Cara Naikkan Sales di Shopee

5

Cara Naikkan Sales di Shopee | Mana-mana peniaga mahu perniagaan mereka laris. Termasuklah berniaga secara atas talian. Shopee merupakan salah satu platform yang paling popular sekarang ini. Kalau anda salah seorang peniaga Shopee, dan nak lariskan jualan. Baca artikel ini sampai habis.

Saya akan tunjukkan beberapa cara naikkan sales di Shopee supaya barang yang anda jual menyerlah di mata pelanggan. Tips mudah ini telah diamalkan oleh rata-rata peniaga Shopee.

Baca: Cara Berniaga di Tiktok


Kalau rasa bisnes Shopee anda sendu tanpa pembeli, cuba buat teknik mudah ini.

1. Guna Shopee Free Shipping Program


Nah, ini adalah salah satu teknik paling penting dalam melariskan jualan. Melalui program ini anda dan pelanggan tidak perlu menanggung kos penghantaran.

Banyak kelebihan program ini. Selain pendaftaran percuma, anda juga tidak perlu beratur di pejabat pos. Boleh pilih kurier kegemaran seperti PosLaju, DHL, dan J&T.  Sesudah mendaftar, logo "Free Shipping" akan tertera pada produk.


Saya dan cerita dengan detail dalam artikel -  Cara Daftar Free Shipping Shopee.

Cuma, anda kena beli printer untuk cetak Waybill. Shopee banyak printer murah dan berkualiti seperti:

+ Canon E410 All in One Printer (RM229) - https://invol.co/clnwgl
+ HP Printer 2135 Deskjet Ink All In One Printer (Print, Scan, Copy) (Include Ink) (RM239) - https://invol.co/clnwgr

Kalau pelanggan tahu anda menawarkan penghantaran percuma, sudah tentu mereka berminat untuk beli produk anda.

2. Guna tajuk produk yang 'mengundang'


Menggunakan ayat mengundang, berhuruf besar, dan emoji, boleh menarik minat pelanggan. Huruf besar dan disertakan dengan emoji letupan akan lebih menyerlah di mata mereka.

Ini membuatkan pelanggan akan tertumpu kepada produk anda berbanding seller lain.

Guna ayat seperti:
  1. 🔥HIGH QUALITY BENGKUNG MODEN 3 IN 1
  2. 📣 PROMO‼ PROMO‼ 🔥BLUETOOTH EARPHONE I12 TWS🔥 READY STOCK IN MALAYSIA!!
  3. [READY STOCK & FREE POST] Rosa Glow Treatment Essence by Kayman Beauty
  4. 💥Ready Stock 💥 3 ply disposable face mask !
  5. 🔥HOT SALE🔥Matte Lip Tint Moist Cream Velvet Lipstick


Cara berniaga di  Shopee yang terbaik mestilah pandai bermain dengan ayat untuk menarik pelanggan.


3. Sebarkan produk dan kedai Shopee anda di media sosial

Betapa ramainya pelanggan yang mahu membeli dan mereka sering mengutarakan hasrat di media sosial. Jadikan ini sebagai salah satu bonus.

Apa yang anda perlu lakukan adalah search nama produk anda di media sosial seperti Twitter atau Facebook. Contohnya anda jual produk skincare Kayman. Search produk tersebut dan reply tweet sesiapa sahaja yang berminat tentang produk Kayman.

Anda boleh lihat seperti gambar di bawah.


Nyatakan kelebihan barang yang anda jual berbanding yang lain seperti free shipping atau lebih murah. Sertakan link kedai Shopee anda. 


4. Guna gambar yang menarik perhatian

Gambar yang anda guna haruslah menggambarkan kehebatan produk. Guna foto yang jelas. Lebih bagus kalau anda boleh edit gambar dengan memasukkan logo-logo seperti 'Hot Item' atau '100% Original" dan lain-lain.

[Baca] Cara Jual Barang di Shopee

Edit gambar supaya ada border dengan warna terang. Masukkan juga logo kedai anda kalau ada. Little things seperti ini sebenarnya boleh menarik pelanggan kerana barang yang anda jual tampak menyakinkan.


5. Buat Shopee Ads

Apa itu Shopee Ads? Lebih kurang seperti FB ads. Ia adalah perkhidmatan berbayar yang membolehkan produk anda berada di carian teratas.

Contohnya seperti gambar di bawah.


Produk yang tertera logo 'Ad' adalah seller yang menggunakan fungsi ini. Sangat berkesan di mana produk anda adalah yang pertama dilihat oleh pelanggan. Secara tidak langsung kemungkinan untuk membeli barangan anda adalah tinggi.

Paling best, anda hanya dikenakan bayaran setiap kali produk diklik dan bukannya mengikut tempoh tertentu. Murah!


6. Jual barang dropship di Shopee

Dropship adalah kaedah yang paling mudah untuk jual barang di Shopee. Anda tidak perlu simpan stok atau pos barang kepada pelanggan. Itu semua akan diuruskan oleh supplier.


Apa yang perlu anda buat adalah meletakkan barang di kedai Shopee. Masukkan gambar, diskripsi produk, dan letak harga barang sedikit tinggi berbanding harga modal.


Keuntungan 100 peratus hak anda. Mudahkan? Saya dah terangkan cara-caranya dalam artikel - Cara Jual Barang Dropship di Shopee.


7. Buat diskaun

Siapa tak suka diskaun bukan? Pelanggan pasti rambang mata bila lihat barang yang mereka idamkan ada potongan harga. Cara buat diskaun di Shopee ini mudah sahaja.

Login ke akaun - Seller Center. Isi nama promosi dan tempoh diskaun berjalan. Kemudian pilih produk manakah yang akan mendapat diskaun. Letakkan pula jumlah diskaun. Secara automatik harga barang-barang yang telah anda pilih telah telah turun mengikut diskaun yang anda tetapkan tadi.

Ini adalah salah satu cara meningkatkan jualan di Shopee yang paling berkesan!

Baca: 8 Tips Berniaga di Shopee

 

8. Boost Now

Jangan sia-siakan tools percuma ini. Boost Now adalah di mana Shopee akan meletakkan produk anda di bahagian atas supaya mudah dilihat oleh pelanggan. Anda dibenarkan boost 5 barang dalam satu masa, dan ia akan berjalan selama 4 jam sahaja.

Caranya mudah sahaja, cuma ke 'Me' > 'My Shop' > pilih barang yang ingin promosikan > tekan  'Boost Now'.


Oleh kerana ia cuma berjalan selama 4 jam, cari waktu panas di mana pelanggan lebih terdorong untuk browse Shopee okay? Kalau selama ini anda tertanya cara menaikkan barang di Shopee supaya mudah dilihat, inilah tekniknya!

Ini cuma sikit tau. Banyak lagi cara dan teknik yang perlu anda lakukan. Contohnya tentang cara-cara buat voucher, cara buat shocking sale Shopee, dan senarai supplier dropship yang boleh dipercayai. Semua itu anda boleh rujuk - Panduan Bisnes Shopee.

Kalau sales anda slow, boleh rujuk panduan tersebut okay?

Artikel berkaitan:
+ Cara Pos Barang di Shopee
+ Cara Jadi Dropship Shopee Malaysia
+ 7 Kelebihan Jual Barang di Shopee

Semoga artikel cara naikkan sales di Shopee ini bermanfaat dalam membantu anda untuk menjana keuntungan.

Catat Ulasan

5Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Sudah ada akaun shopee tapi belum benar-benar aktif. Lepas PKP ni kena tengok balik macam mana.

    BalasPadam
  2. Ramai juga rakan-rakan sperjuangan sudah mula menjual di Shoppe

    BalasPadam
  3. Jemput singgah di Shopee saya . https://shopee.com.my/syahindah170714?smtt=0.0.9

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dah follow awak ..nanti awak siggah la

      Padam
  4. Jemput singgah di Shopee saya . https://shopee.com.my/syahindah170714?smtt=0.0.9

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top