Hidangan ini juga tampak istimewa dan memiliki aroma yang membangkitkan selera. Ia juga digelarkan sebagai 'Nasi Ayam Hainan Chinese Style.
Resepi ini simple sahaja dan tidak banyak beza dengan nasi ayam yang lain. Perbezaannya terletak pada cara memasak ayam di mana ia tidak digoreng, sebaliknya hanya dilumur kicap selepas direbus
Kalau anda makan di Chicken Rice Shop, ia boleh mencecah RM13 untuk 1 hidangan lengkap. Mahal bukan? Bayangkan kalau makan beramai-ramai. Berapa pula harganya.
Untuk itu, saya kongsikan resepi nasi ayam hainan sedap dan mudah ini. Resepi ini saya ambil dari saluran Youtube Limau Nipis dan resepi Che Nom yang telah kami sekeluarga cuba.
Resepi berkaitan:
- Resepi Nasi Ayam Madu Paling Sedap
- Resepi Nasi Ayam Sedap dan Padu
- Resepi Pancake Gebu
Untuk pengetahuan, resepi ini menggunakan ayam sebanyak 1/3 sahaja.
Bahan-bahan untuk masak nasi ayam
Bahan untuk rebus ayam / sup
Kaki ayam (kalau ada lebih bagus untuk membangkitkan aroma)
Ayam 1/3 sahaja
1/2 inci halia
Daun bawang
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 kiub ayam
Bahan untuk kicap
3 sudu besar kicap cair
1 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil gula
3 sudu besar air rebusan ayam
Bahan untuk nasi
Beras
1/2 senduk mentega
1 kayu manis
5 biji buah pelaga
Bunga lawang
2 helai daun pandan
1 batang serai
4 1/2 cawang air rebusan ayam
Garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 kiub ayam
Bahan untuk sos
4 biji cili merah
1 sudu besar cuka
Cili api (jika suka pedas)
Garam Gula
Air rebusan ayam
Bawang putih dan halia yang telah di tumbuk
Cara penyediaan
Untuk ayam
Bersihkan ayam, masukkan ke dalam airMasukkan bahan-bahan seperti halia daun bawang, garam, kiub ayam, dan minyak bijan
Rebus sehingga masak sepenuhnya
Setelah masak, keluarkan ayam sahaja, dan biarkan air rebusan.
Untuk kicap
Masukkan kesemua bahan-bahan yang disebut di atas seperti kicap cair, bawang putih, minyak masak, minyak bijan, gula, dan air rebusan ayam.
Kicap ini digunakan untuk 2 tujuan iaitu untuk dilumur pada ayam yang telah direbus, dan untuk dimakan bersama nasi kelak.
Lumurkan pada ayam yang telah direbus tadi, dan biarkan seketika.
Untuk nasi
Panaskan mentega di dalam di dalam periuk nasi
Masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk
Masu
Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, garam, serbuk kunyit, kiub ayam, dan daun pandan
Masukkan beras yang telah dibasuh
Masukkan air rebusan ayam (mengikut anggaran masak nasi seperti biasa)
Untuk sos
Kisar cili merah, cili padi, bawang putih & halia, garam, gula
Setelah siap dikisar, renih dengan api perlahan supaya cili masak
Masukkan air rebusan ayam dan cuka
Renih sehingga mendidih
Siap! Anda boleh titiskan kicap ke atas ayam sekali lagi sewaktu hidangan, barulah sama seperti resepi nasi ayam hainan Ipoh. Hehe! Hidangkan sup, sos, kicap, dan hiaskan dengan salad, timun, serta tomato. Semoga bermanfaat.
Yummy! Sama sudah saya x makan recipe nasi ayam hainan. Thank you for sharing this recipe ya.
BalasPadamResepi nie Rawlins boleh share dengan adik nie. Dia suka mempelbagaikan resipi masakan agar anaknya tak bosan dengan menu harian.
BalasPadamNampak menarik resepi ni. Biasa saya buat ayam goreng je untuk nasi ayam. Boleh cuba ni stail Hainan pula.
BalasPadamYummy. Nampak sedap menu ni. Boleh cuba buat nanti dekat anak
BalasPadamthanks sebab share resepi. nanti hujung minggu nt boleh cuba :)
BalasPadamRumah ni jarang buat Hainan, selalu buat goreng madu tu, nanti nak cuba gak lee yang resepi ni..
BalasPadamSaya pernah masak Nasi Ayam Hainan beberapa kali sendiri tapi...ntah la.. nak juga cari yang kat luar... maybe nak kena test resipi baru... saya try yang ni nanti...
BalasPadamsuka sangat makan nasi ayam tapi bab nak masak tu malas sikit sebab bahan dia banyak haha
BalasPadamMenarik resipi ni. Boleh cuba gaya sihat punya. Alang2 esok dh cuti , nak try la. Eh nak mintak tlg wife masak sekali huhu
BalasPadamwah lepas ni boleh buat sendiri nasi ayam, tak payah pgi tcrs dah :)
BalasPadamTengah pening2 nak masak lunch apa esok nasib jumpa resepi ni senang je
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian resepi ini.. Ptg nie boleh la masak nasi ayam hainan utk anak2..
BalasPadamNak try la masak resepi ni. Terima kasih sharing.nampak sedap tu.
BalasPadamnampak menarik la. nanti saya cuba. thanks ya sharing resepi sedap
BalasPadam