Khamis, 18 Februari 2021

5 Cara Buat Duit Online | Berkesan & Lumayan

Ramai yang mula terkesan dari sudut ekonomi sejak pandemik COVID-19. Cara terbaik untuk jana pendapatan sampingan adalah dengan cara buat duit online. Kalau anda ada telefon pintar/laptop dan sambungan internet, ambil peluang untuk buat duit online. Ia cukup mudah dan lumayan! 


Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang telah berjaya buat duit dari beberapa platform. Saja nak kongsikan. Manalah tahu kot-kot boleh bantu anda sepanjang PKP ni.




Tak perlu ke mana-mana, anda boleh buat duit dari rumah pada bila-bila masa. Ada juga yang buat duit dengan handphone tanpa modal. Sesuai untuk suri rumah, student, atau anda yang sudah berkerja tetapi ingin cari duit secara santai.


Cara buat duit online yang berkesan dan lumayan


1. Buat duit dengan affiliate Involve Asia

Apa itu affiliate? Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mempromosikan produk dengan link tertentu. Anda akan mendapat komisen sekiranya jualan terhasil dari LINK yang anda kongsikan. Anda boleh kongsi melalui blog, sosial media, email, atau kongsi dengan rakan secara terus melalui WhatsApp.


47 jualan dalam masa 30 hari. Not bad la kan? 


Paling best, Involve Asia menawarkan puluhan merchant seperti Shopee, Lazada, Watsons, Klook, Adidas, Malaysia Airlines, dan banyak lagi untuk ada promosikan. Pilih mengikut content atau niche blog. 



Promosi di sosial media

Tak perlu ada blog untuk buat duit dengan affiliate, anda juga boleh promosi di Facebook, Twitter, atau Instagram. Mana tahu, tweet rekomend produk tu boleh blow up. Contohnya, saya tweet tentang Mi Tv Stick yang saya beli beberapa bulan lepas. Saya buat ala-ala short review, dan saya selitkan link Shopee agar pembaca beli guna link tersebut. 




Jangan sia-siakan jumlah followers anda yang ramai tu. Boleh daftar PERCUMA di - Homepage Involve Asia


2. Buat duit online dengan affiliate Klikjer

Klikjer juga sebuah platform yang cukup terkenal dengan produk ebook. Ramai yang telah jana ribuan ringgit sebulan melaluinya. Pada saya, Klikjer yang menawarkan komisen paling lumayan iaitu 50% dari hasil jualan. Mostly komisen RM50 untuk satu ebook yang terjual. 




Klikjer ni mostly jual ebook berkaitan bisnes. Contohnya cara memulakan perniagaan. Jadi musim PKP ni memang ramai yang nak start buat bisnes untuk buat duit lebih. Ambil peluang ini untuk jana komisen sekaligus buat duit online dari rumah


Baca juga: Buat Duit dengan Affiliate ACCESSTRADE 


 Lihat sahaja gambar di bawah. Saya berjaya buat beberapa jualan dalam masa satu hari. 




Kelebihan affiliate Klikjer

  1. Komisen lumayan iaitu 50% dari harga jualan. 
  2. Pembayaran pada setiap 4hb atau 5hb setiap bulan, tidak kira berapa jumlah yang terkumpul
  3. Cookies - Katakan pembeli membuat pembelian seminggu atau setahun kemudian, Klikjer akan mengesan cookies tersebut dan kreditkannya sebagai jualan anda. 
  4. Menawarkan ebook dan panduan yang pelbagai untuk anda pilih. 



Korang boleh daftar percuma di - Homepage Klikjer


3. Google Adsense

Cara buat duit online seterusnya adalah dengan Google Adsense. Pengiklanan seliaan Google sendiri di mana Google memaparkan iklan berbentuk gambar, teks, atau video. Kalau nak tahu, Adsense adalah sumber income utama blog ini. 




Ini merupakan teknik yang diguna pakai oleh blogger dan Youtuber yang jana ribuan ringgit sebulan. Kenapa lumayan? Kerana anda akan dibayar dalam USD. Lihat sahaja earnings salah satu blog saya. $4 USD sehari. 




Macam mana cara buat duit dengan Google Adsense ni? 


Bina sebuah blog, pastikan content blog itu asli, mempunyai pengunjung yang konsisten, dan patuh beberapa syarat mudah. Lebih banyak views dan klik, lebih tinggi bayaran. Dengan Adsense ni, korang boleh buat duit USD tanpa modal tau. 


Kalau dah ada blog, rujuk modul lengkap Raja Adsense. Panduan ini akan guide anda supaya blog boleh buat duit dengan Google Adsense sehingga USD10-USD20 sehari. - Panduan Raja Adsense 



4. Paid Review

Saya yakin anda semua pernah dengan tentang bagaimana sosial media influencers buat duit dengan paid review. How it works? Sekiranya anda memiliki jumlah followers yang ramai atau trafik blog yang baik, client akan menghubungi anda untuk tawaran review berbayar.



Kebiasaannya, client akan menghantar produk mereka atau terus membayar dengan jumlah tertentu. Anda akan dibekalkan dengan beberapa arahan bagaimana post tersebut harus ditulis. 




Blog ini juga sering menulis paid review. Contohnya artikel telefon baru Realme 7 5G yang saya publish tempoh hari. 


Teknik buat duit online ini sesuai untuk student yang ada jumlah followers Facebook, Twitter, atau Instagram yang ramai. Kalau nak tahu cara tingkatkan jumlah followers & jualan di Instagram, boleh rujuk - Panduan Instagram Kaboom


5. Bisnes Shopee

Cara buat duit di internet yang seterusnya adalah dengan berniaga di Shopee. Perniagaan online semakin berkembang kerana ia lebih jimat berbanding kedai fizikal. Tak perlu bayar sewa kedai, hanya urus bisnes dari rumah sahaja. 




Baca juga: Cara Berniaga di Shopee


Daftar Shopee sebagai penjual juga PERCUMA dan tak perlu daftar perniagaan SSM. Hanya perlu sambungan internet dan komputer. Anda boleh jual produk sendiri ataupun dropship. 



Kelebihan berniaga di Shopee:

  1. Keuntungan 100% - Shopee tidak caj ke atas jualan yang terhasil. 
  2. User friendly - Websitenya mudah difahami dan mudah untuk menguruskan jualan, buat diskaun, promosi, dan cara pos barang yang mudah. 
  3. Free Shipping Program - Shopee tawarkan program penghantaran percuma di mana seller dan pelanggan tak perlu bayar shipping. 
  4. Dropship - Tak perlu simpan stock. Cuma promosi dikedai anda, dan supplier akan hantar barang kepada customer. 
  5. Tak faham English, jangan risau, ada dalam Bahasa Melayu.


Banyak lagilah yang best tentang berniaga di Shopee ni. Korang boleh rujuk panduan ini untuk pencerahan. - Panduan Bisnes Shopee.



Kalau nak ikutkan, banyak lagi teknik contohnya buat duit online dengan PayPal. Tapi anda tak boleh buat duit secara terus darinya. PayPal hanyalah payment gateway. Tetapi anda boleh buat duit secara online yang bayar ke PayPal akaun anda. Nantilah saya terangkan dalam artikel akan datang. 


Semoga artikel cara buat duit online ini dapat membantu anda dalam menghasilkan pendapatan pasif. Ini bukan scam, saya dah cuba kesemua cara di atas dan ia memang berhasil! Jangan lupa kongsi artikel ini ya? Good luck!  

Tiada ulasan:

Catat Komen