Harga dan Spesifikasi Oppo R9S Malaysia

24

Harga dan Spesifikasi Oppo R9S Malaysia. Ramai yang telah memperkatakan tentang telefon pintar terbaharu dari Oppo, iaitu model R9S. Iklan Oppo R9S sering dilihat dikaca televisyen terutama pada waktu perdana. Dilancarkan dalam pasaran Malaysia sejak 5 Januari lalu, peranti ini dilihat memenuhi citarasa dan trend masa kini.

Jika sebelum ini Oppo sering mengeluarkan telefon yang memfokuskan kamera selfie, kali ini R9S menekankan fungsi kamera belakang. Dalam pada itu peranti keluaran syarikat yang berpengkalan di China ini juga turut mementing fungsi lain supaya tidak ditenggelami dengan kehebatan kamera sahaja.

Baca: Pengalaman Menggunakan Oppo smartphone

Meletakkan huruf 'S' pada hujung nama model sudah menjadi trend pengeluar telefon pintar. Menambah baik satu atau dua spesifikasi supaya lebih baik dari model sebelumnya tidak lagi mengujakan pengguna. Namun adakah R9S turut termasuk dalam kelompok sama "just-a-little-better-than-the-previous-ones"?


Sebagai salah seorang peminat peranti Oppo, saya sempat baca serba sedikit tentang R9S di laman web antarabangsa dan tempatan. Melalui entri ini saya kongsikan apa yang menarik pada Oppo R9S, sama ada ia berbaloi dibeli atau tidak.

Harga dan Spesifikasi Oppo R9S Malaysia

Kamera

Untuk pengetahuan, sensor kamera R9S ini dibangunkan oleh Sony yang mampu memfokus dengan lebih pantas dan mengurangkan gangguan. Hadir dengan 16MP pada kedua-dua kamera, dan bukaan aperture f2.0 pada kamera belakang menjadikan R9S menghasilkan kualiti gambar yang mengagumkan. Jika anda seorang yang menitik beratkan kualiti gambar pada laman Instagram, Oppo R9S adalah direka untuk anda.

Berkaitan: Waktu Terbaik Update Instagram

Design

Ada yang menganggap Oppo ni malas reka design baru dengan mengambil rekaan fizikal iPhone 7. Ironinya, iPhone sendiri malas dalam memperbaharui peranti mereka dengan mengeluarkan rekaan sama dalam masa tiga tahun. Lagipun, telefon pintar mana je yang tak tiru iPhone?


Rekaan tidak berbucu dan skrin 5.5 inci ini membuatkan R9S selesa dipegang. Design elegan dan terkini yang menjadi trend mungkin salah satu faktor kenapa rekaan ini menjadi pilihan Oppo. 

Sistem operasi

Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 625 lapan teras dengan pemprosessan RAM sebanyak 4GB. Kapasiti storan boleh dikatakan agak besar dengan paling minimum 64GB. Paling menggembirakan, pengguna dibenar menggunakan kad Micro SD sehingga 128GB. Biarpun dilancarkan pada awal tahun, ia masih menggunakan sistem operasi Android Marshmallow 6.0.

Baca: Kerja dari Rumah dengan iLancee

Harga rasmi Oppo R9S Malaysia

Harga R9S dalam pasaran Malaysia adalah RM1798. Tapi kalau nak lebih bebaloi, beli di Lazada sebab pembelian disertakan dengan 1 x R9s Case, dan selfie stick (monopod). Boleh rujuk pautan INI.



Skrin
AMOLED, 16M colors, 1080x1920 pixels
Saiz
5.5 inci (6.02 x 2.93 x 0.26 inci)
Berat
145g
Platform
Android OS, v6.0.1 (Marshmallow)
Chip
Qualcomm MSM8953 Snapdragon 625
CPU
Octa=core 2.0 GHz Cortex-A53
Storan
Internal: 64GB
Kad memori
MicroSD sehingga 256GB
Kamera
Belakang: 16MP, f2.0, CMOS image sensor | Hadapan: 16MP
Pengimbas cap jari
Ada
Bateri
Li-Po 3010 mAh
Warna
Black, gold, rose gold, red
Rangkaian
LTE
RAM
4GB
 
Secara keseluruhannya, peranti ini sesuai untuk pengguna sederhana tetapi mementingkan kualiti kamera. Tambahan pula ia turut hadir dengan pengimbas cap jari serta sokongan pengecasan pantas VOOC. Ini menjadikan Oppo R9S berbaloi untuk dimiliki. 

Entri sebelum ini - Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen

Terima kasih kerana membaca  Harga dan Spesifikasi Oppo R9S Malaysia
Tags

Post a Comment

24Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Suka pakai brand oppo tpi bukan yg ni tapi f7a sampai skrang smooth dan tak hang..kalau f7 pun dah ok yg terbaru mesti lagi ok..

    ReplyDelete
  2. satu lah yang saya tak boleh blah dengan oppo rs9 ni, dia punya iklan kat youtube bukan main lama, tak boleh skip plak tu huhu

    ReplyDelete
  3. Ada juga adik-adik yang suka pakai oppo ni. memang diorang cakap best lahhh

    ReplyDelete
  4. Huhu..ok gk ni..mungkin next hp try pakai oppo plak..

    ReplyDelete
  5. yang saya tau hasil gambar kameranya memang cantik

    ReplyDelete
  6. OPPO ni memang bagus, lebih2 lagi kamera dia..bagi saya OPPO dan VIVO pilihan terbaik.

    ReplyDelete
  7. Saya suka guna Oppo . Memang best gambarnya.

    ReplyDelete
  8. oppo ni makin lama makin popular. tengok spek pun not bad

    ReplyDelete
  9. banyak juga feedback menarik dari pengguna Oppo,rasanya nak cuba satu la memandangkan hp lama ni dah banyak masalah

    ReplyDelete
  10. mmg best telefon ni, spec tinggi juga, tapi harga mesti mahal, sekarang telefon china memamg kuat gila, macam nk fight dgn iphone....

    ReplyDelete
    Replies
    1. telefon best mestilah harga mahal, x kan telefon best tapi harga murah kan? kaka, tapi aku rasa one time invest okay juga, beli mahal telefon boleh tahan lama

      Delete
    2. yup, setuju, aku dah pakai iphone lama, memang best tahan lama, dah dekat 3 tahun aku punya iphone 6, best dan cepat lagi.
      aku rasa beli je telefon mahal sikit, invest bagi sendiri best juga....

      Delete
    3. OPPO R9S ni mmg best kan, sebelum launch kat malaysia, tgk news pun sgt menarik dah, tapi phone mahal mestilah ada protection, celcom easyphone ada bagi protection juga, jika phone kena curi ke, screen rosak atau apa2 yg dalam protection T&C, boleh dapat new phone je

      Delete
    4. bayar extra untuk protect phone je, rasa duit tu rugi sikit, kenapa nk invest kat phone, jimat je duit tu untuk invest benda lain

      Delete
    5. @Gelsis Steve
      oppo bagi diorg yg suka amik gambar baru sesuai
      klo normal use beli pon murah dah okey

      Delete
    6. tgk interface oppo cantik juga, macam iphone je design tu
      tgk siti nurhaliza promo OPPO, cantik selfie tu, haha

      Delete
    7. memang best jika pakai dengan celcom easyphone, x de duit banyak pon boleh beli iphone, bayar dgn bulan, x cost banyak juga....

      Delete
  11. org cedik, x kan bazir duit kat phone, phone ni pakai utk kerja senang je, beli mahal phone buat apa? bagi org curi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli phone pun adalah satu invest, org tengok you pakai nokia 3310, mcm mane nk minta whatsapp dgn ko? beli je phone mahal, macam iphone ke, celcom easyphone boleh buat bayaran bulanan tanpa credit card, yg penting ada protection, jika phone hilang, akan dapat baru phone

      Delete
    2. stuju, kan iphone memang canggih, ambil gambar pun cantik, jika minta phone number dgn perempuan, mereka pon tgk apa phone ko pakai dulu, kakakaka

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top