Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini

11

Jangan Percaya Mitos Penjagaan Kulit Ini. When it comes to skincare, banyak kita dengar nasihat tentang 'buat & jangan buat' yang entah dari mana datangnya. Lebih-lebih lagi Melayu yang sentiasa banyak pantang larang dan suka menokok-tambah.

Mitos mengarut itu masih terbawa-bawa hinggalah ke hari ini. Percaya atau tidak pada tahun 2017 masih ada yang percaya mencukur mengakibatkan bulu tumbuh bertambah lebat.

Jika anda dengar mitos mengarut yang saya senaraikan di bawah ni, tolong JANGAN percaya!

Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini

Muka akan lebih berminyak jika menggunakan moisturizer (pelembab)

Tanggapan ini SALAH kerana tidak kira apa jenis kulit wajah (oily, dry, normal) anda perlu menggunakan moisturizer termasuklah kulit berminyak.

Baca: Kerusi Eames di Lazada 

Kulit menghasilkan minyak semula jadi untuk mengelak dari terlalu kering. Oleh itu anda perlu guna moisturizer untuk mengawal pengeluaran minyak berlebihan. Guna moisturizer berkandungan lembut tertulis "light moisturizer, hydrating, atau oil free". Selain itu, untuk elak berminyak boleh guna no-sebum powder (works best for me).

Contoh produk: Simple Kind To Skin Hydrating, Clinelle Gel Moisturizer, Innisfree No-Sebum Powder


Sental scrub dengan kuat, lebih bagus

Scrub/exfoliate bertujuan mengeluarkan sel kulit mati akibat terdedah pada cuaca, habuk, dan peluh. Geram dengan sel kulit tu terus sental muka dengan kuat. Jangan, gosok dengan kuat boleh merosakkan kulit lebih-lebih la jika scrub yang ada biji-biji tu. Begitu juga dengan scrub bibir dan badan. Be gentle to your skin.

Guna scrub dalam 2-3 kali seminggu bergantung pada keadaan kulit. Jangan terlalu kerap kerana kulit kita juga memerlukan minyak semula jadi. A good balance is essential.

Contoh produk: Innisfree Lip Scrub, Naam Lip Scrub

Lebih tinggi SPF, lebih tinggi kadar perlindungan

Nilai SPF yang tertera pada kotak foundation atau lotion bukan menunjukkan ketinggian kadar perlindungan. Sebaliknya berapa lama ia bertahan. Jika lotion/foundation ber-SPF rendah, sapu dengan kerap. 

Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini

Lagi satu, SPF bukan untuk mengelak kulit jadi hitam tapi sebagai perlindungan ye.. Tapi untuk melindungi kulit dari sinar UV yang boleh merosakkan kulit. Sama ada anda berkulit gelap, cerah, mat saleh, atau Pan Asia, anda wajib pakai SPF setiap kali keluar rumah walaupun pada hari mendung.

Contoh produk:  Biore UV Perfect Milk

Guna produk penjagaan wajah dari jenama sama.

Jangan percaya penjagaan muka ini kerana ia adalah salah satu dari teknik pemasaran yang digunakan untuk menjerat anda supaya membeli produk mereka.

Baca: Ulasan Filem Mother! 

Jerawat tumbuh kerana sering memakai makeup

Mitos ini sering kita dengar dan ia tidak tepat. Tetapi tidur dengan memakai makeup boleh memberikan kesan buruk pada wajah kerana anda membiarkan kotoran, bahan makeup, dan minyak yang kulit anda hasilkan sepanjang hari.

Terdapat cara terbaik untuk hilangkan jerawat dan saya dah tulis dalam entri ini >> Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah


Jerawat tumbuh disebabkan faktor sel kulit, keradangan, bakteria dan liang pori tersumbat, bukannya kerana makeup. Pastikan anda membersihkan makeup dengan makeup remover dan mencuci muka dengan bersih sebelum tidur.

Contoh produk: Cosrx Acne Master Patch

Produk semula jadi & bebas bahan kimia lebih bagus

Jenis kulit menentukan ramuan apa yang sesuai dipakai. Tiada bukti kukuh yang menunjukkan produk yang mengandungi bahan pengawet boleh memudaratkan. Bahkan, tanpa bahan pengawet produk akan terdedah kepada pertumbuhan bakteria dan yis.

Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini

Pakai makeup cepat tua

Ini juga salah satu mitos yang popular dan jangan sesekali percaya! Memakai makeup tidak membuatkan seseorang itu tampak tua. Bahkan, banyak produk kosmetik mengandungi ramuan yang menyihatkan kulit wajah sewaktu memakainya. Tapi pastikan anda membersihkan segala solekan sebelum tidur.

Entri sebelum ini - Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone X

Terima kasih kerana membaca Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini
Tags

Post a Comment

11Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Akhir zaman ni yang betul dan auta pun tak jelas seperti hitam dan putih

    Sedangkan sains tu sendiri ada masa buat kesilapan juga

    Contohnya, lemak trans

    Dulu kata sihat. Dan digunakan meluas

    Sedangkan realitinya sekarang baru tahu kesan lemak trans lagi teruk dari lemak tepu

    ReplyDelete
  2. Nice entry... adakah masih tumbuh jerawat dikatakan masih muda remaja? Ini mitos atau fakta? Sebab saya masih tumbuh jerawat pada usia 30-an. 😂😂😂

    ReplyDelete
  3. Nice entry... adakah masih tumbuh jerawat dikatakan masih muda remaja? Ini mitos atau fakta? Sebab saya masih tumbuh jerawat pada usia 30-an. 😂😂😂

    ReplyDelete
  4. byk juga mitos di rungkaikan disini ye...bagus suka baca dan terkadang tersenyum dgn maksud makeup tu...

    ReplyDelete
  5. mitos atau fakta kalau wanita menampakkan kecantikan sebenar ketika bangun tidur...

    walaupun saya dah kahwin rasa macam mitos je

    ReplyDelete
  6. Mitos ini pasti akan kita dengar sampai bila2..walaupun ada x tak percaya hahaha..

    ReplyDelete
  7. jadi pusing sendiri bila membaca banyak sekali mitos dalam dunia kecantikan

    ReplyDelete
  8. lambakan maklumat zaman sekarang, kitalah kena bijak untuk tak terus percaya. apa-apa pun siasat dulu sebelum menyesal nanti.

    ReplyDelete
  9. Bagus info ni. Orang perempuan ni kan pantang bila nampak perkataan CANTIK. Tak kisah sama ada info tue fakta atau auta. Apa yang penting pastikan penjagaan wajah seiring dengan amalkan gaya hidup sihat. In shaa Allah cantik didalam berseri di luar ❤

    ReplyDelete
  10. pakai mekap boleh je, tp kena ada perlindungan luar dan dalam. kebanyakan kawan mak saya yang jenis pakai mekap sekarnag jadi masalah jeragat teruk. dulu2 mungkin mekap pun tak selamat cam sekarang

    ReplyDelete
  11. Kaum wanita selalu terpedaya dengan mitos ni..hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top