Tempat Shopping Murah di Hatyai

21
Tempat Shopping Murah di Hatyai | Selain ingin menghabiskan hujung minggu bersama keluarga dengan melihat budaya Selatan Thailand, membeli belah adalah salah satu faktor mengapa rakyat Malaysia gemar bercuti di Hatyai.

Saya dah kongsikan lebih 30 tempat menarik sekitar Hatyai, anda boleh rujuk di artikel 32 Tempat Menarik di Hatyai dan Songkhla. Hatyai juga boleh dikatakan sebagai syurga membeli belah. Segala macam barangan boleh anda temui di daerah ini. Malah, harganya yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia menjadi pendorong orang ramai untuk shopping di sana.

Ada juga yang mengambil peluang beli secara borong untuk dijual secara online.

Melalui artikel ini, saya akan kongsikan tempat shopping di Hatyai yang boleh anda terjah sekiranya berpeluang bercuti di daerah paling selatan di Thailand ini.


Tempat Shopping Murah di Hatyai


#1 Greenway Night Market


Dah nama pun night market, sudah tentulah banyak barangan menarik yang dijual di sini. Anda boleh mendapatkan pakaian baru dan bundle, aksesori, handbag, kasut pelbagai jenama, tudung, dan banyak lagi.


Kalau nak berbelanja murah di Hatyai, pastikan anda berkunjung ke sini. Memang murah! 

Selain itu makanan turut dijual. Tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal di Hatyai. Di Greenway Night Maket, banyak sekali makanan minuman halal. Anda cuma perlu cari gerai yang memaparkan logo halal ataupun penjual yang berhijab.

Mereka juga boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Senang untuk anda tawar menawar.

Waktu operasi: 5 pm - 10 pm | tutup pada Isnin
Alamat: 1406/4 ถนน กาญจนวณิชย์ Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#2 Asean Night Bazaar


Konsepnya sama seperti pasar malam tetapi ia lebih gah, luas, dan terdapat ratusan gerai menarik. Banguna dua tingkat ini memang akan menyerikan malam anda di Hatyai.


Mana tidaknya, tingkat bawah dikhaskan untuk barangan seperti pakaian, aksesori, kasut, gajet, dan bermacam-macam lagi. Ada juga yang dijual secara pukal. Jadi ramailah rakyat Malaysia yang mengambil peluang shopping di sini.


Tingkat atas pula adalah ruang untuk makanan sahaja. Menariknya, majoriti gerai menjual makanan halal. Mesti anda rambang mata melihat kepelbagaian makanan, minuman, dan snek yang dijual. Jangan lupa untuk cuba Thai tea ya? Ia seperti teh air, teyapi lebih pekat dan menyelerakan.

Asean Night Bazaar ini adalah salah satu tempat menarik di Hatyai, rugi kalau anda tak ke sana.

Waktu operasi: 3 pm - 10.30 pm | tutup pada Isnin
Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#3 Kim Yong Market


Tempat shopping di Hatyai yang seterusnya adalah Kim Yong Market. Terletak di tengah-tengah bandar Hatyai, Kim Yong menjadi tempat shopping murah di Hatyai dek kerana kemeriahan dan kepelbagaian barangan yang dijual. Bukan sekadar gerai, bahkah banyak premis menarik yang boleh anda tuju.


Sebut sahaja apa yang anda inginkan, pakaian, aksesori, mainan, makanan halal? Semuanya boleh anda temui di Kim Yong Market. Ia juga terkenal sebagai lokasi untuk membeli handbag murah di Hatyai. Memang berbaloi-baloi!


Saya sendiri pernah ke sana, boleh sesat dibuatnya. Tapi puas hati, tshirt, jeans, handbag semua murah. Di sinilah tempat terbaik untuk anda beli cenderamata seperti keychain atau fridge magnet.

Kim Yong Market beroperasi dari awal pagi lagi. Banyak barang basah dan runcit di siang hari, manakala tempat ini bertukar meriah pada waktu malam. Ia juga terkenal sabagai tempat menarik di Hatyai waktu malam dek kerana kemeriahannya. 

Waktu operasi: 6 am - 6 pm
Alamat: Supasarnrangsan Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#4 Central Festival Mall


Nak ke tempat shopping bertaraf antarabangsa? Singgahlah ke Central Festival Mall. Sama seperti malll di Kuala Lumpur, Central Festival menempatkan ratusan premis menarik. Butik berjenama, kedai gajet, restoran rangkaian, dan tempat hiburan keluarga seperti panggung wayang.

Di sini turut menempatkan ice skating sama seperti yang terdapat di Sunway Piramid. Luas dan menyeronokkan untuk anda sekeluarga. Tiketnya murah sahaja, sekitar 400 bhat sahaja.


Oh ya, buat peminat kelab bola sepak Eropah, Manchester United, jangan lupa singgah ke MU Official Store untuk mendapatkan merchandise rasmi.

Waktu operasi: 10 am - 9.30 pm
Alamat: 1520 Kanjanavanich Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#5 Santisuk Market


Terletak di tengah-tengah bandar, bangunannya agak usang, tetapi masing banyak barang yang boleh anda temui di sini. Kalau anda mencari kain sutera Hatyai, di sinilah tempatnya. Selain itu, barangan seperti DVD, jam tangan, kosmetik, pakaian, barang berasaskan kulit, juga boleh didapati di sini.


Memang murah, jauh lebih murah sehingga 50 peratus dari di Malaysia.

Waktu operasi: 9 am - 7 pm
Alamat: นิ พั ท ธุ์, Nipatuthit 2 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#6 7 Eleven Thailand


Anda pasti pernah terbaca tentang makanan menarik di rangkaian kedai serbaneka, 7 Eleven. Jika anda berkesempatan ke Hatyai, kami sarankan anda singgah ke 7 Eleven. Ini kerana 7 E Thailand memang next level!



Kebanyakkan makanan di sini memang tidak dijual di 7 E Malaysia. Sangat menarik dan rata-rata yang pernah cuba mengatakan ia sangat murah dan sedap.

Benda wajib beli di 7E Hatyai
  • Susu Teapot
  • Susu Pisang Meiji
  • Roti
  • Burger segera
  • Pizza segera
  • Ramen / mi segera
  • Kopi
  • Hot Dog

Banyak lagilah makanan menarik yang dijual. Tetapi hati-hati, tak semua makanan halal. maklumlah, negara bukan Islam. Anda kena tengok paket makanan yang ada logo halal ya?


Tempat makan best di Hatyai


Selesai membeli-belah, perut pasti berkeroncong bukan? Saya senaraikan juga beberapa tempat makan halal dan sedap di Hatyai buat rujukan anda kelak.

Salma Halal Restaurant


Dibuka seawal jam 8 pagi, menyediakan hidangan Nasi Lemak Udang Goreng yang sudah menjadi signature restoran ini. Masakan panas dan ala Thai seperti tomyam, sotong telur masin dan kerabu mangga memang menyelerakan.

Alamat: Prachathipat Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

gambar: faraamusa.blogspot.com

Hamid Restaurant


Cukup popular dikalangan pelancong Muslim dan rakyat Malaysia. Hidangan seperti roti canai, roti pisang, memang sebijik macam kedai mamak! Cuba juga sup perut, Sotong Stim Limau & Cili Padi! Lokasinya tidak jauh dari Lee Garden Plaza.

Alamat: 73-75 Prachathipat Rd, ตำบล หาดใหญ่ Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Dimsum Chabura


Tempat makan menarik di Hatyai yang wajib anda kunjungi. Menyediakan hidangan dimsum dalam mangkuk kecil, tetapi banyak pilihan. Pasti rambang mata dibuatnya. Semuanya halal dan majoriti pelanggan adalah Melayu. Susah untuk mendapatkan meja, jadi anda kena bersedia!

Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Cukup tak 6 tempat shopping murah di Hatyai yang saya senaraikan di atas? Pastikan anda berkunjung kesemua tempat di atas. Bolehlah bandingkan harga. Atau anda ingin cadangkan lokasi lain? Kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

Catat Ulasan

21Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. teringin nak pergi sebab ramai kata best. lagipun i suka shopping dan makan-makan ni haha

    BalasPadam
  2. pantang betukl bila sebut shopping kat haatyai.. baru pergi last two months... shopping kat sana mmg murah and i spend less than in KL... hahahhaa... nak pergi lagilah

    BalasPadam
  3. I haven’t been to Hatyai. But I know is one the best shopping heaving in Southeast Asia. Good travelogue btw. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  4. Paling senang dan jimat shopping di 7 eleven guna bigpay card haha. Asean market tu boleh tahan byk pilihan mknn

    BalasPadam
  5. Rindu hatyai.
    Best! Teh tarik. Tomyam!
    Asean night bazar tu aida gi.
    Maybe aida bukan jenis shopping, so biasa2 jer. Makan eskrem teh tarik kat situ. Best!

    BalasPadam
  6. Lama gila x shopping dekat Thailand... Lepas kes puan isteri bising pasal asik ke Thailand je hahahah

    Thailand memang syurga membeli belah.. Cuma kena pandai tawar menawar dan tahu harga pasaran sesuatu barang...

    BalasPadam
  7. Wah mudahlah sesiapa nak pergi Hatyai, bleh singgah sini baca. Senang semua dah ada siap tempat makanan Halal. Belum sampai lagi ke sana, baru pernah ke Bangkok je. Ramai betul ornag kat pasar malam depa, kena hati-hatilah berjalan ye tak.

    BalasPadam
  8. Banyaknya tempat shopping murah kat Hatyai bestnya rasa macam nak pergi jer sana huhuhu kita tak pernah sampai lagi tahun depan plan untuk bercuti puas-puas wakakakak jom travel kita suka pergi tempat macam ni beli cenderamata hias kat rumah hehehehe..

    BalasPadam
  9. terima kash atas perkongsian ini..kalau ke hatyai nanti bolehlah singgah..terutaa loal food dan tempat shopping tu

    BalasPadam
  10. Bestnya tengok pasar diaorang..meriah ooo..nak sanagt pergi tapi belum ada rezeki lagi..harap ada masa dapat travel

    BalasPadam
  11. best nye ke hatyai... bila lah agaknya dapat sampai kan. plan plan je ni tapi belum beli tiket lagi

    BalasPadam
  12. Rindu nak makan2 n shopping kat Hatyai. Memang syurga shopping n makan kat sana. Bilalah nak kesana lagi tak tahu lah..tapi mmg ada perancangan nak repeat

    BalasPadam
  13. Sis dah ke Hatyai bulan lalu dan ya banyak tempat menarik di sana. Asean Night market memang murah baik makanan atau produk. Berbaloi beli.

    BalasPadam
  14. Fuhhhh banyak jugak tempat shopping yang menarik . Okey , masuk list lama dah terniat nak pegi Hatyai cuma belum kesampaian dek kesibukan koje . Insya Allah nak plan bawak family ke sana .

    BalasPadam
  15. Thank you for reccommending all these places. Mcm tahu2 je nk pergi ke hatyai dlm masa terdekat nie. Tgh survey2 tmpt2 mnarik

    BalasPadam
  16. Dah lama teringin nak pergi Hatyai ni. Siap plan dah dengan kawan. Tapi asyik postpone je. Tak sabar nak ke sana nanti.

    BalasPadam
  17. perasan Thailand pun suka jenama meiji (rasa cam jenama Jepun kan), dia buat aiskrim gulung pun guna susu meiji. syok

    BalasPadam
  18. best gi tempat orang...belajar budaya mereka. sekali panjang mcm dekat korea plak susu2 tu

    BalasPadam
  19. Syok pula baca.

    Kalau keluar dari Malaysia, memang kena cari tempat makan halal. Kalau mudah jumpa makanan halal memang bestlah berjalan. ��

    BalasPadam
  20. Nampak macam best.. tapi lebih bagus kalau ada hawa dingin yang sejuk semasa shopping

    BalasPadam
  21. Ada pak supir yg boleh direkomen?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top