10 Toner Untuk Kulit Kering di Watsons

0

Fungsi utama toner adalah untuk menghilangkan kotoran berbaki selepas mencuci muka. Selain itu toner menyeimbangkan kelembapan dan pH kulit agar mudah untuk serap serum dan moisturizer pada langkah seterusnya. 

Keperluan pemakaian toner masih lagi didebatkan. Ia tidak seperti cleanser, moisturizer, dan sunscreen yang wajib dipakai setiap hari. Namun kalau ia bagus untuk kebersihan dan kecantikan kulit, why not kan? 


Untuk kulit kering, pilih toner yang jenis melembapkan kulit agar natural moisture tidak hilang. 

Saya senaraikan beberapa toner for dry skin yang boleh anda dapati di Watsons. Maklumlah, produk yang dijual di drugstore ini lebih berkualiti dan selamat. Saya sertakan juga link pembelian supaya anda boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah. 

1. Hada Labo Premium Lotion

Seperti yang kita tahu, produk Hada Labo memang best dan berkesan. Oleh kerana produk ini dari Jepun, mereka panggil toner as 'lotion' okay?

Dari segi ingredients, toner ini ada 7 jenis hyaluronic acid yang terkenal dengan fungsi melembap yang efisyen. Kulit jadi lembut dan tidak melekit. Sesuai pakai 2 kali sehari untuk pastikan kulit kekal lembap. 

Harganya agak mahal, elok beli masa tengah promotion atau cuba trial bottle. 

Harga: RM46

Beli di sinihttps://invl.io/clkip1g

 



2. Mamonde Rose Water Toner

Ia mengandungi 90.97% air rose untuk kesan lembap dan segar berpanjangan. Untuk pengetahuan, air rose memberikan hidrasi dan memberikan kelembapan pada kulit. 

pH level nya juga sekitar 5.5 sahaja which is just nice untuk kulit kering dan sensitif. Selalin itu, ia mudah menyerap dan memberikan kesan dingin selepas sapuan. 

Toner ini ada slight fragrance iaitu bau bunga rose. Tetapi tidak terlalu kuat. 

Harga: RM40

Beli di sinihttps://invl.io/clkip1k

 

Artikel berkaitan: 

+ 8 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering dan Kusam

+ Skincare Untuk Kulit Kering di Watsons

+ 10 Serum untuk Kulit Kering

+ 12 Moisturizer Untuk Kulit Kering

3. Neutrogena Alcohol-Free Toner

Toner terbaik untuk kulit kering kerana tidak mengandungi alkohol. Bahkan ideal untuk semua skin type. As we know, alkohol akan lebih mengeringkan kulit. Ia mengekalkan kelembapan semula jadi and lock that moisture dari hilang akibat cuaca dan keadaan persekitaran. 

Apa yang buat saya teruja dengan toner ini adalah kemampuannya mengeluarkan kotoran yang tidak dapat dibersihkan cleanser. Korang boleh lihat daki dan makeup berlebihan pada cotton pad.  

Kalau anda pemilik kulit sensitif, memang sesuai sangat pakai toner ni sebab ia tidak mengandungi alkohol. 

Harga: RM17

Beli di sini: https://invl.io/clkip2w

4. Hada Labo Hydrating Lotion (red line)

Toner untuk kulit kering di Watsons seterusnya adalah HL Hydrating Lotion. Pilih yang ada line merah pada botol which is for people with normal to dry skin. 

Ia mengandungi 4 jenis hyaluronic acid yang boleh seimbangkan kelembapan kulit, lock air dari hilang akibat persekitaran. 

Tak ada fragrance, alkohol, dan pH rendah. Semua ciri ini ideal untuk kulit kering. No wonderlah ramai suka pakai toner n. Harganya mahal sikit, tapi ini 170 ml dan tahan berbulan-bulan.

Harga: RM46

Beli di sinihttps://invl.io/clkip87

5. Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner

Ini merupakan toner jenis exfoliating iaitu berfungsi untuk keluarkan sel kulit mati dan blackheads agar kulit sentiasa segar dan bersih. Kandungan AHA/BHA ni memang banyak kebaikannya. AHA untuk hilangkan whitehead, kulit kusam dan parut. Manakala BHA pula untuk blackheads dan bersihkan pori tersumbat. 

Bagi yang tak biasa pakai AHA/BHA jangan risau. Sebab toner ini jenis mild sahaja. Tak pedih dan rasa seperti toner biasa. Ramai yang jadikan produk ini sebagai toner untuk kecilkan pori dan hilangkan jerawat di Watsons.

Korang boleh nampak kesan pemakaiannya dalam beberapa minggu. 

Harga: RM22

Beli di sini: https://invl.io/clkipe7

6. Simple Soothing Facial Toner

Produk dari Simple memang popular. Jenama dari UK ini bukan sahaja berkualiti, bahkan amat berpatutan. Bagus untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif sebab tak ada alkohol, fragrance dan bahan yang boleh menyebabkan iritasi.

Ia merupakan toner jenis hydrating yang melembap dan melegakan kulit.

Tak melekit, tak buat kulit kering. Wajah segar selepas sapuan. Ramai yang guna toner ini untuk hilangkan eyebag dan segarkan mata kusam.

Oh ya, product range warna hijau ni skincare untuk kulit kering di Watsons yang famous tau. 

Harga: RM20

Beli di sinihttps://invl.io/clkipg6

 


7. Safi Sensitive Care Probiotics & Niacinamide Toner

Berasaskan air, ringan, dan diperkaya dengan kandungan yang boleh melembapkan kulit. Dalam masa sama ia boleh bersihkan pori agar kulit kekal lembut sepanjang hari. 

Toner ini ada niacinamide tau. Selain itu ada vitamin E dan organic aloe yang boleh boost skin moisture. Jenama Safi ni memang terkenal dan dipercayai. Tak rugi kalau cuba. 

Harga: RM9

Beli di sini: https://invl.io/clkipth

8. Pixi Glow Tonic

Tidak dijual di Watsons, tapi saya selitkan juga dalam artikel ini sebab memang best! Ramai yang mengatakan Pixi Glow Tonic ini adalah 'holy grail' sebab boleh buat muka glowing. Ia merupakan toner jenis exfoliating yang boleh keluarkan sel kulit mati supaya wajah sentiasa segar dan bersih. 

Kandungan glycolic acid (AHA) banyak membantu hilangkan kekusaman dan parut. Tekstur cair, cepat meresap, dan tak melekit. 


Pastikan korang ada skincare routine yang kukuh sebelum pakai produk ni. Bukan bahaya, tapi disebabkan ada kandungan acid, takut muka tak boleh adapt. Kalau tak cuba, tak tahu kan?

Harga: dari RM17

Beli di sini: https://invl.io/clkiptp

9. 4D Hyaluronic Acid Barrier Essence Toner

Siapa tidak kenal dengan Skintific kan? Lembapkan kulit anda dengan toner yang diperkaya dengan hyaluronic acid ini. Hyauronic acid memang sudah terkenal dengan fungsinya yang mampu 'lock kelembapan' dari hilang. 

Malah, kandungan centella dan ceramide banyak membantu memberikan hidrasi, melembut, dan menguatkan skin barrier agar tidak mudah terdedah kepada masalah kulit. 

Teksturnya lebih pekat berbanding toner lain. Namun ia langsung tidak melekit atau buat muka berminyak. 

Harga: RM31

Beli di sini: https://invl.io/clkipk8

10. Beauty Of Joseon Ginseng Essence Water

Girls yang dah nak masuk 30 tahun tu korang dan boleh start pakai produk anti penuaan. Risau nanti muka nampak lebih tua dari usia. BOJ Ginseng Toner adalah salah satu produk yang boleh anda guna. 

Mengandungi ginseng iaitu herba yang sudah sekian lama terbukti baik untuk kulit dan badan. 

Hadir dengan 80% ginseng yang memberi kelembapan, anti aging, dan nutrisi yang cukup untuk wajah. Ada niacinamide untuk slightly mencerah dan rawat jerawat. 

Harga: RM21

Beli di sini: https://invl.io/clkipqm

Banyak toner untuk kulit kering di Watsons yang anda boleh cuba. Skincare is a journey, semoga artikel ini membantu.


Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top