Rabu, 15 Julai 2020

D'Fera Beauty Box - Skincare Minyak Kelapa Dara

Khasiat minyak kelapa dara memang tidak boleh dinafikan. Sehingga ada yang menggelarkannya sebagai 'superfood' kerana ia baik untuk kesihatan dan kecantikan. Salah satu jenama yang menghasilkan produk kecantikan berasaskan minyak kelapa dara adalah D'FERA.


Apa itu minyak kelapa dara / virgin coconut oil (VCO)

Minyak Kelapa Dara adalah minyak kelapa yang dihasilkan tanpa menjalani proses pemanasan (haba) dan tidak menggunakan bahan-bahan kimia lain seperti bahan pewarna dan MSG. 

Struktur asal yang terdapat di dalam minyak kelapa ini akan dikekalkan seasli-aslinya. Berbeza dengan minyak kelapa biasa lain di mana haba dan bahan kimia digunakan sewaktu memprosesnya dan mengakibatkan struktur kimia asal dalamannya berubah.

Sebelum ini saya pernah terbitkan artikel berkaitan betapa bagusnya khasiat produk D'Fera terhadap kesihatan dalaman dan luaran. Kali ini mereka tampil dengan Beauty Box yang merangkumi 3 produk kecantikan wajah.


D'Fera Beauty Box

  1. Rice Mask
  2. Glow Face Mist
  3. Loose Powder

Tiga skincare ini sebenarnya sudah menjadi produk harian para wanita. Cuma keistimewaan D'Fera adalah pada kandungannya yang berasaskan minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO), dan bebas bahan kimia.

Jom lihat antara kelebihan tiga produk ini.

Rice Mask (bedak sejuk)


  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Merawat masalah kulit seperti jerawat dan ruam
  • Memutih dan melembutkan kulit
  • Mengecilkan liang pori agar lebih 'flawless'
  • Mengawal pengeluaran minyak berlebihan

Cara penggunaan
- Bersihkan muka
- Bancuh bedak sejuk ini dengan air biasa
- Sapu pada keseluruhan wajah,
- Biarkan selama 10 - 20 minit
- Bilas dengan air
- *Anda juga boleh memakainya selama semalaman, dengan hanya membasuh muka pada keesokka hari

Loose powder


  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menjadikan solekan tampak 'natural' dan tahan lama
  • Mesra wuduk dan sesuai untuk kegunaan haji/umrah
  • Untuk kesan lebih baik, guna sebelum semburan Glow Mist D'Fera

Cara penggunaan
- Pakai selepas sapu foundation
- Guna teknik 'dab' dengan perlahan menggunakan sponge yang disediakan

Glow Face Mist


  • Supaya makeup tahan lama

  • Merawat dan melembapkan kulit kering yang sering terdedah kepada sinaran matahari
  • Merawat kulit kusan agar kembali cerah dan berseri
  • Menyegarkan kulit

Cara penggunaan
- Goncang sebelum guna
- Sembur pada jarak 20 cm / 8 inci dari muka


Kelebihan produk minyak kelapa dara D'Fera Beauty Box

  • Dihasilkan secara tradisional
  • Tidak mengandungi bahan kimia
  • Extrak ramuan asli dan bunga² segar.
  • Menggunakan bahan-bahan organik seperti minyak kelapa dara, beras, dan air mawar

Harga (termasuk postage)
SM - RM69
SS - RM70

Selain Beauty Box, D'Fera turut mempunyai beberapa produk berasaskan minyak kelapa dara untuk rambut, kulit, minyak angin, dan banyak lagi. Anda boleh rujuk artikel:


Macam mana nak beli produk minyak kelapa dara D'Fera? 
No. Tel: 012-9025019
Laman web: https://muaz.xyz/dfera-coconut-oil/

15 ulasan:

  1. minyak kelapa dara memang bagus untuk kecantikan malah untuk kesihatan. comel packaging die..mudah nk bw g travel kan

    BalasPadam
  2. minyak kelapa dara ni memang dikenali sangat bagus untuk kulit dan kesihatan dalaman...bagus juga dfera keluarkan produk skincare berasaskan vco ni...

    BalasPadam
  3. The D'Fera Beauty Box is so nice to have 3 items, Rice Mask, Glow Face Mist and Loose Powder for us to become pretty

    BalasPadam
  4. Minyak kelapa dara memang bagus digunakan... tapi tak semua yg tahu kut...

    BalasPadam
  5. Best nyer boxset Ini. Bagi hadiah kat member pun best ni. Paling suka tengok rice mask tu.

    BalasPadam
  6. Ooo minyak kelapa dara pun boleh buat skincare yaaa, mestilah keberkesanannya bagus, sebab jika kita minum begitu je dah nampak khasiatnya... bagus ni, boleh try..

    BalasPadam
  7. Wah. Guna VCO. Banyak khasiat dan manfaat VCO nie. Dah ada dalam produk kecantikan, mesti lagi besar impak make up kelak

    BalasPadam
  8. tak pernah dgr lagi produk ni tapi VCO ni kan mmg banyak kelebihannya. bagus untuk kita gunakan

    BalasPadam
  9. Suka tengok bungkusan dia. Nampak menarik! Bedak sejuk tu akak nak try. Dah lama tak pakai. Hehe

    BalasPadam
  10. Minyak kelapa dara memg bgus ubtuk kulit dan badan.. Pernh ambil yang jenis minuman punya. Utk muka belum lagi.. Macam best ni

    BalasPadam
  11. wah baru tahu banyak sangat manfaat minyak kelapa dara ni. berbaloi sangat dengan harga dan khasiatnya.

    BalasPadam
  12. sebelum ni pernah dengar je minyak kelapa dara ni, kali ni baru tahu lebih lanjut pasal khasiatnya. terima kasih :)

    BalasPadam
  13. terpikat bila baca bedak sejuk tu, teringat kecik-kecik mak selalu suruh pakai kat muka hihiih

    BalasPadam
  14. Orang dulu banyak buat rawatan menggunakan produk minyak kelapa memang berkesan sekarang dah ada produk macma ni memang bagus dan boleh digunakan selamat hehehehe orang perempuan suka lah ni...

    BalasPadam
  15. Bagus juga ada VCO ni. macam menarik dan best je DFera ni.

    BalasPadam