America kan?

    Patut la hensem semacam je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh bukan.. tu captain america tu chris evans

      Padam
  6. Ohhh Emma Stone, ingatkan Emma Watson..

    BalasPadam
  7. Banyak sangat yang cerita pasal la la land ni. Teringin jugak nak tengok!

    BalasPadam
  8. Terbaik movie ni. Rasa nak tengok lagi. huhu.

    BalasPadam
  9. macam menarik jer,ada masa boleh tonton ni

    BalasPadam
  10. Macam best je ceritanya... nak download and tengok la nanti..

    BalasPadam
  11. Aduhhh...camne boleh tersilap baca tu. Nasib tak kena saman penyampai tu haha...

    Banyak jugak cerita disebalik pembikinan filem ni ek...

    BalasPadam
  12. ada nmpk dkt channel movie dkt rmh. tp x tertgok lg.

    BalasPadam