Aplikasi Samsung Members Ganti MySamsung. Samsung mengumumkan aplikasi yang dikenali sebagai mySamsung akan dihentikan pada 1 Mac ini dan bakal diganti dengan Samsung Members.
mySamsung yang mula diperkenalkan pada 2016 berfungsi untuk membantu pengguna peranti Samsung dalam menguruskan jaminan, khidmat pelanggan, menawarkan ganjaran menarik, serta menyediakan tips tentang cara menggunakan peranti dengan lebih efisyen.
Baca juga: Kelebihan dan Kekurangan Samsung Galaxy S8
Ia sebelum ini hanya boleh diakses oleh pengguna di Asia Tenggara dan beberapa negara terpilih sahaja.
Kini Samsung menaik taraf aplikasi itu dengan Samsung Members yang membolehkan ia dinikmati oleh semua pengguna Samsung seluruh dunia.
Aplikasi Samsung Members Ganti mySamsung
Samsung komited dalam memastikan setiap pengguna menikmati pengalaman menggunakan peranti mereka sepenuhnya dengan Samsung Members. Fungsinya masih sama namun ia telah ditambah baik dan menawarkan lebih banyak faedah.
Manfaat dan kegunaan Samsung Members
- Mengajukan soalan dan meminta nasihat pakar berhubung masalah yang dihadapi.
- Error Report yang membolehkan pengguna melaporkan aktiviti mencurigakan secara langsung dan menerima maklum balas yang cepat.
- Device Diagnostic yang membenarkan pengguna melakukan semakan peranti termasuk kondisi bateri, Bluetooth, Wifi, dan sensor.
- Tebus mata ganjaran/kupon
- Jemputan ke acara eksklusif
Pengguna peranti Samsung boleh mula memuat turun Samsung Members di Google Play di >> SINI
Entry sebelum ini - Ulasan Filem Three Billboards Outside Ebbing Missouri
Terima kasih kerana membaca Aplikasi Samsung Members Ganti mySamsung
wah ada aplikasi baru ya samsung members belum nampak pula di samsung aku
ReplyDeleteSenanglah pengguna Samsung kelak. Samsung jenama yang berkualiti,sayangnya akak dah guna jenama lain.
ReplyDeletePengguna Samsung kena ambil maklum akan perubahan ni. Macam-macam kelebihan yang ada dalam Samsung Members ni.
ReplyDeleteWahh untung la pengguna samsung. Aplikasi ia dah semakin terkini
ReplyDeleteSo ini untuk phone samsung je lah kan ? Okay, i will share this info to my friends
ReplyDeletePakai samsung? sama la kita hehe
ReplyDeleteeh tak lah. tak pernah pakai samsung. hehe
DeleteSally tak guna Samsung, tapi selalu jugak la dgr Samsung mmg selalu jaga members dia
ReplyDeletesaya masih menggunakan telefon jenama cincai...
ReplyDeletebelum mampu nak guna samsung lagi
Pengguna samsung kena take note pasal ni. Bagus juga benefit dia.
ReplyDeleteSamsung has a high technology and I am Samsung user. I love to use Samsung products and the apps so advance.
ReplyDeleteDulu kita samsung's user. Sekarang berpaling tadah ke Oppo. Hehhe thanks for sharing. Atleast tau samsung ada perubahan. Walaupun dah tak pakai brand ni lagi.
ReplyDeleteOo menarik ya samsung ada feature ni. Customer service yang sangat bagus.
ReplyDeleteWahh nice for samsung user so dapat guna benefit yang ada dan lebih ganjaran.
ReplyDeleteDah lama xpakai samsung.. last pakai,sehari je pakai.. terus rasa menyesal beli....
ReplyDeleteSA guna Xiaomi..dulu yes guna samsung..hehehe..macam x ada chemistry la ngan samsung..
ReplyDeleteI just stop using Samsung last month and indeed this is a good app. Reason I stop is not because I dun like it is just wanna try out some other brand
ReplyDeleteRachel
Terima kasih berkongsi. Baru tahu ada benda ni. Kejap lagi nak install dan try-try.
ReplyDeleteAkk memang pakai samsung..Dari dulu sampai skrg, tapi tahu guna je..ada aps baru ke apa mmg tak tahu..hahaha.
ReplyDeleteNanti boleh suh anak bega2..
huhu.. TB kalau tak baca entri ni taktau pun pasal app samsung ni.. tapi kalau tau pun TB taknak upload nanti henfon berat..diorang kata app samsung ni la yang buat space makan banyak kan?
ReplyDeleteused to be a member. nice for them to have so much promo
ReplyDeleteyeayyyy saya ada 2 biji samsung masih digunakan note 2 and note tab 1... olehlah guna :)
ReplyDelete