Apa yang Menarik pada Oppo F1S? Pengeluar peranti nombor satu dari China, Oppo, menambah satu lagi telefor pintar dalam siri F yang lebih memfokuskan kepada kualiti kamera hadapan atau selfie yang tinggi. Jika sebelum ini Oppo melancarkan F1 pada April kemudian F1 Plus iaitu versi yang lebih premium dan mahal, kini yang terbaharu, Oppo F1S.
Kehadiran Oppo F1S boleh dikatakan sebagai pelengkap keluarga F kerana F1S adalah versi yang lebih murah berbanding F1 Plus. Sudah semestinya spesifikasi di antara kedua-dua telefon pintar ini berbeza. Namun tidak bermakna telefon ini dilabelkan sebagai peranti 'murah'.
Apa yang Menarik pada Oppo F1S
Sistem pemprosesan
Bagi menggantikan Helio P10, F1S dikuasakan dengan 1.5 GHz Mediatek MT6750 Octa-core Processor serta RAM sebanyak 3GB. Ruang storan agak besar walaupun telah dikurangkan kepada 32GB. Untuk memberi lebih banyak ruang storan, pengguna boleh menggunakan sokongan kad MicroSD sehingga 256GB.
Skrin
Mengekalkan saiz skrin 5.5 inci sama seperti generasi sebelum ini, F1S hanya menggunakan skrin IPS LCD 720P. Tidak dinafikan ia bukan skrin terbaik jika dibandingkan dengan jenis AMOLED HD, namun jika anda tidak terlalu mementingkan kualiti skrin, ia sudah memadai. Sokongan ColorOS turut disertakan dalam F1S yang memerikan kelajuan, dan stabiliti pada warna.
Berkaitan: Pengalaman Menggunakan Oppo F1S
Tiada sokongan VOOC
Agak mengecewakan apabila Oppo tidak menawarkan sokongan pengecasan pantas VOOC pada F1S. Tetapi Oppo memberikan bateri 3075 mAh iaitu lebih baik dari F1 Plus. Manakala sokongan Near Field Communication (NFC) yang membolehkan pengguna bertukar data dengan peranti lain juga tidak disertakan.
Kamera
Menariknya pada Oppo F1S ini adalah ia masih mengekalkan kualiti kamera hadapan selari dengan trademark 'Selfie Expert'. Kamera hadapan F1S adalah 16 Megapixel dengan aperture f/2.0. Kamera belakang pula 13 Megapixel dan boleh merakan video pada resolusi 1080P. Ini secara tidak langsung mampu menghasilkan gambar selfie yang berkualiti tinggi.
Baca: Cara Semak Oppo Original
Spesifikasi Oppo F1S
SPESIFIKASI OPPO F1S
|
|
Sistem Pemprosesan
|
1.5 GHz Mediatek MT6750 Octa-core
|
Skrin
|
5.5 inci HD IPS LCD Display, 720×1280
resolution
|
RAM
|
3GB
|
Storan
|
32GB (internal) up to 256GB (MicroSD
Card)
|
Kamera belakang
|
13MP f/2.2
|
Kamera hadapan/selfie
|
16MP f/2.0
|
Bateri
|
3075 mAh
|
Sim card
|
Dwi Sim Nano
|
Android
|
Lollipop 5.1.1
|
Infra Red
|
-
|
NFC
|
-
|
Pengimbas cap jari
Selain itu Oppo menambah satu lagi ciri iaitu pengimbas cap jari yang kita semua tahu merupakan ciri keselamatan untuk unlock peranti yang mengambil masa kurang satu saat.
Pada awal pelancarannya harga F1S di Malaysia adalah RM1198. Jika anda seorang kaki selfie namun tidak mampu untuk memiliki F1 Plus tetapi masih mahukan smartphone yang mengambil gambar selfie berkualiti, F1S adalah untuk anda.
gambar: unbox.
Entri sebelum ini - Pokemon Go Haram di Kedah
Terima kasih kerana membaca Apa yang Menarik pada Oppo F1S
Sape yang dah pakai?
BalasPadammenarik, but buat masa sekarang kurang survey bab phone sebab tak ada intention untuk tuka phone baru lagi hehe
BalasPadamLg best samsung.
BalasPadamTesting
Lebih pilihan untuk si kaki selfie
BalasPadamcantik juga, spek pun ok. harga pun berbaloi
BalasPadamwah boleh jadi alternatif ni, price berapa yer?
BalasPadamRM1198
Padamwah harganya sangat menarik ;)
BalasPadammahalnya ..tunggu saya kaya memang boleh beli punya
BalasPadamMmang terbaik. Cutting nipis mcm iphone. Ram dan mega pixel bsar.
BalasPadam