Percutian ke Selatan Thailand, khususnya di Hatyai sentiasa menjadi pilihan
rakyat Malaysia. Ini kerana lokasinya yang terletak di persempadanan, banyak
tempat makan best, dan Hatyai terkenal sebagai 'syurga membeli belah'. Oleh
itu saya senaraikan lebih 30 tempat menarik di Hatyai yang boleh anda
kunjungi.
Sekarang dah makin banyak lokasi tarikan pelancong di Hatyai. Kebanyakkannya adalah low budget, sesuai untuk keluarga, dan mesra Muslim.
Senarai dibawah meliputi tempat shopping, tempat makan sedap, serta hotel murah di Hatyai untuk rujukan anda.
💡 Table of Contents
- Samila Beach
- Khlong Hae Floating Market
- Magic Museum Hatyai
- Songkhla Aquarium
- Hatyai Shooting Association
- Cable Car City Hatyai
- Hatyai City Municipal Park
- Ice Dome Hatyai
- Thale Noi Bird Watching Park
- Steel Pagoda
- Chang Puak Elephant Camp Hatyai
- Khao Nam Khang National Park
- Asean Night Bazaar
- Taman Negaran Khao Nam Khang
- Kim Yong Market
- Greenway Food Station
- Wat Hat Yai Nai
- Masjid Pusat Songkhla
- Dim Sum Chabura
- Central Festival Mall
- Songkhla Old Town
- Santisuk Market
- Siam Art Gallery
- Hat Yai Observertory Khao Chaison Hot Spring
- Khao Chaison Hot Spring
- Big C
- Princess Maha Chakri Sirindhorn Natural History Museum
- Big Bee Farm
- Kilang Gajus Ranu Kohyo
- Nora Plaza
- Tangkuan Hill
- Songkhla Zoo
- Kaitod Meena
- Preem Import Hatyai
- Banyak restoran dan gerai menjual snek dan minuman
- Aktiviti berkuda, kereta kuda, ATV, berkelah
Baca:
13 Hotel Murah di Hatyai | Bawah RM200
Location: Google Maps
2. Khlong Hae Floating Market (Pasar Terapung Hatyai)
Ini adalah tempat yang wajib anda tuju sekiranya bercuti di Hatyai. Konsepnya
sama seperti pasar malam di mana majoriti peniaga menjual makanan. Tetapi
uniknya perniaga di situ berniaga dari dalam sampan yang berlabuh di tepi
sungai.
Baca:
Tips Bercuti ke Hatyai
Pelbagai jenis makanan dan minuman yang lazat dijual di sini. Peniaga bukan
sahaja menjual, malah, di dalam sampan yang sempit itu mereka turut memasak,
menggoreng, dan membancuh air untuk dijual.
Untuk menarik perhatian pelanggan, kebanyakkan makanan dibungkus dalam bekas
unik seperti seramik, buluh, dan lain-lain.
Mi sup daging, pulut mangga, sup ayam rebung, telur puyuh goreng, ikan keli
bakar kerabu dan ladu ubi kayu antara yang dijual. Jangan risau, majoriti
peniaga beragama Islam dan menjual makanan Halal.
Lokasi: Google Maps
Waktu operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad sahaja| 3 pm - 9 pm
3. Magic Museum Hatyai
Saya juga sempat singgah ke Magic Eye 3D Museum ini. Memang seronok dapat melihat pelbagai lukisan dan mural yang memberikan kesan optical illusion. Pengunjung pasti teruja dengan lukisan 3D kerana ia kelihatan 'real' dan membuatkan anda seolah berada dalam keadaan sebenar.
- Muzium luas, dan banyak zon menarik seperti salji, piramid, dasar laut, VR
- Terdapat persembahan magik dan komedi pada waktu tertentu
Harga tiket: Dewasa 450 Baht | Kanak-kanak 300 Baht | Warga emas 300
Baht
Lokasi:
Google Maps
4. Songkhla Aquarium
Songkhla Aquarium juga tidak kurang hebatnya. Banyak hidupan dasar laut yang
boleh anda lihat serta pelajari dari label yang disediakan. Ada juga hidupan
laut yang boleh anda sentuh seperti ikan pari dan tapak sulaiman.
Salah satu keistimewaan Songkhla Aquarium adalah ia menempatkan anak jerung
jenis 'nurse shark' di mana satu-satunya nurse shark di dunia yang menetas
dalam akuarium kerana akuarium bukanlah habitat asalnya.
Apa yang pasti, anda perlu tunggu untuk menyaksikan demonstrasi memberi ikan dan penyu makan. Siap ada yang menari dengan penyu.
Kawasan akuarium ini juga cantik. Bolehlah anda ambil peluang untuk merakam gambar kenangan bersama keluarga.
Harga tiket: Dewasa 300 Baht | Kanak-kanak 200 Baht
5. Hatyai Shooting Association
Hah, untuk mereka yang gemarkan senjata dan ingin merasai sendiri pengalaman
menembak, anda boleh ke Hatyai Shooting Association. Kelab menembak ini
menawarkan segala macam jenis pistol, shotgun, hinggalah ke rifle besar.
Jika anda sering bermain permainan video
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG), ini adalah peluang terbaik untuk pegang sendiri senjata yang pernah anda
guna dalam permainan tersebut.
Disini, anda disediakan bull's eye atau papan target, untuk melihat ketepatan
tembakan anda. Perlu diingat, yang mereka mengambil serius akan penggunaan
senjata. Anda perlu mendengar briefing ringkas dan menanda tangani beberapa
dokumen terlebih dahulu.
Harga: 890 baht/nett untuk 15 pusingan.
Waktu Operasi: 9am - 6pm
6. Hatyai Cable Car
Berkedudukan di Hatyai Park, kereta kabel ini membawa anda ke Phra Buddha
Mongkol Maharaj. Sepanjang perjalanan menaiki kereta kabel ini anda dapat
melihat pemandangan bukit bukau dan bandar Hatyai. Memang cantik.
Gondolanya agak sempit, tetapi cukup untuk memuatkan anda sekeluarga.
Tiba di Phra Buddha Mongkol Maharaj, terdapat banyak tokong-tokong unik. Ramai
pelancong yang mengambil kesempatan untuk bergambar.
Harga tiket: 200 baht seorang (pergi dan balik)
Lokasi:
Google Maps
7. Hatyai Municipal Park
Hatyai Municipal Park merupakan taman rekreasi yang wajib dikunjungi sekiranya
bercuti di Hatyai. Terdapat tarikan utama di kawasan berdekatan iaitu Ice Dome
dan Hat Yai Observatory.
Lokasi: Google Maps
8. Ice Dome
Ice Dome ni basically rumah aisyang bersuhu sejuk. Dengan keluasan 1,700 persegi, Ice Dome mempunyai kira-kira 10,000 replika dan objek yang diperbuat daripada ais.Lebih mengujakan, setiap kawasan mempunyai tema-tema tersendiri dengan hiasan yang indah. Untuk mencantikkan lagi landskap, cahaya lampu berwarna-warni dipancarkan pada replika. Ini sekaligus menghasilkan pantulan cahaya yang cantik.
Kanak-kanak pasti akan teruja jika berpeluang bermain di taman permainan dalam suhu rendah ini.
Untuk pakaian tebal pula, pengunjung akan disediakan baju sejuk berserta dengan but yang sesuai.
Harga tiket: Dewasa 300 baht | Kanak-kanak 200 baht
Tiket termasuk: Baju tebal, kasut, dan sarung tangan
Alamat: 445 Petchakasem Rd Tambon Kho Hong, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand
9. Thale Noi Waterbird Park
Lokasi memerhati burung ini juga salah satu tarikan pelancong di Hatyai. Apa lagi aktiviti best kalau bukan melihat lebih 180 spesis burung yang bermigrasi dari pelbagai negara. Tempat ini dijadikan sebagai habitat sementara mereka untuk mendapatkan perlindungan serta makanan.
- Terdapat pelantar dan laluan pejalan kaki untuk orang ramai.
- Terdapat perkhidmatan bot untuk anda menyusuri tasik.
- View cantik diwaktu pagi dan matahari terbenam
Harga tiket: Percuma | Bot 500 Baht
Lokasi:
Google Maps
10. Steel Pagoda
Sebuah lagi tempat suci agama Budha di Hatyai adalah Steel Pagoda. Apa yang membezakannya dengan pagoda lain adalah ia diperbuat daripada besi tahan karat. Disekelilingnya terapat seramik, loceng, dan gong.
Dari jauh lagi pengunjung boleh melihat keindahan Steel Pagoda ini kerana
binaan agak tinggi. Menariknya, pada waktu malam pagoda ini dilimpahi dengan
cahaya berwarna warni yang indah. Sehinggakan anda boleh melihatkan jika
memandu di bawah bukit.
Lokasi: Google Maps
11. Chang Puak Camp
Kata orang, pergi ke negara Thailand tidak sah kalau tak menunggang gajah.
Walaupun gajah bukan haiwan untuk ditunggang, ramai je yang sana dan lakukan
aktiviti ini.
Kalau anda nak merasai pengalaman menunggang gajah, berkunjunglah ke Chang
Puak Champ. Di sini anda hanya perlu membayar 500 baht untuk 30 minit
tunggangan. Seekor gajah boleh dinaikki oleh dua orang sahaja
- Harga tiket berpatutan
- Akan melalui trek dan menyusuri anak sungai
- Peluang bagi makan gajah
- Aktiviti lain seperti menembak, ATV, mini zoo
Harga tiket: 500 baht
Laman web:
https://changpuakcamp.com
12. Khao Nam Khang National Park
Untuk mereka yang sukakan sejarah, jangan lepaskan peluang untuk ke Terowong
Khao Nam Khan. Terowong sepanjang 1 kilometer ini dipercayai yang terpanjang
di Thailand. Ia adalah tempat persembunyian bekas komunis.
Menariknya, terowong 3 tingkat ini menempatkan 100 bilik, bilik mesyuarat,
hospital dan kilang senjata, bilik menembak, dapur, bilik komunikasi dan dewan
latihan.
Pengunjung boleh lihat sendiri bagaimana sempitnya terowong ini tetapi penuh
dengan kemudahan asas. Di bahagian luar terdapat muzium mini yang mengumpul
semua sejarah berkaitannya. Terowong ini terletak di dalam kawasan Taman
Negara Khao Nam Khang.
Harga tiket: Percuma
13. Asean Night Bazaar
Tempat menarik di Hatyai yang seterusnya anda Asean Night Bazaar. Ini juga
salah satu lokasi yang wajib anda singgah. Ia lebih kurang seperti pasar malam
atau pun uptown di mana semua barangan boleh dibeli dengan harga murah.
Banyak barangan yang boleh anda dapadi di sini seperti pakaian, aksesori, permainan, gadget, minyak wangi, dan banyak lagi. Gerai makanan pun banyak disediakan. Sama ada makanan Thai mahupun Western.
Tak susah nak cari makanan Halal di sini, paling selamat anda pergi sahaja ke
kedai di mana penjualnya memakai tudung. Selatan Thai memang ramai penduduk
beragama Islam.
Waktu Operasi: 3 pm - 10 pm | tutup pada Isnin
14. Taman Negara Khao Nam Khang
Hutan yang belum diteroka ini berkeluasan kira kira 200 km persegi hinggalah ke sempadan Malaysia. Gunung Khao Mai, Gunung Nam Kang dan Gunung Sya adalah antara khazanah alam sekitar yang ada di sini.
Ia sering menjadi tumpuan pelancong Barat. Mereka datang dengan tujuan untuk
melihat keindahan flora dan fauna. Jambatan gantung dan menara tinjau menjadi
lokasi pilihan untuk bergambar.
Alamat: Khlong Kwang, Na Thawi District, Songkhla 90000, Thailand
15. Kim Yong Market
Yang ini juga dikelaskan sebagai tempat shopping murah di Hatyai. Sentiasa
menjadi tumpuan orang ramai baik penduduk tempatan mahupun pelancong. Banyak
kedai pakaian, handbag, aksesori, cenderamata yang ada di sini.
Street food juga boleh tahan meriah. Kalau nak tengok orang juga kala
jengking, cengkerik, dan ulat, jangan lepaskan peluang untuk ke Kim Yong
Market yang terletak dekat dengan Lee Garden Hotel.
Jangan risau, banyak je gerai makanan dan snek halal di sini. Malah, di
sinilah terletaknya gerai nasi komok Kaitod Meena yang popular tu.
Waktu operasi: 10 am - 6 pm
Lokasi:
Google Maps
16. Greenway Food Station
Untuk kaki makan, jangan lepaskan peluang untuk ke Greenway Food Station. Terletak tidak jauh dari Asean Night Bazaar. Greenway hanya memfokuskan makanan sahaja. Jika anda nak tengok dan ambil gambar pelbagai makanan eksotik, kami cadangkan anda ke sini kerana ia lebih banyak pilihan.
Malah banyak tempat duduk dan meja yang disediakan. Konsepnya macam food
court. Stall makanan halal juga tidak kurang banyaknya. Anda boleh ke stall
yang mempamerkan logo Halal.
Senibina dan dekorasi dalamannya juga menarik dan moden.
Waktu operasi: 5 pm - 10 pm | tutup pada Isnin
17. Wat Hat Yai Nai
Sebuah lagi tempat suci agama Budha di Hatyai adalah Wat Hat Yai. Apa yang menarik di sini adalah di dalam bangunannya terdapat sebuah tokong yang sedang baring dalam keadaan mengiring.Tokong tersebut turut memberikan senyuman sini, inilah yang menambahkan lagi minat pelancong untuk ke sini.Rata-rata tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar. Suasana kawasannya juga bersih dan terurus.
Alamat: 6/1 Soi Sakornmongkol, Tambon Khuan Lang, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand
18. Masjid Pusat Songkhla
Selatan Thailand mempunyai ramai penduduk beragama Islam, oleh itu terdapat sebuah masjid besar yang tersegam indah yang digunakan oleh umat Islam di sini. Ia juga sering menjadi persinggahan para pelancong yang mengembara dari Malaysia.Jika mempunyai kesempatan, singgahlah solat The Central Mosque of Songkhla untuk merasai pengalaman berbeza. Jangan lupa untuk bergambar di tasik buatannya ya?
19. Dim Sum Chabura
Salah satu tempat makan Halal di Hatyai yang popular adalah Dim Sum Chabura.
Sentiasa menjadi tumpuan orang ramai terutama orang Islam kerana semua
hidangan yang disediakan adalah Halal.
Buat peminat di sum, kami yakin anda akan rambang mata banyak pilihan yang
ada. Sedap dan murah. Nak order pun senang, cuma ke meja mereka dan pilih
hidangan yang anda nak. Mereka akan beri nombor dan hantar segala pesanan ke
meja sebelum semua dim sum itu dikukus.
Menu lain yang ada di sini adalah tomyam, masakan panas, somtam, dan pencuci
mulut seperti pulut mangga.
Usah risau, kerana majoriti pekerjannya fasih ber Bahasa Melayu.
Waktu operasi: 6 am - 2 pm
20. Central Festival Mall
Pusat membeli belah yang yang menjadi tempat shopping di Hatyai. Bertaraf antarabangsa dan memiliki pelbagai premis perniagaan. Sebut sahaja apa yang anda nak pasti boleh ditemui di sini. Dari butik berjenama, pasaraya, gajet, pusat hiburan, ice skating, dan food court, dan restoran rangkaian.Saya berkesempatan berkunjung ke Central Festival. Sempat juga tengok wayang The Hunger Games Mockingjay Part 1. Hehe.
Alamat: Chang Wat Songkhla 90110, Thailand
21. Songkhla Old Town
Bandar lama Songkhla ini mungkin kelihatan boring tetapi apa yang membuatkan ia menarik adalah bangunan-bangunan lamanya. Ia masih teguh berdiri dan masih digunakan hingga ke hari ini. Untuk menambahkan lagi keceriaan kawasan, dinding lorong belakang bangunan usang dijadikan mural.Pelbagai lukisan menarik yang menceritakan keunikan dan identiti Songkhla. Bandar yang dulunya sepi kini bernyawa dengan kehadiran orang ramai khususnya pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar.
Jika anda seorang yang mementingkan kontent Instagram, street art di Songkhla Old Town ini adalah tempat yang wajib singgah!
Alamat: Raman, Tambon Bo Yang, Amphoe Mueang Songkhla, Chang Wat Songkhla 90000, Thailand.
22. Santisuk Market
Tempat shopping murah di Hatyai yang seterusnya adalah Santisuk Market. Ia merupakan kawasan membeli belah yang agak popular di kalangan pelancong. Ratusan jenis kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Dari pakaian, aksesori, gajet, dan banyak lagi.Untuk kaum wanita yang bercadang nak beli handbag murah di Hatyai, di sinilah tempatnya. Banyak kedai yang menjual aksesori wanita termasuklah secara pukal. Lokasinya cuma 800 meter dari Kaitod Decha.
Alamat: Nipatuthit 2 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
23. Siam Art Gallery
Untuk pencinta seni, luangkan masa untuk melawat Siam Art Gallery di Kho Hong. Galeri seni ini menempatkan ratusan lukisan serta item berasaskan seni untuk tatapan umum. Ia bukan sekadar lukisan dan ukiran biasa, tetapi setiap satunya mempunyai nilai kebudayaan dan seni Thailand.Alamat: Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
24. Hat Yai Observatory
Terletak berdekatan Hatyai Municipal Park, Balai Cerap ini dibukan secara percuma kepada orang ramai untuk mempelajari tentang angkasa lepas. Lokasinya yang terletak di atas bukit amat sesuai sekali untuk aktiviti ini.Apa yang boleh anda lihat di Hat Yai Observatory adalah informasi berkaitan galaksi, sistem solar, berserta dengan ilustrasi menarik.
Kalau anda seorang yang gemarkan sains dan angkasa lepas, anda pasti akan dapat membawa pulang ilmy baharu.
Harga tiket: Percuma
Alamat: Kanchanawanit, Hat Yai, Thailand 90110
25. Khao Chaison Hot Spring
Syok betul bercuti di Hatyai! Kolam air panas pun ada! Terletak di atas Bukit
Chaison, kolam air panas di sini bakal memberikan pengalaman baharu kepada
anda. Kita semua tahu yang kolam air panas mampu merawat lenguh dan sakit
sendi.
Kolamnya agak luas dan dibina seakan lagoon untuk menambahkan lagi keceriaan
kawasan. Memang seronok kalau dapat berendam. Tempat persalinan juga
disediakan. Kalau tak nak berendam, anda boleh ambil angin di sekitar kawasan
sebab landskapnya memang indah.
Apa kata anda datang ke sini setelah penat pengembara. Bukan itu sahaja,
memandangkan hot spring ini terletak di atas bukit, pemandangannya cukup luar
biasa.
Harga tiket:
Percuma
26. Big C
Siapa tidak suka akan snek atau kudapan dari luar negara? Jika anda ke Hatyai
terdapat satu tempat khas untuk anda beli aneka jenis snek dari Thailand iaitu
di Big C!
Big C merupakan sebuah pasaraya yang mengumpul pelbagai jenis snek, coklat,
manisan, minuman, aneka keropok dari Thailand. Banyak sangat pilihan makanan,
pasti rambang mata dibuatnya.
Inilah masanya untuk anda beli buah tangan untuk dibawa pulang. Pastikan juga
anda perhatikan label Halal ya?
Alamat: Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand
27. Princess Maha Chakri Sirindhorn Natural History Museum
Namanya agak panjang dan sukar untuk disebut. Pelancong asing hanya
menggelarkannya sebagai Natural Museum. Muzium ini yang merupakan sebahagian
daripada Universiti Songkhla ini menempatkan ribuan item dan artifak
berasaskan haiwan, alam semula jadi dan sains.
Muzium ini menempatkan lebih daripada 25,000 jenis spesimen tumbuhan dan lebih
daripada 35,000 spesimen haiwan.
Pamerannya juga menarik, informative, dan membuakan pengunjung seronok
mempelajari benda ilmu baharu. Sebuah tempat yang menarik untuk menimba
pengetahuan am.
Harga tiket: 30 Bhat
28. Big Bee Farm
Tempat menarik di Hatyai yang seterusnya adalah ladang lebah Big Bee Farm.
Kawasan menternak lebah sentiasa menerima kehadiran pelancong kerana agak
sukar untuk kita melihat haiwan ini dengan dekat.
Kesemua pameran di persembahkan dalam cara yang unik dan berkualiti. Ini
adalah supaya pengunjung lebih berminat dan memahami info yang ingin
disampaikan.
Di sini, pengunjung berpeluang mempelajari tentang lebah dan bagaimana madu
lebah diproses. Malah, anda juga dapat menyaksikan bagaimana madu lebah
dikutip. Jangan lupa untuk beli madu asli di sini sebagai buah tangan.
Waktu operasi: 10 am - 5 pm
29. Kilang Gajus Ranu Kohyo
Kilang Gajus ini juga mendapat sambutan hangat dari kalangan pelancong. Yelah,
kacang gajus memang sedap dijadikan sebagai kudapan bukan? Namun harganya di
Malaysia sangat mahal sekitar RM60 untuk 1kg.
Kalau anda penggemar kacang gajus, datanglah ke Ranu Kohyo kerana anda boleh mendapatkan snek ini pada harga rendah. Bukan sekadar gajus, pelbagai jenis snek seperti kacang pedas, kacang tumbuk, jeruk, kerepek, dan mi segera juga boleh didapati di sini.
Waktu operasi: 10 am - 5.30 pm
30. Nora Plaza
Terletak berdekatan dengan Ranu Kohyo, Nora Plaza adalah tempat terbaik kalau
anda bercadang untuk membeli pakaian, aksesori, dan barangan kulit.
Ramai juga yang menjadikan Nora Plaza sebagai tempat beli handbag murah di
Hatyai.
Waktu operasi: 8 am - 6 pm
31. Tangkuan Hill
Rugi kalau bercuti di Hatyai tetapi tidak berkunjung ke Bukit Tangkuan. Tidak
jauh dari Samila Beach, dari puncak Tangkuan anda boleh melihat pemandangan
seluruh bandar Songkhla. Termasuklah Pulau Kucing dan Pulau Tikus yang boleh
dilihat dari jauh.
Usah risau, anda tidak perlu mendaki untuk ke puncak kerana lift sudah
tersedia untuk orang ramai.
Pemandangan dari puncak bukit sungguh mengasyikkan. Ditambah pula dengan
pelbagai kemudahan yang terdapat di atas sana. Kawasan 'love locks' turut
disediakan, untuk mereka yang ingin mengukir kenangan menggunakan mangga kunci
ala-ala di Paris
Harga tiket lift: Dewasa 30 Baht | Kanak-kanak 20 Baht
32. Songkhla Zoo
Zoo Songkhla memang sangat menarik dan berbaloi untuk dilawati bersama keluarga. Pamerannya berkualiti dan keadaan zoo ini juga bersih dan terurus. Kalau nak tahu, zoo ini membenarkan pengunjung memandu di dalam kawasannya. Ini kerana zoo ini terlalu luas.
- Persembahan haiwan pada waktu tertentu
- Kawasan yang luas, terjaga dan bertaraf antarabangsa
- Ribuan binatang dari pelbagai spesis termasuklah haiwan liar
- Mini waterpark tanpa bayaran tambahan
Menariknya Songkhla Zoo mempunyai sebuah taman tema air. Rupanya ada juga
tempat mandi di Songkhla. Nak mandi di sini percuma, tetapi kena patuhi kod
pakaian.
Harga tiket: Dewasa 350 Baht | Kanak kanak 12 Baht
33. Kaito Meena
Nasi komok paling popular di Hatyai yang terletak di Kim Yong Market! Penangannya memang hebat. Sampai ada yang sanggup beratur panjang untuk menikmati nasi dan ayam goreng Thai ni. Nasinya lembut dan cukup rasa. Manakala ayam speciallnya rangup di luar, juicy di dalam.
Nasi komok ni takde kuah tau, sebab nasinya dah cukup rasa. Sedap dimakan bersama sos istimewa dan ayam goreng. Selain nasi komok, mereka juga dah ada menu lain seperti kerabu mangga, pulut ayam, hotdog/fishball goreng, dan aneka minuman yang viral.
Ramai yang cakap Kaitod Meena ni lagi sedap dari Kaitod Decha. Korang kena cuba sendiri.
Waktu operasi: 10 am - 6 pm
34. Preem Import Hatyai
Penggemar kasut bundle, korang wajib ke Prim Import Hatyai ni tau. Kasut bundle pelbagai jenama dijual dengan harga yang amat berpatutan. Malah, kesemuanya masih dalam kondisi terbaik.
Harganya bermula dengan sekitar 299 bhat sahaja. Anda boleh pilih dari kasut sukan, sandal, flip flop, kasut kanak-kanak, kasut futsal, dan banyak lagi. Kasut baru pon ada tau.
Waktu operasi: 11 am - 10 pm
Hotel murah di Hatyai
Bercakap tentang penginapan pula, banyak hotel murah di Hatyai yang boleh anda pilih. Murah, tetapi selesa tau. Maklumlah, bandar tarikan pelancong.
Untuk penginapan yang selesa dan bajet bawah RM200, saya cadangkan anda
hotel-hotel di bawah.
V.L Hatyai Hotel
Hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di tengah-tengah bandar Hatyai ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding hotel lain setarafnya. Iaitu dekat dengan banyak tempat shopping dan restoran halal.
Dekorasi dalaman hotel ini biasa sahaja. Tetapi selesa, bersih, dan dipadankan
dengan katil empuk.
Jarak dengan tempat menarik:
- Hatyai Municipal Park - 6 km
- Hatyai Magic Eye 3D Museum - 2.4 km
- Central Festival Mall - 3.4 km
- Floating Market - 6.5 km
Harga bilik Tonaoi Grand Hotel: RM112 - TEMPAH DI SINI
Casa 33 Hatyai
Hotel yang viral di Tiktok, terkenal dengan dekorasinya yang aesthetic dan menawan.Tema putih dan beige di Casa 33 ini membangkitkan rasa tenang sewaktu menginap di sini.
Setiap sudut hotel ini cantik dan boleh anda jadikan spot OOTD. Ada vibe romantis, sesuai kalau anda plan nak honeymoon di luar negara. Harganya pun amat berpatutan.
Kemudahan:
- Swimming pool
- Restoran
- Wifi
Harga: RM170 | TEMPAH DI SINI
FAQs
Tempat menarik di Hatyai waktu malam?
Hatyai meriah tanpa mengira waktu. Bandar ini sentiasa hidup baik dengan aktiviti penduduk tempatan mahupun pelancong. Asean Night Market, Kim Yong Market, Greeway Food Station, dan Khlong Hae adalah antara lokasi meriah di sini. Anda boleh rujuk - Tempat Menarik di Hatyai Waktu Malam
Tempat menarik Hatyai untuk muslim?
Oleh kerana sebahagian besar penduduk tempatan Hatyai beragama Islam, maka
banyaklah lokasi mesra muslim yang boleh anda kunjungi. Malah, majoriti
restoran di bandar ini diusahakan diusahakan oleh orang Islam dan Halal.
weols pernah pergi songkla dan hatyai tahun 2012 kut..dah lupa..sempat pergi float market dengan samila beach jer..mmg nak pergi lagi ni tapi tu lah kengkangan masa..nak pergi semua tempat menarik tu bestnya
BalasPadamHaatyai memang ada duduk kemas je dalam travel wishlist..ntah bila nak check out..hahaha..memang selaku baca pengalaman blogger lain..semua bagi review yg bagus tentang haatyai...eh...bila la dpt pergi ni...
BalasPadamBagusnya list ni... sempat gi beberapa
BalasPadamTpt shj je . Pernah perfi yg boat terapung sahaja . Baguslah you buat list mcm ni .. nnt confirm nak refer bali blog you kalau nak pi
Bestnya gi sana. Memang plan tahun ni untuk kesana juga. Artikel ini memang sangat membantu. Banyak tempat menarik yang boleh kita lawati. Tak cukup kalau datang beberapa hari je ni kan. hihi
BalasPadamSememangnya Thailand antara tempat tumpuan kalau nak bercuti kan. Kat sana memang terkenal dengan makanan. Shopping tak sangat tapi habis dekat makanan
BalasPadamIts been a long time already since i been to hatyai and songkhla. Looks like lot of things have changed. I should plan a trip there soon to visit all this.
BalasPadamBanyak betul tempat menarik dekat hatyai ni. kalau ikutkan nak pergi semua, 2 3 hari memang tak cukup ni
BalasPadamFuh!!!! banyak jugak tempat menarik di SOngkla and hatyai ya. Plan nak ke hatyai tahun lepas, tapi ni dah masuk tahun baru maka tatau la bila nak pergi ni,hhehe...
BalasPadamYesszaa... Songkla Hatyai memang tempat pelancongan yang menarik. Alhamdulillah tahun lepas December berkesempatan cuti cuti jalan jalan cari makan dan me time kat sana. Seronok! Ada rezeki nak pegi lagi
BalasPadamBiar betul banyak nya tempat menarik dan mesti kena pergi kalau ker sana hehehe kita ada yang pernah pergi ada yang tak pernah cuma ikan duyung tu kita pernah sampai tapi sekarang dah pecah patung tu hehehe kena boom sian....
BalasPadamWow...tak tahu pulak banyaknya tempat yang boleh kita pergi kat hatyai dan songkhla kan? Cuti nanti, bolehlah bawa anak-anak pergi ke sana.
BalasPadamWalaupun sis dah ke Hatyai dlm 3 4 kali tapi banyak jugak tempat dlm list ni sis belum pergi. Nampak gaya kena simpan list ni..boleh jadikan rujukan kalau satu hari sis ke sana lagi
BalasPadamRawlins pun dah sampai ke Hatyai tapi tak sempat nak enjoy lokasi-lokasi tu semua. Sempat la nak melawat sikit-sikit tapi tak semua tempat sempat jalan.
BalasPadamWoww! The list is so good. Tak pernah sampai dua-dua tempat ni, so boleh bookmark ni as guide ni. Thanks a lot sharing!
BalasPadamtak pernah sampai Hatyai lagi. banyak betul tempat menarik kat sana. boleh masuk dalam list jalan2 tahun ni.
BalasPadamthanks for sharing! now i know where to go if i happen to go hatyai. i have not been there yet, just dropped by when we went to koh lipe.
BalasPadamFuh banyak gila list tempat menarik kat sana. Ada yg pernah smpi, tapi kebanyakan baru tahu psl tmpt2 ni..
BalasPadamBanyak rupanya tempat menarik. Semunya best dan hebat. Bolehlah menabunh untuk ke sini. Tq for the info. Senang nak rujuk bula nak bercuti ke sini
BalasPadamBestnya gi hatyai..kak minlom pernah gi sana. Tq utkinfo ni so next time leh jadikan rujukan
BalasPadamdah pergi Hat Yai tahun lepas untuk trip 2 hari satu malam. Memang tak cukup nak cover semua, boleh la repeat ikut list ni.
BalasPadamwah wah wah..banyak betul tempat yang menarik. tak sampai lagi ni. hehehe
BalasPadam