Myvi Baru 2018 - Gambar, Harga & Specs. Produa secara rasminya mengumumkan Myvi generasi ketiga yang serba baru, ciri lebih menarik, selesa, dan bergaya. Tempahan Myvi baru ini telah dibuka dengan harga bermula RM44,300 tidak termasuk insurans.
Rupa keseluruhan model Produa Myvi 2018 telah pun didedahkan pada hari pelancaran iaitu pada 16 November 2017.
Menurut Produa, rekaan terbaru ini lebih panjang, lebar, dan hadir dengan banyak ciri baru berbanding Myvi generasi sebelum ini. Namun dalam masa yang sama mengekalkan keselesaan dan luas supaya selesa dan praktikal untuk semua golongan.
Baca: Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2018
Rekaan luaran dan dalaman diberi nafas baru yang tampak lebih segar berserta logo yang mempunyai sentuhan futuristik.
Apa yang menjadi perhatian adalah ia hadir dengan Advance Safety Assist (ASA) iaitu bantuan pemanduan keselamatan yang terdiri daripada empat sistem berbeza – Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB) (mirip kepada autonomous emergency braking, AEB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC).
Myvi Baru 2018 - Gambar, Harga & Spesifikasi
Bagi model terbaru ini, Produa Myvi 2018 menawarkan LIMA varian dengan harga yang berbeza.
- 1.3 Standard G (transmisi manual): RM44,300
- 1.3 Standard G (transmisi auto): RM46,300
- 1.3 Premium X (transmisi auto): RM48,300
- 1.5 High (transmisi auto): RM51,800
- 1.5 Advance (transmisi auto): RM55,300
Pelanggan akan ditawarkan dengan enam pilihan warna iaitu:
- Ivory White
- Glittering Silver
- Mystical Purple
- Lava Red
- Peppermint Green (enjin 1.3L) dan Granite Grey (enjin 1.5L).
Baca: Padam Mesej Tersilap Hantar di WhatsApp
Gambar Myvi Baru 2018
Gambar Interior Myvi 2018
Walaupun perincian enjin masih belum diumumkan, rata-rata peminat dunia automotif tempatan cukup teruja dengan model terbaru Myvi ini sehingga video promosi menjadi trending di dalam Youtube.
sumber: HMetro
Entri sebelum ini - Ulasan Stranger Things Season 2Terima kasih kerana membaca Myvi Baru 2018 - Gambar, Harga & Spesifikasi
MYVI baru dah keluar lagi tampilannya luar biasa dan sangat menarik
ReplyDeleteCantiknyaaaa.. Harga pun takde lah mahal sangat. Terbaikk
ReplyDeleteMesti ramai yang dah buat tempahan ni
ReplyDeleteCantik la MYVI baru ni. Kaler lava red tue jadi pilihan hihi..
ReplyDeleteapa yang penting, dah booking..hehehe
ReplyDeletePergh merecik ! Rasanya kena la buat tempahan sekarang.. Harga pun berpatutan dan menarik
ReplyDeleteTidak dinafikan amat menarik..memang teruja tengok
ReplyDeleteJalan-jalan sini dan follow
ReplyDeletehttps://itsnurulnajihah.blogspot.my/
memang inovasi terbaik dari myvi sebelumnya..harap tiada kes kecelaruan mental lagi lepas ni..kereta dah canggih ni..ala ala golf pun ade
ReplyDeletenampak sophisticated myvi baru ni. knp lah tak keluar masa ana beli myvi dulu. huhu
ReplyDeleteJust another cool car. Jazz hybrid lookalike i think.
ReplyDeleteThe interior of Perodua Aruz is just perfect. And so as the Perodua Aruz
ReplyDeleteIncorrect:The interior of Perodua myvi is just perfect
Deletekalau Myvi 2018 ni dibandingkan dengan Myvi 2022 yang baru, yang mana lebih berbaloi nak beli?
ReplyDelete