27 April 2018

Ini Cara Bagaimana Meningkatkan Jualan Bisnes Tudung


Kalau kita perhatikan, perniagaan simple yang bertahan lama adalah bisnes tudung. Sama ada secara online atau offline bisnes ini sentiasa mendapat perhatian di Malaysia.

Bisnes tudung mempunyai potensi besar kerana sudah menjadi lumrah wanita ingin tampil cantik. Tidak kiralah remaja mahupun wanita yang sudah berusia, semua ingin menjaga keterampilan di mata umum. Ingat, wanita tidak akan berhenti dari membeli tudung! Kalau tak, tak akan wujud perkataan "hijabster" kan?

Kenapa buat bisnes jual tudung? 

Apa yang membuatkan bisnes ini hot adalah kerana permintaan sepanjang masa dan tak perlu tunggu musim perayaan. Tudung juga tidak mempunyai tarikh luput seperti makanan dan alat kosmetik. Jadi anda boleh simpan untuk jangka masa yang lama.

Malah, modal memulakan bisnes tudung juga hanya beberapa ratus ringgit sahaja. Dan yang paling best, boleh jual dari rumah sahaja iaitu secara online.

Nampak mudah tapi ia tidak boleh dijalankan secara sambil lewa sahaja.

Punca bisnes tudung gagal

Antara faktor utama perniagaan ini gagal adalah kerana majoriti peniaga tidak mempunyai ilmu yang secukupnya. Main redah sahaja. Ada sejumlah tudung dan akaun Facebook/Instagram dikatakan sudah cukup untuk berniaga. Main redah je. Kemudian, merungut:

"Kenapa takde orang beli tudung aku?"
Tips bisnes online paling laris ini sudah pun didedahkan dalam ebook Bisnes Tudung.

Ini Cara Bagaimana Meningkatkan Jualan Bisnes Tudung

Terdapat beberapa strategi asas yang perlu anda ikut untuk melariskan bisnes tudung.

GOLONGAN SASAR
Anda kena tahu TIGA golongan utama yang sentiasa beli tudung. Anda tak perlu dah susah-susah nak fikir nak jual kepada siapa. Hanya fokus kepada 3 golongan ini.

Baca juga: Cara Berniaga di Instagram

TIPS GAMBAR MEMUKAU
Dah nama pun berniaga dari rumah secara online. Maka kenalah berjimat dalam setiap aspek termasuklah kualiti gambar yang anda muat naik di media sosial. Tak perlu upah jurugambar profesional dan guna iPhone X.

Dengan teknik tertentu, telefon yang anda gunakan sekarang sudah memadai untuk ambil gambar 'killer'.


TEKNIK LETAK HARGA
Mungkin anda aware dengan benda ni. Bagaimana untuk bersaing penjual tudung lain yang suka main dan lawan harga! Apabila anda tahu teknik ini, anda dah tak perlu gentar lagi dengan pesaing.

MENGATASI PERSAINGAN
Bercakap tentang persaingan, memang ramai sangat yang dah jual tudung. Kalau anda buka Facebook, beratus yang keluar. Sebab banyak yang kena belajar supaya bisnes anda lebih stand out dari mereka.

AYAT IKLAN
Ini salah satu strategi terpenting kalau nak berniaga secara online. Macam mana nak yakinkan pelanggan supaya beli tudung anda.

Baca juga: Panduan Jual Burger Menguntungkan

SUPPLIER
Nak jual tudung, tapi tudung tu nak ambil dari mana? Nah, ebook Bisnes Tudung ni mendedahkan supplier lengkap dengan nombor telefon dan alamat. Supplier-supplier ini adalah supplier yang boleh dipercayai, malah, banyak juga jenama tudung besar seperti Neelofar Hijab, Calaqisya, Apple Scarf dan banyak lagi, turut menggunakan suplier ini.


Anda boleh cuba rujuk panduan Bisnes Tudung yang ditulis oleh MADIHAHSCARF. Pengasasnya nak kongsikan semua tips dan strategi bagaimana dia boleh untung sampai RM15k sebulan.

Semoga berjaya!

Entri sebelum ini: Review Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask


Terima kasih kerana membaca Ini Cara Bagaimana Meningkatkan Jualan Bisnes Tudung

2 ulasan:

  1. terima kasih tuan tanah atas perkongsian menari ini

    BalasPadam
  2. kalau nak buat bisnes tudung, tak tahu macam mana caranya memang boleh dapatkan panduan bisnes tudung ni. apa lagi nak, baca dan buat je lah

    BalasPadam