7 Android Box Terbaik Di Malaysia 2023

1

Android Box Terbaik 2023 | Nampaknya sudah ramai yang bertukar dari syarikat televisyen berbayar, Astro kepada Android box. Ini kerana Android jauh lebih murah dan tawar lebih banyak fungsi dan kandungan hiburan. 

Selain lebih jimat, banyak lagi kebaikan Android box yang membuatkan ia berbaloi untuk dimiliki.  

Kelebihan Android box

  • Lebih murah
  • Tiada bayaran bulanan kecuali melanggan servis penstriman seperti Netflix, DisneyPlus, dll.
  • Mudah untuk di pasang, tidak memerlukan piring satelit.
  • Hanya perlukan rangkaian internet/Wifi dengan kelajuan minima 1.5 Mbps
  • Mudah alih.
  • Tawar ribuan saluran tv dari dalam dan luar negara.
  • Cuaca buruk tidak menjejaskan siaran.
  • Boleh melayari internet menggunakan Chrome, tonton Youtube. 
  • Tidak memerlukan smart tv. 

Baca: 8 Tips memilih Android box

Untuk itu, saya senaraikan beberapa Android box terbaik dan berkualiti untuk tahun 2023 untuk anda pilih. 

Mi Tv Stick

Android box terbaik Malaysia sudah tentulah Mi Tv Stick dari Xiaomi. Saya dah ulas panjang lebar dalam artikel - Mi Tv Stick, Android Box Terbaik di Pasaran. Sebab Xiaomi tak pernah mengecewakan.

Apa yang membuatkan peranti ini menjadi pilihan ramai adalah kerana ia disahkan Google, bersaiz kecil, lancar, dan lengkap dengan keperluan untuk menonton video penstriman. 

Anda boleh muat turun Netflix, DisneyPlus, HBOGo, Spotify, dan banyak lagi apps hiburan lain. Ia terbina dengan Google Assistant, dan Chromecast di mana kandungan dari telefon boleh dipaparkan pada kaca tv. 

Mi Tv Stick ni dah ada versi 4K. Namun, anda perlu ada tv yang menyokong paparan 4K untuk menikmati kualiti ini. Jika tidak, pilihlah versi biasa.

Beli di sini:

Mi Tv Stick - https://invl.io/clj8udg (RM154)

Mi Tv Stick 4K - https://invl.io/clj8udg (RM183)

Long Tv

Kalau cari Android box boleh tengok Astro, belilah Long Tv. Setakat ini, Long Tv adalah satu-satunya Android box yang mempunyai lesen Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Lesen ini adalah kebenaran untuk menyiarkan saluran tv dalam dan luar negara. 

Cuma sekali bayar sahaja iaitu RM399, anda boleh tonton kesemua kandungan ini seumur hidup. Tiada kontrak atau komitmen. Melainkan anda langgan Netflix, DisneyPlus, dan seumpamanya. 

Baca:

Ada ribuan channel untuk anda tonton termasuklah kesemua saluran dari Astro. Selain itu, anda juga boleh tonton filem dan siri tv yang sentiasa dikemas kini agar anda dapat kandungan yang terkini. Lengkap dengan subtitle, dan kualiti visual amat memuaskan. 

Sebab itulah ramai yang dah beralih kepada Long Tv ni. 

Harga: RM399

Beli di sini: https://invl.io/cljqsce

MX10 PRO Android TV BOX

Android box ini juga hangat di pasaran kerana harganya amat berpatutan, tetapi penuh dengan fungsi dan kandungan best. 

Hadir dengan Android 9.0, 4GB RAM, dan storan 32GB. Malah, tersedia dengan port USB sekiranya anda nak tengok kandungan dari pendrive. 

Ia stabil dan lancar untuk tonton video penstriman dan Youtube. Ia juga hadir dengan saluran tv dalam dan luar negara dengan muat turun aplikasi Kilau Tv. Filem dan siri tv terkini juga disediakan untuk anda sekeluarga.

Harga: dari RM190

Beli di sini: https://invl.io/clj8ulu

MYVIU K2 Android Box

Android box terbaik seterusnya adalah MYVIU K2. Ini antara best seller di Shopee dan Tiktok kerana harganya dalam RM350 sahaja. Cukup jimat, bahkan seller Shopee ini ada buat tawaran pilihan aksesori tambahan yang menarik seperti speaker atau keyboard. Kalau saya, sudah tentulah keyboard. Senang nak buat taip kelak. 

Bebalik kepada MYVIU ni, ia berbaloi untuk dimiliki kerana anda cuma perlu cucuk pada tv sahaja. Segalanya sudah tersedia termasuklah saluran tv live dari dalam dan luar negara. 

Baca: 12 Android Box Terbaik dan Berbaloi 2022

Ia tak lag sebab menggunakan processor yang direka khas untuk android box. Filem dan terkini dan siri tv lengkap dengan season penuh tau. Memang berbaloi. Yang ni custom made supaya kena dengan selera warga Malaysia.

Harga: dari RM319

Beli di sini: https://invl.io/clj8un1

WatchPad Android TV Box 4K

Kalau anda ada tv 4K, WatchPad Android TV Box 4K adalah pilihan terbaik sebab boleh support kandungan dengan paparan 4K. Selain hadir dengan ribuan saluran tv, ia juga menyediakan banyak filem yang dikemas kini setiap hari. Ini memastikan anda sentiasa dapat filem terbaharu. 

4GB Ram + 32GB Rom, memang lancar dan tidak lag. Ia juga menyokong WiFi 2.4GHz / 5.8GHz. 

Amat berbaloi untuk tontonan seisi keluarga. 

Harga: RM349

Beli di sini: https://invl.io/cljqscw

Baca: Kelebihan dan Kekurangan Android tv Box Malaysia

Mi Box S

Seterusnya adalah Mi Box S. Lebih mahal berbanding Mi Tv Stick tadi. Apa yang membezakan anda kedua peranti ini adalah Mi Box S adalah sistem operasi Quad Core, 2GB DDR3 RAM, 2GB RAM + 8GB Storage. 

Ia lebih lancar ketika menonton, browsing, dan bermain permainan video.

Selain itu ia turut menyokong paparan 4K UHD dan audio Dolby + DTS. Ciri ini membolehkan pengalaman menonton filem lebih mengujakan. Mi Box S turut menyediakan port USB sekiranya anda ingin menonton video dari pendrive. 

Kalau dah ada Astro, MyTv, atau Njoi, dan anda mahu tonton video penstriman 4K, boleh beli Android Box ini. 

Harga: RM242

Beli di sini: https://invl.io/clj8udg

Semoga artikel Android box terbaik ini dapat membantu anda dalam membuat pembelian. Pilihlah dengan bijak, beli ikut keperluan dan kemampuan.

Tags

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Android Box is a game-changer in the world of entertainment and smart technology. Share this article in whatsapp group to reach more people.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top