Tarikh Pelancaran Pokemon Go Malaysia. Sejak beberapa hari ni bila bukak je media sosial pasti ada berita tentang Pokemon Go. It is literally all over the internet. Di saat berita kegagalan rampasan kuasa di Turki, masalah ekonomi dunia, dan kisah cinta Taylor Swift dan Tom Hiddleston menguasai tajuk berita, tiba-tiba muncul gelombang Pokemon Go.
Siapa tidak kenal Pokemon, siri kartun dari Jepun yang pernah popular sekitar tahun 2000. Jika dahulu aksi Pokemon boleh dilihat di kaca tv dan peminat boleh beli serta kumpul kad Pokemon.
Apa itu Pokemon Go?
Pokemon Go adalah permainan video yang boleh dimainkan pada peranti iOS dan Android. Jika sebelum ini peminat perlu mengumpul kad, kini anda boleh menangkap Pokemon di dunia sebenar. Dengan mengaktifkan Global Positioning System (GPS), anda perlu mencari Pokemon yang hanya boleh dilihat pada skrin telefon pintar.
Dengan menggabungkan dunia sebenar dan dunia Pokemon, permainan ini memberikan pengalaman menarik kerana pengguna boleh memburu Pokemon di lokasi berbeza. Menambahkan lagi keunikkan permainan video ini, anda boleh berlawan atau bertukar karakter Pokemon dengan pemain lain.
Baca: Ciri dan Fungsi Baru iOS 10
Pokemon Go adalah permainan video yang boleh dimainkan pada peranti iOS dan Android. Jika sebelum ini peminat perlu mengumpul kad, kini anda boleh menangkap Pokemon di dunia sebenar. Dengan mengaktifkan Global Positioning System (GPS), anda perlu mencari Pokemon yang hanya boleh dilihat pada skrin telefon pintar.
Dengan menggabungkan dunia sebenar dan dunia Pokemon, permainan ini memberikan pengalaman menarik kerana pengguna boleh memburu Pokemon di lokasi berbeza. Menambahkan lagi keunikkan permainan video ini, anda boleh berlawan atau bertukar karakter Pokemon dengan pemain lain.
Baca: Ciri dan Fungsi Baru iOS 10
Tarikh Pelancaran Pokemon Go Malaysia
Walaubagaimanapun, permainan video yang telah mencata 30 juta muat turun ini hanya dilancarkan di Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, German, dan United Kingdom sahaja. Beberapa hari lalu ada khabar angin mengatakan Pokemon Go akan boleh di muat turun di Malaysia pada minggu ini. Berita ini tidak benar kerana telah salah ertikan selepas Wall Street Journal melaporkan Pokemon Go bakal dilancarkan di Jepun. Media menganggap ia akan turut dilancarkan di rantau Asia.
Menurut pembangun permainan popular ini, Niatic, mereka tidak mempunyai tarikh tetap untuk melancarkan Pokemon Go di negara lain termasuk Malaysia. Namun mereka sedang berkerja keras untuk melebarkan sayap ke beberapa buah negara lagi.
Baca: Tips Bisnes Air Balang
Disebabkan ramai yang tidak sabar menantikan permainan ini sampai ke negara mereka, ramai yang sanggup melakukan pelbagai cara pada peranti masing-masing untuk memuat turun Pokemon Go.
Fenomena Pokemon Go
Sambutan hangat Pokemon Go menyebabkan seorang barista dari New Zealand sanggup berhenti kerja untuk bermain dan menjadi pelatih Pokemon sepenuh masa. Ada juga yang terpaksa menceroboh kawasan persendirian untuk menangkap karakter Pokemon yang sukar untuk dijumpai.
Ya.. saya pernah melalui zaman kumpul kad Pokemon dan tukar dengan kawan-kawan kat sekolah. Saya tak berminat nak main game ni cuma nak tengok sampai bila Pokemon Go ni boleh bertahan.
Entri sebelum ini - Pemain Import Baru Kelantan Julai 2016
Terima kasih kerana membaca Tarikh Pelancaran Pokemon Go Malaysia
Terima kasih kerana membaca Tarikh Pelancaran Pokemon Go Malaysia
nampak game ni macam banyak kesan buruk kan?akak ni lagi la tak minat..faktor usia..ekeeke..
ReplyDeletebetul2.. faktor usia kot.. tapi ramai je adults main game ni haha
DeleteTeringat zaman2 dulu main wechat add orang secara random bila pegi tempat2 yg berlainan..
ReplyDeleteboleh main, tapi kena waktu cuti, memang leh ketagih sangat ni
ReplyDeleteKena standby powerbank siap-siap nak main game ni.
ReplyDeletesampai ada sanggup berhenti keja tuh..kuat betul penangan pokemon Go nih..
ReplyDeletebest sangat ek game ni? tengok katun pokemon pon best. layan dengan anak astro
ReplyDeletekalau dah samapi puluhan juta download mesti best..
Deletetak sabar tunggu official release. nanti dah keluar, jom kita pokemon hunting sama2 hehe
ReplyDeletemasih menunggu pokemon go ;(
Deletetengah sabar menant jugak ni.. tapi takut terjebak je. hehe!
DeletePokemon Go ni nampak menarik, tapi bila tengok cara ia dimainkan... rasa macam leceh la pulak. Nak kena keluar rumah bagai haha
ReplyDeletesampai polis pun nak pantau game ni. memang kiranya banyak negatif ya?
ReplyDelete